Pages

May 20, 2009

Kisah hidupku penuh dengan tangisan...

Salam...
Kesedihan dalam hidup ku...

Bangun pagi di rumah
Ya...solat Subuh sudah pasti
Kemudian...bermula la episod tangisan...
Risiko yang harus ku terima
Mungkin akan luka atau calar dimana2
Huuu...
Aku tak tau kenape
Mungkin aku yg terlalu sensitif
atau tak dapat menahan ujian dari Nya
Siapa la aku...cume seorang perempuan

Kemudian episod tumbuk menumbuk pula
Ya..memang kasar...
Aku skali lagi menangis
Tak perlu aku mnceritakannya secara terperinci
Terlalu pedih utk diceritakan...

Dan selepas itu
tak cukup dengan tangan
api pula yang digunakan
kali ni bukan pedih,tapi panas...
ya,aku tau
panasnya tak sepanas api neraka
tapi...aku cuma mampu menahan...
aku cuma manusia

Pijak memijak datang selepas itu
Tak cukup sebelah kaki,dua2 belah digunakan
selepas episod pilu itu
aku cepat2 memasang air
membilas segala cela di badan
Tak...tiada lgi tangisan

Episod2 duka tidak berhenti pada pagi sahaja
Tengahari...
Tangisan itu bersambung lagi
Aku keseorangan di dapur
Sekali lagi,berisiko dilukai atau tercalar
Tapi aku sudah tidak peduli
Sudah tegar,sudah alah,sudah biasa

Aku...cuma seorang perempuan
hati yang lembut,mata yg mudah berair
Ya..tapi hatiku tabah..diberikan Tuhan untuk kuat menahannya

Hari2 lain dapat ku agak
Akan bermula lagi episod tangisan
Mengalir air mata dek mengupas bawang di dapur...
Tumbuk bawang dalam lesung batu
Masak sarapan...(nyum2x!)
Pijak2 kain dalam bilik air (mesin basuh aku rosak!)

Sedih tak kisah hidup aku?
Hahahahahahahahahahahahaha....=)

3 comments:

  1. haha..hampeh tol..
    wat sUspen jerr..sebbek sy x nangis bce..
    kuang3~

    ReplyDelete
  2. teha..da nmeny pmpuan
    smua org kne~~hee

    ReplyDelete
  3. memang lew...
    aku sesaje nak wat lawak daa~
    hehehehehe

    ReplyDelete

Share your thoughts!