Pages

July 1, 2011

Hai bang Nuar~

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Haha kan aku dah cakap aku nak tulis dalam blog pasal Bang Nuar.

Jom kita analyse setiap baris lirik lagu dia nih.
***

Anuar Zain -  Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantungAku selalu
Memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalanAku selalu

Memikirkanmu

%Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa

#Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidupKu kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Repeat %
Repeat #

Oooo...

Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih

Repeat #

***

Ok, dah puas karaoke sambil tengok lirik lagu kat blog aku? Bagus. Sekarang masanya nak baca pendapat aku pulak.

Mula-mula aku dengar lagu ni, huh. Hampeh punya lagu. Melodi dia punya lah best, tapi lirik...maaf ye saya tak suka cinta yang melampau-lampau terhadap manusia nih. Mengarut!

WTH. Tengokla lirik nya. Setiap nafas yang dihembus, setiap degupan jantung, ku selalu memikirkanmu. Oh puh-leez, apa kelas ingat pada awek/mamat sepanjang masa. Buat sakit otak ade la. Baik la ko ingat Tuhan. Lagi banyak benefit.

Tak dapat dinafikan, video clip lagu ni memang cantik. Saya suka ke'abstrak'an yang ditonjolkan. Effect komputernye pun mengagumkan saya. Dan saya suka irama lagu ni, sebab bunyi macam kat orchestra. Gah gitu. Vokal bang Nuar pun memang mantop. Boleh nak kata takde sape dapat tiru suara dia. Dan saya memang dah fan bang Nuar dari dulu lagi. Haha baru sekarang demam die datang balik.

Those aside, saya tak puas hati dengan liriknya. Balik-balik ulang cinta, cinta, cinta. Macam kamus Dewan tu tak cukup banyak vocab untuk carik words lain yang lebih meaningful. (Hah amekaw kau ingat senang nak buat lirk? Pandai komen, buat sendiri la brader!)

But one night, aku tetiba terdetik nak dengar and download lagu ni. Aku pun mintak la my rumate Za downloadkan. Dan bila aku dengar balik lagu ni banyak kali, terasa macam ada something menusuk kalbu ku ini.(cewahh tak bleh blah ayat)

Yes, I feel it. Lagu ni, kalau ditujukan pada Tuhan, lagi mantop. Saya mula suka lagu ni, sebab tu.

Cuba tengok lirik first.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu
Memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu
Memikirkanmu

Haa kalau setiap detik, setiap nafas, setiap degupan jantung, dalam sedar dalam tidur, cuma Tuhan yang ada dalam minda. Oh so sweet. But yet so sad. Sebab aku tak mampu lagi capai tahap tu.

Ah lagu ni buat aku sedih.

Kita tengok lirik seterusnya pulak

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa

Memang. Kalau takde cinta dari Tuhan, macam mana la ko hidup atas dunia ni? God's Mercy extends over His Wrath. Kenapa dia kata kalau dah dapat cinta Tuhan, baru rasa bernyawa? Haa jawapannya di lirik seterusnya.

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Sebab Tuhan bagi erti hidup pada kita. Percaya pada Tuhan, atau nama lainnya beriman pada Allah, beri makna pada kita, kenapa kita perlu hidup. What is the purpose of our life. Because God wants us to live, and worship Him. So just go on, okay? Tak payah pikir-pikir nak kelar tangan kiri ke hape. Haha.

Next lyric, bagi aku, menimbulkan rasa syukur dan rasa berharap.

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Ahh...Allah sentiasa dekat dengan kita.

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Huwah lirik yang ni lah yang menyedarkan aku lagu ni ada elemen cinta terhadap Tuhan. Kalau nak tuju pada manusia, WTH biar kehilangan semua yang ada di dunia semata-mata untuk seorang manusia? Useless! Manusia akan mati, okay? Sanggup kau sacrifice sumua yang ada atas dunia semata-mata seorang manusia yang langsung tak perfect? Banyak flaws? Banyak mistakes? 

Baiklah kau tuju bait ni pada Tuhan. Sebab Dia yang selayaknya kau sacrifice segala benda. Because He is Perfect. And He never dies.

So when you read the lyric from another perspective i.e cinta kepada Tuhan, wah wah wah. Baru mengena! Baru masuk lagu ni! Baru ada feeling!

Ahh...

Sit back and enjoy! ;)

3 comments:

  1. Btul! ada lagi lagu bang Nuar b4 this x ingat title apa tapi sedap lah! Tak ubah lirik pun, just tukar the small m to big capital M for 'Mu'. Selalu main kat Astro Oasis. Really turn the meaning to the Rabb..

    ReplyDelete
  2. was it ketulusan hati? yang 'cintaku tak berdusta, tak mengenal ingkar, tak pernah nestapa' yg tu kan? kawan aku cakap dulu kat ikim pun slalu main lagu tu...

    ReplyDelete
  3. aiyak..bagus-bagus..bravo my rumet..tak pasal-pasal nama bang nuar tercatat dalam post ko ye..
    hehe..selamat menikmati cuti anda :D

    ReplyDelete

Share your thoughts!