Pages

June 15, 2019

I need proton with all this negativity.

Bismillah.

God, look what I've become.

Kau kata aku dah lain?

Kau kata aku bukan macam dulu lagi?

Kau kata aku dah tak ceria and happening macam dulu?

......

Dah tu kau nak aku jadi macam mana?

Kau rasa dengan dunia yang sunyi dan takde belas kasihan macam ni, boleh ke aku nak stay happy dan ceria sepanjang masa?

Haha...kelakarnyaa. Jangan naif sangat boleh tak. Umur aku dah nak masuk 30 tau tak. Aku dah dewasa. Aku kena jadi dewasa, kalau tak nak kena telan dengan kekejaman dunia tau tak.

Fending for myself alone in a metropolis, with no one I can lean on, while having people who depend on me...kau rasa mampu lagi ke aku act like a naive, cute, innocent little girl?

You must be kidding me.

Satu je aku nak mintak dengan kau. Jangan jadi fair-weathered friend boleh tak? Bila aku baik, comel, happy je kau nak kawan. Bila aku sedih, marah, annoying, kau nak lari?

-----

Kejam kan?

Rasa macam kejam je bila kau baca blog aku ni.

Macam mana kau tak rasa macam nak lari bila aku tulis sekejam ni kan.

...Takpe, kalau kau nak lari, lari lah.

Memang betul pun, aku sendiri akui, kejam sebenarnya apa yang aku tulis ni.

Kat blog ni je lah tempat aku cerita semua perasaan negatif aku. Takde tempat lain dah.

Dengan orang, dengan familli, dengan kawan, semua aku tak cerita. Depan diorang, face-to-face, semua aku buat relax je, senyum macam takde masalah.

Alah, korang mesti paham kan. Sebab korang pun buat macam tu. Depan orang senyum je, walaupun ada masalah.

Korang mesti paham apa aku rasa kan?

...Ke aku je yang rasa macam ni?

-----

Aku masih normal.

Aku masih berfungsi seperti seorang manusia biasa.

Seorang manusia yang mempunyai perasaan.

Aku still have fun, gelak-gelak, happy jumpa member lama...

Cuma kat blog ni je kau nampak semua negatif. Sebab blog ni tempat aku unload garbage yang aku pendam sorang-sorang.

Tu je.

Kau jumpa aku depan-depan, ajak aku lepak-lepak, have fun, aku still boleh enjoy.

Nak mintak aku tolong, or nak ceritakan masalah korang kat aku, aku still boleh jadi a good listener.

Cuma perasaan negatif aku, aku simpan sendiri dan luahkan bukan depan orang.

Macamtu lah.

Dunia sekarang kan macam tu. Rasa gembira, happy, kau boleh tunjuk depan-depan, tapi kalau negativity, sedih, marah, sila jangan tunjuk depan orang. Dunia korporat. Dunia eksekutif. Memang macam tu. "Display of emotion is frowned upon" katanya.

Lagipun kalau kau friendly, sentiasa senyum, nanti orang suka kat kau. Baru orang nak dekat dengan kau.

Bukan macam tu?

-----

I guess, bila aku tulis perasaan negatif aku online, aku rasa lebih selamat. Kenapa?

Sebab kalau online macam ni, dalam blog yang tak ada orang baca pun, tak ada lah aku expect orang akan reply anything.

Dan tak ada lah aku frust kalau orang tak faham apa yang aku cerita.

Bila kita nak cerita perasaan negatif dekat orang, tak kira lah sedih, marah, annoyed or anything, kita sedang jadi vulnerable. Kita sedang expose a side of ourselves yang kita takut orang nampak.

Cuba kau bayang, dah tengah kita vulnerable macam tu, kita cerita masalah kat orang, orang tu buat acuh tak acuh je. Attention dia tak fully 100% kat kau.

Kau rasa? Baik aku takyah cerita kat dia dah lepas ni!

Tu lah apa yang jadi kat aku. Masa dia cerita masalah dia kat aku, aku beria lah dengar sungguh-sungguh, jadi supportive. Bila masa aku pulak cerita masalah aku kat dia, dia buat dek, pastu dia pergi pusing cerita pasal diri dia pulak.

...Tu lah, sesetengah orang yang banyak cakap ni tak semestinya pendengar yang baik.

Lagi satu, bila aku lepaskan perasaan dalam blog yang sunyi ni, tak ada lah orang yang akan retaliate, or cakap aku salah, or cakap 'aku tak patut rasa macam tu'.

Masalah sesetengah orang ni kan, bila kita cerita masalah or perasaan kita pada dia, dia balas balik seolah-olah kita tak patut rasa macam tu. Macam kita salah sebab rasa macam tu.

Perasaan is just that, perasaan. Kita rasa sesuatu dalam hati tu, bukannya kita boleh control. So, jangan la bila orang cerita masalah kat kau, kau cakap kat orang tu, 'kau tak patut rasa macam tu'. Perasaan tu muncul tanpa diminta. Rasa tu setakat rasa, bukannya jadi sesuatu pun. Orang tu cerita kat kau sebab nak kongsi rasa kurang selesa dia tu. Lepas dia cerita, nanti hilang lah perasaan tu, lega lah dia. Kenapa pulak kau nak cakap dia tak patut rasa macam tu?

Contoh paling cliche la aku bagi kat korang. Ada orang terjatuh cinta dekat laki/bini orang. Orang tu cerita kat kau, pastu kau kata 'Kau tak patut ada perasaan tu'.

Meh sini aku cakap semula. Perasaan tu tak boleh dikawal. Apa yang dia rasa tak salah. Tau tak apa yang salah? Kalau dia jatuh cinta, lepas tu dia pergi ngorat or pergi menggedik dengan laki/bini orang tu. Itu yang salah.

Perasaan tak salah. Perbuatan/action yang salah. Perasaan tak boleh dikawal. Tapi perbuatan or action kita boleh dikawal.

Tapi kalau kau rasa perasaan tu dah nak hilang kawalan, kau jangan la layankan dia. Kau jangan dok pikir-pikirkan dia. Yes, kau akui perasaan tu ada. Kau jangan deny. Lagi kau deny, nanti perasaan kau tu akan memberontak. Instead, kau ignore je. Betul, kau jatuh cinta kat laki/bini orang. Rasa suka tu tak salah. Tapi jangan suka sangat sampai kau pergi buat benda yang tak sepatutnya. Cuba sibukkan diri buat benda lain, sampailah kau boleh lupakan perasaan tu.

Arasso? 😏