Pages

April 9, 2011

Ahh…sayangnya aku…

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 
Harapan, kalau tak tertunai, pedih rasa hati, kan?Jadi kenapa manusia masih lagi berharap?

Oh aku tak boleh jawab soalan tu.

Tapi kalau berharap pada Allah Maha Penyayang, now that is what I call absolute happiness.

******

Ahh…sayangnya aku pada mak aku. Hehe.Red heart

Yup, aku akui, dulu aku lebih rapat dengan bapak aku berbanding mak aku. Ala, korang pun mesti ada berat sebelah jugak sikit kan…hee, macam aku tak tau. Biasalah tu. Kita inherit genes daripada mak bapak kita bukannya dapat equally halved from each of them.

But now, before it’s too late, I’d better change.

Now that my mom is alone (I mean, without my father to support her la), I know life is not going to be the same like before. And changes that occur, aren’t always gonna bring happiness. Bahkan changes would sometimes make us stumble a little bit on our path of life.

Yes, I can see that on my mom’s face. And from our life here, at home, without my father.

Beberapa minggu yang lalu, aku balik rumah. Dan aku tak tau la kenapa, hati aku asyik tersentuh je. Watching my mom doing all the works, buatkan aku menangis senyap-senyap. Aku menangis, sebab I feel like I can’t do nothing to help her. If only I’m not studying. If only I can stay at home all the time. If only I could work as a bibik at home, tak bergaji pun tak pe lah.

My mom, working during office hours, selalu terpaksa balik lambat kadangkala lebih pukul 7 mlm. Kadangkala hari Sabtu pun kena pergi office jugak. Adik-adik aku yang ada kat rumah, 2 perempuan 1 lelaki. Yang bongsu, biasalah, banyak buat perangai. Migrain lagi. Tapi dalam sakit-sakit kepala pun, tetap bangun pagi-pagi, uruskan adik aku yang nak pergi sekolah naik van pukul 6.30 pagi, masak nasik untuk makan tengah hari nanti. Tengah hari, jalan jammed pun tetap balik rumah, belikan lauk bagi anak-anak dia makan.

If only I could just settle up all the house chores at home, so that she wouldn’t be worried anymore.

If only I could cover up for her, and carry half of her workloads as a mom.

Ntahlah. Hati aku, tersentuh.

Petang dalam pukul 6 lebih. On the way nak balik hostel. Mak aku berhenti sekejap kat gerai pisang goreng tepi Tunas Manja. Hajatnya nak belikan pisang goreng dan keropok untuk aku. Mak aku keluar kereta, dan berjalan menuju ke gerai. Aku pandang dari jauh.

Sebak. Aku menangis lagi.

Walaupun mak aku sedang bersusah payah menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal 6 orang anak, tapi dia tetap tak lupa buat baik pada anak dia yang sorang ni. Dia tetap berhenti di tepi gerai pisang goreng, untuk belikan pisang goreng untuk anak perempuannya yang akan pulang ke asrama.

Dia, tak lupa pada anak perempuannya ini. Dia, sayangkan anak perempuannya.

Heh. And now, aku menangis lagi.

Hati aku merayu-rayu.

Mom, no, no, you don’t need to do good things for me. I should be the one who do good things for you. You’ve been through tough times, and I am the one who should be helping you. Please. Mak dah banyak susah. Tak perlu, mak. I want you to be happy.

Sampai la aku balik hostel. I cried, cried, and cried. Aku tak sanggup tengok mak aku susah-susah. Yelah siapa yang sanggup kan. Tapi apa aku boleh buat? Apa yang aku boleh tolong? Aku rasa tak berdaya!

******

1. Doa. Allah yang Maha Kuasa. Dia, tempat mengadu.

2. Aku cuba tanam azam. I’m going to graduate from this university in flying colours. And this, mom, this would be just for you.

3. Balik setiap kali mak ajak balik. And kalau ada peluang, balik.

******
child-and-mom-hug
Aww...

Ahh…aku sayang mak aku.Red heart

Haritu aku balik rumah. Mak aku suruh balik.

Ahh…bahagia. Mak aku suruh balik. Mak aku sayang aku.Red heartRed heartLaughing out loud

Mak aku paham, aku nak exam. So, less house works lah. Tak pe mak, balik cuti nanti baru boleh direct all the energy to the house, okay? Things seem to be a little calm. Although there will be some ‘shaky’ times to come, but yes I will be able to go through them. I should be. I will do whatever I could to keep this family together.

Sebelum aku balik hostel, aku mintak mak aku belikan jambu batu kat pasar malam. Tapi kalau tak ada, takpelah.

And guess what?

Berbijik-bijik mak aku beli jambu batu bawak balik rumah. Aku ambik 4 bijik je bawak hostel, sebab besar-besar semuanya. Takut tak habis makan.

Ahh… sayangnya mak aku pada aku.Red heart

******

Sekarang, sikit-sikit aku dah boleh cerita life aku kat UIA pada mak aku. Walaupun dulu selalunya aku cerita pada bapak aku.

Sebelum exam Bahsa Melayu haritu, aku cerita kat mak aku, exam BM ni susah. Sebab laras bahasa dia sains. Aku punya la takut nak ambik paper BM ni. Takut mengalahkan paper-paper subject core.

Guess what mak aku cakap?

“Alah, senang je BM tu. Perkataan-perkataan BI semua dia tukar sikit-sikit je jadi BM.”

Wow. And those words made me felt so much relieved. I feel like, YES! Kompem paper BM esok senang!!!

And esoknye time aku jawab paper BM, walaupun soalannye takde lah senang mana, tapi dengan seronok + selambanya aku jawab.

Sebab apa?

Sebab mak aku kata senang.

Dan mulut mak aku selalunya masin. Hahahahahaha.

Ahh…sayangnya aku pada mak aku.Red heartRed heartRed heart

******

4 comments:

  1. parents memang akan bagi all out untuk anak dia. sweet sangatkan dorang. dorang susah-susah pun takpe, asalkan anak dorang bahagia. mak aku selalu cakap.."kalau mak tak dapat makan pun takpe, asalkan anak mak dapat. cukuplah tu"..itulah seorang ibu, tapi ye lah, ayah pun takde kurangnye jugak. tapi mak yang jiwanya lembut, lagilah akan buat hati kita ni tersentuh. tambah-tambah pulak kita ni perempuan. kan ? All the best untuk ko, jadi anak solehah ye..,kakak yang baik.. at least sekarang ni, kita buat apa yang kita boleh buat. tu pun aku kompem, mak cik siti jemilah akan berbunga-bunga dah hatinya. insyaAllah..=)

    ReplyDelete
  2. ha'ah kan...kadang2 kalau kita tak perhatikan btul2 apa yg mak kita dah buat pada kita, kita takkan perasan.cuma perlu duduk, pikir kejap apa perkara baik yg mak kita dah buat pada kita. kan?

    haish, mcmna lah kita bila dah jadi mak orang nnti ek?hehe

    ReplyDelete
  3. yup, betul sangat tu. sebab kadang-kadang bile mata kasar kite nampak semua bende tu ok, kite pun cakap ok la tu, everything is fine..tapi bende yang di sebalik mata kasar kita tu, jarang-jarang kita nak fikir. bile dah sedar, pandai-pandai la kite buat yang sepatutnya kite buat.

    haha~tak leh nak jawab soalan ko tu..we'll have to wait and see la gamaknye.:P

    ReplyDelete

Share your thoughts!