Pages

June 16, 2011

Not to believe in something you already know

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I entered a Japanese chat room last Monday. Heh. Memang satu habuk pun aku tak paham ape.

chatjapan

Saje suka-suka. Teringin jugak nak tau macam mana Jepun yang sebenar-benarnye. Ye lah, selama ni cuma layan anime+drama+lagu je. Nak chat kat Yahoo!Chat tak best. Search kat Uncle Google, ter’stumble’ upon chat room ni. Apa lagi, jom layan~~

Masukkan nama aku, Effenelle kat kotak kecik tu. Dah masuk, aku taip “Hi everyone”. Haha lantak korang ar paham ke tak. Yang penting, aku tak paham. Haha.

Aku pun melalut la sorang-sorang kat dalam tu. “Haha I don’t understand what you said” “I don’t know Japanese” dan ntah apa-apa lagi la. Takde sapa-sapa layan pun. Ntah-ntah diorang pun tengah ngumpat-ngumpat aku dalam tu. Haha. Ah, apa aku kesah.

Pastu ada la sorang ni tulis dalam English jugak. Dia tanya, “Why you come here?”. Wah wah, aku pun apa lagi, reply la “Because I like Japanese so much! Hontoni suki!” Excited kot ada jugak orang layan aku akhirnya. Borak la tanya umur berapa, study kat mana etc. etc…Ada la dalam 3 orang lagi kat dalam tu, Douze, Uin dengan Kai. Paham la jugak cara baca nama diorang sebab aku ada Hiragana chart.

Tiba-tiba aku ‘ter’dapat satu idea. Aku Google Translate apa aku nak cakap, pastu aku copy paste dalam bahasa Jepun, pastu aku send. Haha apsal la aku tak terpikir nak buat macam tu tadi?  78

Hah amekaw terus takde sape tulis English kat situ. Terus laju je diorang tulis bahasa Jepun. Aku pulak yang terkulat-kulat tak paham kat situ.26Aduh.

Hah tu lah kau. Nak sangat cakap Jepun. Dah dibagi terus debuk.

Apa-apa jelah. Tapi aku tidak berputus asa. Aku pun copy paste la setiap yang mereka cakap, translate ngan Uncle Google. Uncle Google ni banyak berjasa sungguh. Paham la jugak akhirnya. Haha. Diorang dok cakap “You know Japanese?”, aku pun jawab la dalam omputeh, “I use Google Translate to translate into Japanese.” Pastu diorang cakap, “Is it okay if we chat in Japanese then?”, aku pun kena lah mengalah. “Yes, you can, but I will follow slowly." Haha. Slowly pun slowly lah yek.

Lalu pada malam terbabit aku tidur pukul 3. Layan orang Jepun punya pasal. Ke orang Jepun yang layan aku? 71

Anyway, yes. Somehow I like Japanese. Apa yang aku suka tentang mereka ialah cara bercakap mereka yang sungguh bersemangat. Or so I see. Full of spirit. Well, it can be said that I like their culture. Haha bukan nak kata aku tak suka culture Malay yang lemah lembut dan sopan ni. Hehe. It’s just that aku suka bila diorang nampak bersemangat. Mimik muka diorang pun sangatlah ber’semangat’.Haha. Boleh jugak kalau korang nak kata over. Aku pun kadang-kadang dah terikut diorang. Haha.

[TimeLesSub] Samurai High School Ep 01 SD [99A1E006].avi_000187086

So haritu cuti banyak la aku tengok anime + cerita Jepun. Kebanyakkannye yang lawak-lawak la. Sori doe, gua tak layan sangat cintan-cintun ni. Jalan ceritanya agak lembap lambat. Sebab tu gua tak layan sangat Korea. Haha.

And guess what, mak aku pun marah lah. Haha biase lah mak mana yang tak marah anak dok layan cerita Jepun yang dia sendiri tak biasa tengok. Haha tapi ada je mak-mak orang yang layan Korea 43  Mak aku cakap ada baiknya kalau aku layan cerita Melayu berbanding cerita-cerita omputeh tu.(dulu aku suka gak tengok cerita omputeh)

Oh well. Bila aku pikir balik, kenapa la yang aku dok suka sangat Jepun tuh? Baik sangat kah mereka? Hehe. Bila tengok dalam anime, drama, diorang nampak so sweet kan. Baik, prihatin ngan member, kelakar, tak mudah menyerah kalah etc. etc. Betul ke baik orang Jepun ni? Well, aku tak tau, aku tak pernah pergi Jepun.

Suddenly, I realize something. Kenapa aku suka orang Jepun, sedangkan aku tak tahu apa-apa pun tentang the REAL Jepun? The real face of Japan behind the mask of those animes and dramas? Hmm.

It’s better not to believe in something that you know already, rather than believing in something that you don’t know anything at all.

Ceyt. Aku terpikir balik tentang apa yang mak aku cakap. Aku tak suka tengok cerita Melayu, sebab cerita tu semua banyak menipu. Ceyt, balik-balik tayang pasal orang kerja ekzekutif, pakai kot, gaji besar, umah besar, kereta besar, mulut pon besar. Apa yang diorang tayangkan di dalam sesebuah drama tu bukannye yang betul berlaku dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia ni. Bukan semua orang senang macam diorang. Ceyt.

Sebab tu aku tak percaya drama Malaysia. Sebab aku tau kehidupan orang Malaysia tak sesenang tu.

Tapi, pasal Jepun yang aku suka sangat tu, aku tak tau satu habuk pun.

Ceyt.

Moral of the story, tak yah lah senang-senang sangat percaya orang Jepun or Korea or Mexico or orangapeapejela tu baik sangat, hanya dengan menengok drama-drama buatan negara diorang. Nak kenal diorang betul-betul, pergi apply citizenship negara diorang, dok kat situ 2-3 tahun.

P/S: Teringin nak gi Jepun…~

manga4

3 comments:

  1. Terkena batang hidung! Aku suka korea, tp bkn sbb cintan-cintun, aku suka just sbb Koreans cuter than Japanese. Selekeh kan sbb aku? Hee.. Tp nk wat camana.. They're so adorable. Tp aku layan gak Crita Jepun coz Jepun ni byk crita investigation, lebih mencabar minda!

    ReplyDelete
  2. to elhiffzunnuri:
    yup haha btol gak tu. muka diorg 'menawan' rr, malays takleh lawan.aku pun layan gak muka2 diorg :P haha nak jugak~

    to k.a.k.a:
    upss sori tak sengaja...teehee :P

    ReplyDelete

Share your thoughts!