Pages

Showing posts with label phone. Show all posts
Showing posts with label phone. Show all posts

December 11, 2010

6700 Slide melawan X5-01

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Aku nak cari henset baru. Boleh?

Ahha, korang kata tak boleh pon, aku nak beli jugak. Aku nak cari henset 5MP Nokia. Aku dah survey, tapi antara dua henset ni aku tak tau mana nak pilih. Boleh korang tolong pilihkan? Hehe.

Yang ni henset Nokia  X5-01. Jenama yg agak baru jugakla keluar di pasaran. Kamera mmg 5 MP, ada flash. Dan yang best nye, dia ada Wi-Fi! Tapi video fps dia cuma 15 fps, and zoom dia sampai 4x je. Handset ni berat sket dri 6700 slide, and display color yg dia suport tak sebnyak 6700 slide.



Ni pulak Nokia 6700 slide. Kamera 5MP, ada dual flash, auto focus...vidoe fps dia 30, so ia merakam video yg berkualiti lbih sket dr X5-01. And zoom dia bleh smpai 8x, dan yg best pasal henset ni, dia ada kamera kat depan! Bleh video calling, leh tgkap gmbar dari depan. And henset ni bleh support flash video, and video camera resolution dia sampai QVGA, berbanding X5-01 yg hanya VGA. 


Yang aku suka pasal 6700 slide ni, sbb keypad di jenis biasa. Aku tak suka sgt Qwerty sebab kecik nor butang nak ditekan. And 6700 slide ada kamera depan. Tapi aku tak kesah sgat pasal kamera kat depan, asalkan kamera kat blkang dah 5MP pun dah cukup. Tapi X5-01 ada Wi-fi, mmg henfon zaman moden lah tu. Aku takut kalu aku beli 6700 slide, nnti outdated sebab dia takde Wi-Fi. Tapi aku bukan nak pakai Wi-Fi pon kat henset. Laptop dah ada watpe nak surf kat enset..?

Bajet aku dalam 500-600 ringgit je, tpi klu lebih sikit tu bleh consider sikit la...

Hmm...hati aku lebih memihak kepada 6700 slide sbnrnya, sbb kaler dia best, keypad dia senang, dan dia taklah se'besar' X5-01. Tapi aku nak tnya 'restu' korang dulu sblum aku beli...hehehe...silakan2..bg pendapat anda di ruang komen kat bwh ya...kalau ada yg dah penah pakai henset ni lagi bagus! Hehe...thank you! ;)

P/S: Kalau korang ada lagi henset 5MP yg bleh dicadangkan, cepat2 la gitau aku ea! Thanks~