Dulu kat sekolah, aku pernah jadi penolong ketua bilik. Ntah ape-ape je aku rasa. Dah la time tu aku belum matured lagi.
Pastu, diorang lantik aku jadi timbalan ketua batch bahagian wanita pulak. Nasib baik kitorang memang dah ada Timbalan Ketua Umum yang merupakan timbalan pengawas dan timbalan ketua semua pelajar kat KISAS dulu. Memang tak ada kerja langsung ah. Jawatan setakat nama je.
Lepas tu, CFS. Dah takde timbalan, penolong. Vice terus. Vice President 2 FRC. This is where and when the real tugasan of a timbalan starts. And yeah, I freaked out when I discovered that. But well, alhamdulillah, I’ve gone through that, and I’m still alive.
And now, again, Assistant Batch Leader.
Assistant lagi. Agaknye bile aku boleh pegang Leader terus?
Haha takde lah. Aku gurau jek. Takpelah. Assistant pun assistant lah ek. Mula-mula assistant batch leader CTS 101. Lepas ni Vice President Sciencess. Lepas tu Vice President SRC. Lepas tu Deputy Dean. Lepas tu Deputy Rector. Lepas tu Timbalan Menteri. Lepas tu….(haa pandai-pandai la korang sambung sendiri)
Takde, takde, serius aku memain je. Aku tak mintak pun semua tu, serius aku tak mintak. Diorang yang vote. Mana aku tau?
Hurm. Aku tau, ada hikmahnya Tuhan bagi aku jawatan ni. Walaupun aku rasa taknak. Dan susah.
Aduh, keje ape yang tak susah dalam dunia ni? Nak tido pun susah tau!
Aduiyai. Yelah-yelah. Buat sempoi je sudah ek.
Eh, tak boleh. Amanah tu. Ko jangan buat main-main.
Aduh. Inilah yang asyik mengganggu aku bila tiba je bab jawatan ni. Just this one thing.
Amanah.
Amanah mana boleh buat main-main la korang. Dah la amanah untuk jaga seramai 70+ makhluk kat dalam batch CTS101 ni. Kalau kau dapat sesuatu amanah tu, bermakna sebelah kaki kau dah berada dalam neraka, tau tak?
Oh well. Takpe, takpe. Ama kata kerjanye takdelah sebanyak time aku jadi VP FRC dulu. Mungkin aku boleh lakukannya.
Oh hell yeah I can do it! Siapa kata aku tak boleh?
Yelah, yelah. Aku boleh. Tuhan yang bagi aku jawatan ni. Mestilah sebab aku boleh buat, kan?
Aduh.
Apa yang kau rasa susah sangat keje Assistant ni sebenarnya?
Hmmm…ntahlah.
Well, actually, to say “No.” to someone is not an easy job, especially when you are dealing with your own friends.
Heh. Sebab tu lah aku sekarang dah makin garang, nakal dan jahat. Supaya aku boleh memerintah dengan kuasa veto dan menjadi diktator paling kejam di abad ini. Barulah korang berhenti undi aku, bahkan korang dah tobat tanak jumpa muka aku dalam batch lagi! Hahahahaha!
Haha. Ok, serius menakutkan. But yet, aku bagi amaran kat korang, watch out! Hehe.
Hurm, takdelah. InsyaAllah I’ll try to do what I can. But I also need some help from you.
First.
Please know that I am me, and you can’t expect me to be someone else. Accept me for who I am, and don’t hate me for someone I can’t be.
Second.
Humans have weaknesses. So I have weaknesses. If you don’t accept my weaknesses, then that means you don’t accept me being human. Therefore, congratulation because you’ve just voted an alien to be you Assistant Batch Leader! Heh.
Just accept it sometimes I do make mistakes. And yes, korang boleh bagitau apa yang sebetulnya patut dilakukan kalau aku ada buat salah. But do it in a nice way please. Because I’m a human. I’m certainly not an alien.
Third.
Do know that I can’t fulfill everyone’s wish. Aku tak boleh penuhi permintaan semua orang. And all of you gotta know that, bukan semua permintaan korang dapat aku penuhi. Mungkin aku akan menolak beberapa permintaan korang, yes, that will happen. Mungkin korang akan sesekali tidak bersetuju dengan apa yang dah ditetapkan. And yes, please do know one thing.
Diarahkan kamu untuk berperang. Boleh jadi sesuatu yang kamu benci itu sangat baik bagi kamu (sementara) yang kamu sukai mungkin tidak baik bagi kamu. Dan Allah mengetahui tetapi kamu tidak mengetahui. (2:216)
That’s all. Hmm. I think those three are going to be enough. For now.
Hmm.
Huhuuu…ntahlah. People’s expectations. That thing REALLY freaks me out.
God, help me.