Pages

January 3, 2015

Can't stop walking: 2nd day

Bismillah.

A continuation for a previos post with the same name.

So on the second day, kitorang gerak keluar dari UPM pukul 10.30am. Ambik Sarah kat masjid, guba GPS, sampai ke surau Kuarters Polis Seksyen 20 lebih kurang pukul 11 lebih. Dengar ceramah kat situ tentang hak anak ke atas ibu bapa. Antaranya ialah hak diajar menulis membaca, hak diajar ibadah, hak diajar amal maaruf nahi munkar...banyak, ada 20. Tapi time kitorang sampai tu dah yang ke 9 ke 10 dah.

 Ceramah habis pukul 12, perut dah bunyi-bunyi dah. Haha. Lepas tu selawat sikit, tahnik, pastu dah boleh makan!!! Sedap woo makanan dia. Macam nasik arab! Daging kambing yang empuk, ayam merah, acar timun fresh..umpphhh rasa macam nak bungkus bawak balik Kuantan je! Haha.



Siap makan, bagi hadiah kat Falaha, tangkap gambar sikit...pastu mintak izin nak balik. Sebab aku nak kejar bas awal, baru boleh sampai Kuantan siang. Kalau ambik bas lambat, sampai Kuantan malam, susah sikit mak aku nak ambik. Kebetulan time tu Sopek and Naimah pun dah nak balik sekali, diorang tolong hantar ke stesen KTM Shah Alam. Sampai kat situ dalam pukul 1 lebih jugak la. From KTM Shah Alam, we went straight to KL Sentral. The journey took more than half an hour, so we arrived at KL Sentral at 2 something.

Pergi rushing solat semua, we rode monorail from KL Sentral to Titiwangsa at 3pm. At Pekeliling bus station, we searched for buses to Kuantan at 3.30 but...guess what? None of the counters offered tickets to East Coast! Maksudnya kitorang tak boleh balik la! It was all because of LPT being closed down due to flood. Allah. Nak ke mana pulak aku dengan adik aku ni. Huhu.

Last last kitorang pun ikut la nasihat mak aku yang dok suruh aku tido rumah bapak sedara akur daripada tido bilik Wan kat UPM. Aku pun call bapak sedara aku yang duduk kat PJ, mintak nak tumpang. Haha hadoi lawak pulak twist of fate ni. Mak sedara aku suruh naik LRT sampai Universiti.

But no no no. Aku yang tengah frust tak dapat balik time tu, cakap ngan mak sedara aku, kitorang nak gi jalan jap dulu. Aku pun ape lagi, bawak adik aku gi jalan KLCC! Sebab kebetulan time tu ada Comic Fest, Nik semalam jumpa kat KTM Serdang sebab dia pergi Comic Fest tu la! Haha jeles kot aku. From Pekeliling bus station, I took the monorail to Bukit Nanas station. There, I exchanged to Kelana Jaya LRT line, you'd have to walk out of the station for a bit until you arrive at Dang Wangi LRT station. From there, we rode on the LRT to KLCC station.

Haha, sampai sampai je...pergh ramai nye orang! Of course la, ada event kat KLCC. Kitorang dah mula nampak dah cosplayer-cosplayer kat situ. Aku ape lagi, tarik adik aku bawak pegi Convention Centre tu cepat-cepat. Sampai je situ...

Assassin's Creed

Lonely Kurosaki Ichigo (lol)

SWAT and female Jiraiya (is it?)

Seems familiar...hmmm

Joker. He looked like a natural entertainer, quickly got into pose when I wanted to take pictures.

Hatsune Miku (Vocaloid) gundam version
 
Ada yang aku kenal, aku kenal la. Miku, Gintama, Naruto, Jiraiya...yang aku tak kenal pun banyak. Tapi aku punya la excited, sebab ni first time aku pegi anime event macam ni. Ni baru kat luar hall, belum masuk dalam lagi. Aku tanya la orang yang jual tiket tu, berapa harganya. RM21. Haha adoi tak jadi la aku nak masuk. Lagipun tu dah petang, event dia pun dah nak habis. Nanti-nanti je la aku pergi lagi.

So pukul 5 tu aku pun bergerak pulang ke rumah pak sedara aku di PJ. From that KLCC LRT station, I took the LRT to Universiti station. No need to exchange line or go to KL Sentral pun. Sampai situ, tunggu pak sedara aku datang ambik. Bila dia sampai, rupa-rupanya aku salah stesen. Patutnya stesen Taman Jaya yang lagi dekat. Oh well.

Sampai rumah pak sedara aku, makan, tido. Fuhhh penat beb. Tambah dengan frust tak dapat balik lagi. Tengok berita, air makin naik di Temerloh. Nampak gayanya duduk lama la aku kat sini...

No comments:

Post a Comment

Share your thoughts!