Pages

July 16, 2011

Be proud, try it.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Cuti. Jarang online lah maknanya.

Baru 2 minggu cuti. Dah terasa lama. Kenapa ya?

Ahha. Yang penting bukan sebab bosan, ye. Setakat ini saya tidak merasa bosan duduk di rumah ye, harap maklom.

Buat apa kat rumah, kerja-kerja biasa saja. Kerja-kerja yang mungkin anda anggap bosan. Atau saya sendiri anggap bosan. Haha. Tetapi saya tidak boleh bosan melakukannya. Kalau tak, mereka nak makan ape tengah hari? Haha.

***
Yup, kecoh pasal Hari Kuning SeMalaysia hari tu. Abang aku semangat sungguh. Aku pun layan je la.

Dia pun kongsi ngan aku video Bersih yang smart gituh. Tema Transformers. Nak tengok, tekan di sini.

Sekadar berkongsi.

***
Adik bongsu aku, Najwan tu, menangis bila rambut dia hampir dibotakkan.

Abang aku bawak dia pergi kedai rambut, abang aku cakap kat barber tu, macam biasa, no. 2.

Sampai je rumah, adik aku melulu masuk dengan air mate nye mengalir tak henti-henti. Terus naik tingkat atas, masuk bilik.

Merajuk. Haha.

Hahahahahahahahahahahahahaha.

Ah, jahat pulak aku gelak rasenye.

Mak aku tanya kat abang aku, kenapa?

Abang aku jawab, entah.

Mak aku gi tanya adik aku tu, katanya taknak rambut botak.

Mak aku pun cam nak sengih pun ada. Amboi, kecik-kecik nak rambut panjang, nak melawa, nak pakai gel rambut segala. Aok tu nak cari awek dah ke? Mak aku cakap dalam nada memujuknye.

Ahahahahahahahahahahahaha. Ok fine budak kecik.Kalau orang dewasa macam kita ehem ehem buat macam tu, erm, aku rase barber tu kena bagi duit sebagai ganti rugi. Tak pun kena saman beberapa juta. Haha.

Sambil tengok TV, adik aku balut kepala dia dengan kain, taknak tunjuk rambut dia yang hampir botak tu. Alah ade je lagi rambut.

Aku pun menyampuk. Aok patut rasa bangga ngan rambut aok tau tak. Tak kira la macam mana apa ke jenis rambut aok tu. Rambut aok jugak. Abang aku pun sapot point aku tuh.

Wau. Sejak bila aku pandai bagi motibasi kat adik aku ni?

Lepas tu ok dah adik aku. Takde nak main hide and seek ngan rambut dia dah. Ceh.

Aok = Awak

***

Yup, bagi aku macam tu. Tak kira lah what you have, or what happen to anything yours, you gotta be proud of it. Tapi tak termasuklah perkara-perkara kejahatan dan yang sekutu dengannya.

I mean, if you have such a quiet and timid personality for example, and you have reason to stay that way, so be it. Be proud of it, hold on to it. Because you have reasons to do so.






Be proud of yourselves, whosoever you are. Because that is what makes you different from others. And the differences we possess as human beings, are needed for us to complete each other as a community.

Alah, rambut je kot. Bukan effect cara hidup pun. Asalkan ko masih boleh teruskan hidup. Rambut botak pun takpe. Haha.

***



Oh taking risk. Nak mencuba, sentiasa ada risk. Tak kira how high your optimism is. Tak kira lah how much you say, I can do this, I can do this.


Well. everything is up to our God to determine, right? Apa yang dijanjikannya,siapa yang rajin usaha, pasti berjaya.

Cuba resepi baru, sentiasa ada risk membazir. But which one should I choose, to try and risk wasting, or not to try at all?

Ah, aku. Mesti aku pilih untuk cuba. Haha. Pengalaman, sentiasa lebih berharga daripada tahsiniyyat. Takpelah, kita dah cuba. Kita dah usaha. Apa-apa pun, hasilnya biar Allah tentukan.

Oh well. So that happened. Takde lah sedap sangat kerepek bawang yang aku buat. Tak menjadi pun rupa nya. Rasa pun tawar-tawar. Tapi alhamdulillah, ia masih boleh dipanggil kerepek. ...or keropok. Whatever.

Satu gulung dah habis digoreng. Dah habis diratah oleh adik beradik aku. Alah, tak siap goreng lagi ada dah tangan yang ambik. Sekejap yang tu masuk dapur ambik sekeping dua keping, sekejap lagi yang tu pulak. Yang tukang goreng ni pun, satu untuk kuali, satu untuk saya. Satu untuk kuali, dua untuk saya. Satu untuk kuali...haha.

4 gulung lagi dalam peti. Hmm. Banyak tuh.

2 comments:

  1. Teha buat kerepek bawang?? wahh? so proud.. jarang2 org buat tuuu..

    ReplyDelete
  2. ohh..senyap2 pandai masak rupenye!
    thanks for the post. bangga dgn diri bukn maknenye bangga diri kan?rasa cukup dan yakin dgn diri dan berusaha utk moving fwd. yeah! aku bangga..

    ReplyDelete

Share your thoughts!