Pages

June 25, 2011

Falaha, origami, dan emas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ah, dah hampir seminggu aku tak menaip di blog. Ah, atau lebih? Atau kurang? Apa-apa je lah.
Sorry lah, final exam dah nak dekat. Ni pun curik-curik tulis jugak. Nakal punya tangan. Heh. Dah la dengan mid semester exam diadakan seminggu je sebelum final exam. Huu tak cukup masa punya pasal ye? Ape ke nama nya mid sem tuh?
Well, semalam aku enjoy sikit. Sebab semalam birthday Falaha. Hahaha. Apa kaitan birthday Falaha dengan aku yang enjoy? Ye lah dia kan close friend aku mesti lah kalau dia enjoy aku pun enjoy sekali =_=’.
Takdelah. Semalam pergi makan PIzza Hut. soribukanakubelanjahaha Kira nya outing sama-sama lah untuk sambut birthday dia. Dia dah lah suka Pizza Hut. Ah… yang best nye ada salad bar la pulak kat Pizza Hut tu. Macam batak pulak kitorang dok penuhkan mangkuk. Sedap pulak aku makan salad yang hijau itu. Nyum nyum.
Nak tau apa hadiah yang aku bagi pada Falaha? Jeng jeng jeng…


Satu set origami flower. Buatan sendiri tau. Dengan kad yang diperbuat daripada kotak. Letak tulisan khat kat depan tu “Kullu ‘aamin wa anti bi khair”. Fuhh sampai pukul 2 lebih aku tak tidur semata-mata nak belajar buat khat dari internet. Haha. Aku tau Falaha suka khat khat ni. Takpe la demi dia kan. Nice experience indeed.
Punya lah aku takde idea nak bagi hadiah apa. Tiba-tiba aku teringat, dulu aku pernah saja-saja lipat kertas jadi bunga, pastu tambah batang, pastu aku bagi kat dia. Dia simpan kot bunga tu. Padahal dah nak tercabut-cabut dah bunga tu dari batang. Dan aku buat pun saja-saja je, tak serius. Hah maka datanglah idea aku untuk memberikannya hadiah bunga origami pada hari jadinya yang ke-21 ini…
Well, sebenarnya aku tak puas hati just bagi dia bunga origami. Aku ingat aku nak bagi dia gelang emas tau. Pastu aku dok tanya lah pada Zah dan Kak Ammar berapa biasanya harga gelang emas. Oh wau serius saya tak tahu harga sebenar barang emas ni. Mahal! haha ke aku je yang tak tau emas ni sebenarnya mahal? Cincin emas yang plain belah rotan tu pun harganya boleh mencecah RM100, apatah lagi gelang!
Allah, tak jadi saya nak belikan gelang emas untuk Falaha. Padahal saya rasakan itu yang dia mahukan.
haha takpelah Falaha kau tunggulah laki kau belikan ye. Bak kata Zah, ha’ah memang lah emas tu mahal, sebab tu lah kita kena tunggu orang belikan.
Aduh sesungguhnya saya tidak mahu berharap. Sebab tulah saya ingat saya nak beli sendiri je lah. Tapi kenapa nak beli? Nak buat apa? Hiasan? Oh Falaha kata emas boleh gadai, silver tak boleh.
Ya, saya sebenarnya lebih suka silver dari emas. Sebab kaler dia putih. Emas kaler kuning, saya tak minat sangat. Emas putih pun saya tak berapa minat. Sebab kaler dia lebih berkilau dari silver. Silver lebih modest. Haha. Sekarang pun saya memiliki satu cincin silver 925 belah rotan biasa yang harganya tak sampai RM10. ^_^’
Emas
Emas putih
Perak
Sampaikan aku pernah kata, sapa-sapa yang masuk meminang/merisik aku bawak cincin emas, aku reject terus.
Haha wau what a bold statement. Ok aku tak berani jamin yang aku akan totally reject that guy. Ntah la mana aku tau kan. Kalau mak aku suruh aku kahwin jugak dengan lelaki terbabit, aku nak buat apa, takkan aku nak ingkar pada arahan ibu aku?
Oh well apa boleh buat. Lama kelamaan mungkin saya akan memakai jugak barang-barang emas ni. Tapi mungkin tidak banyak. Mungkin cukup sekadar cincin. Atau gelang. Saya tidak boleh selamanya menolak, kan? Lagipun bukannya haram pakai emas nih sampai aku gila taknak pakai.
Haha. Benda mahal sapa yang taknak.

Ok off to study. Exam mode.

1 comment:

Share your thoughts!