What do I want...honestly.
Right now, there's some sort of love bug going around in our rented house. Suddenly, all of us began seeing someone.
But not all of us ended up successful.
That one housemate I'm rather close with, she met with someone else's husband. That guy told her after a month of them together.
The other housemate, she was okay with that guy, but currently he is jobless. But I guess still okay, since jobs can always be found.
The other housemate...seems to have hope. They are even in talks of marriage already. They like each other, so that's good. They met through Tinder.
Me?
Uhh...
Falaha introduced me to his husband's friend who is still single, same age, studied in UIA as well. A good guy...but I am not convinced.
It's not him...it's me.
(Lol, typical reason for a breakup)
No, really. I am bored. I want something more. He's a normal guy, perhaps a bit shy, but otherwise nice and normal.
I guess...I am choosy.
Yes, I am. I know myself as not really wanting a lot of stuff, but once I want something, I make sure I get the best for the price I'm willing to pay. I buy something because I really want it, and I know why I bought it.
But this new 'friendship'...I don't know. Do I put in more effort to make it work? Doesn't feel like it's worth it. Do I give up then?
Or maybe...because this is not something I want. That's why I'm acting nonchalantly. But if so...then it's not good for him.
But earlier on, I already told him I don't promise anything from this acquaintance. I don't promise that this would move towards marriage. I said I'm just getting to know people to understand myself better, whether marriage is a thing for me or not.
Truth is...after knowing him, I'm becoming okay with not marrying.
Sure, I would love to have someone who takes care of me, who loves me...but am I ready to take on responsibilities, accept that person's faults and flaws, and serve him for the rest of my life?
Huh...jaga diri sendiri pun dah sedia susah. Apatah lagi jaga orang lain.
Aku rasa macam...apa gunanya kahwin kalau kita (perempuan) dapat susah? Lepas kahwin, perempuan kena kemas rumah, masak, basuh baju, layan laki, hadap perangai insan lain dalam hidup kita, dengar cakap dia, tak boleh lawan arahan suami...dalam masa yang sama juga berkerja, untuk bantu kewangan rumahtangga. Kalau sebelum berkahwin pun kita dah buat semua ni, cuma bezanya hidup single, kita cuma perlu hadap perangai diri sendiri je. Apa benda-benda lain yang kita nak buat, semua tak ada halangan. Tak perlu mintak izin sapa-sapa. Tak perlu risau ambil hati sapa-sapa.
Aku pikir, apa lelaki boleh bagi aku? Duit? Kalau aku sendiri pun berkerja, apa guna duit yang orang lain bagi? Lelaki boleh bagi anak? Nanti yang kena tanggung bersalin 9 bulan: aku, yang tanggung sakit beranak: aku, yang jaga anak malam-malam, menyusukan anak, jaga anak sampai besar...kerja siapa? Perempuan kan? Kerja lelaki apa? Kerja je. Kalau lelaki nak complain kerja susah, hello, perempuan pun kerja susah jugak. Kenapa perempuan kena tanggung lebih banyak benda dari lelaki?
Ini aku tak paham.
Tak, aku tak cakap aku tak suka perkahwinan. Itu nabi larang. Aku masih open untuk kahwin, kalau jumpa lelaki yang betul-betul aku boleh percaya. Susah nak jumpa. Aku memilih? Yes, biar aku memilih. Sebab sekarang, yang aku nampak macam ni. Secara logiknya, antara hidup single yang ada kebebasan dan tak ada tanggungan, banding dengan hidup berumahtangga yang kau sebagai perempuan kena tanggung semua...baik aku stay single.
Takut dah tua nanti sunyi, tak ada teman? Tak ada anak untuk dijadikan harapan?
Sini aku nak tanya kau. Siapa jamin suami dan anak-anak kau akan kekal dengan kau sampai mati? Kalau diorang mati dulu sebelum kau? Akhirnya kau akan sama macam orang single jugak. Tak ada beza. Siapa yang boleh bantu kau bila dah tua nanti? Aku kurang setuju dengan orang yang nak anak sebab nanti dah tua ada orang jaga. Anak itu bukan pelaburan masa tua kau macam KWSP atau PRS (Private Retirement Scheme). Anak itu dilahirkan, dibesarkan untuk menyiapkan dia menghadapi dunia luar. Anak itu dilahirkan sebagai insan lain yang perlu dilatih untuk mampu berdiri sendiri dalam hidup dia. Kenapa kita nak ikat dia dengan kontrak yang dia perlu jadi orang suruhan kita sebab kita dah jaga dia? Yes, tanggungjawab anak adalah berbakti kepada ibu bapa. Tapi itu tak bermaksud ibu bapa perlu bergantung kepada anak.
Tak setuju? Tak apa. Siapa aku nak membebel pasal anak, sedangkan aku kahwin pun belum.
Hmm.
Yes, mungkin orang cakap cinta dan kasih sayang antara suami isteri tu best. Tapi berbaloi ke dengan kerja-kerja tambahan yang kau dapat lepas kahwin? Adakah dengan kata-kata manis dari laki kau tu dah cukup untuk bayar semua lelah yang kau dapat?
...Mungkin cukup je sebenarnya, ek? Sebab tu lebih ramai orang kahwin berbanding stay single, ek?
Entahlah. Aku...susah nak terima kata-kata manis. Orang cakap terima kasih pun, aku tak reply 'sama-sama'. Aku reply macam ni:
1)
Orang : Terima kasih.
Aku : Takde ape lah/ No problem.
Maksud : Tak susah pun tolong kau. Sebab tu aku tolong. Biasanya sebab orang ni aku sayang betul, or sebab aku nak balas budi, or sebab pertolongan tu memang ringan je.
2)
Orang : Terima kasih.
Aku : Okay/Orait.
Maksud : Apa yang dia mintak tolong tu susah aku nak buat. Tapi aku tolong jugak. So, reply aku pendek je sebab lebih baik kalau dia tak mintak tolong aku.
Reply nombor 2 tu banyak aku guna dalam kerja sekarang. Soalan complicated users bagi, dan bila aku jawab, aku takde rasa gembira pun bila diorang cakap terima kasih. Aku bukannya hadap sangat terima kasih diorang. Lebih baik kalau diorang tak kacau aku dengan soalan-soalan susah tu. Aku perasan, aku bukanlah orang yang perlukan penghargaan sangat. Kalau aku siapkan kerja pun, aku tak mengharap orang perasan dan ucap terima kasih pun. Kerja aku sekarang, bos aku diam relax je takde susah-susah nak puji performance aku pun. Cukup dia bayar gaji aku bulan-bulan dah. Dia tak nak bagi bonus ke, increment ke takpelah, janji dia tak kacau aku dan kerja aku pun tak banyak sampai stress. Cukuplah. Aku bukan mintak perhatian pun. Cukuplah dengan dia layan aku baik, tak menyusahkan hidup aku.
So, berdasarkan apa yang aku tulis at atas, nampaknya aku kena carik lelaki yang layan aku dengan baik, yang tak mengharapkan aku (boleh bawak diri) dan tak menyusahkan hidup aku. Partner ibarat seorang bestfriend dan housemate yang bertanggungjawab. Rumah tu kau duduk jugak kan? Kenapa aku sorang je yang kena kemas semua? Lainlah kalau kau bayar aku untuk buat semua tu.
Kalau macam tu lebih baik hire maid, kau cakap? Tapi kau tak boleh tidur/buat anak dengan maid kau.
¯\_(ツ)_/¯