Pages

December 18, 2019

Kena ignored.

Bismillah.

Harini aku rasa apa yang aku penah buat kat orang dulu.

Kau tau, dulu aku pernah fedup sangat dengan sorang ni, aku buat dia macam tak wujud.

Padahal aku satu dorm dengan dia. Sebelum tu aku layan, kawan ngan dia elok je. Tetiba satu hari tak ingat sebab apa, aku terus rasa fedup, then terus aku decide time2 tu jugak aku dah taknak layan dia.

Sejak dari haritu, sampailah nak SPM, memang aku buat tak nampak je. Walaupun lah setiap malam ada baca alMulk ramai2, salam2, aku salam je tak tengok muka langsung.

Aku mengaku, sangat tak matured aku buat perangai macam tu. Ignore orang tanpa bagi tau sebab.

And you know what, sekarang baru aku tau macamana rasanya bila kau di ignore orang.

Officemate aku.

Kes dia macam ni. Aku ada meeting sekali satu team, tapi dia tak join sebab jawatan dia contract je, ada certain meetings bos cakap tak payah join.

So dalam meeting yang dia tak join ni, bos cakap nanti nak buat teambuilding ramai2. Dia tak tahu, sebab dia takde dalam meeting. Aku pulak takde la bagitau dia, sebab aku tak tau dia terlibat ke tak. Logik aku macam ni: kalau dia takde dalam meeting tu, bermaksud mungkin dia tak terlibat. Kalau betul dia terlibat, maka tugas bos la kena bagitau dia.

Pastu dalam office tu kitorang borak2 la pasal teambuilding...dia tanya borak pasal apa, aku jawab la ada event tu, acuh tak acuh aku jawab sebab aku rasa serba salah yang dia tak tahu and maybe tak terlibat jugak.

Pastu next day, kitorang receive email tanya saiz t-shirt untuk teambuilding tu.
 Dan aku check, nampak nama officemate aku ada sekali. Maksudnya dia terlibat la. Makanya aku pun start tanya dia pasal teambuilding. Dia pun start jawab acuh tak acuh. Aku dah perasan dia lain macam. Seharian tu aku cuba borak ngan dia, dia buat nak tak nak je.

Aku biarkan jela over the weekend tu ingat nak bagi dia bertenang dulu, pastu Ahad tu aku mesej dia. 'Ada terasa dengan aku ke? Kalau ada, aku mintak maaf la.' Dia tak baca pun aku rasa (takde bluetick).

Okay takpe, maybe dia marah lagi. Aku biar dulu 2-3 hari. Tak, dia takde cakap apa2 pun ngan aku. Tegur pun tak, pandang pun tak. Lepas tu aku tanya dia, marah lagi ke? Dia senyum2 kelat. Aku cakap, kalau nak cakap, bagitau je la. Macam nak bagitau yang aku ni open je la kalau bila2 nak cakap ke kan.

Aku mengaku, aku ni akwkward sikit bab2 confrontation ni. Dan aku pun cuba bersangka baik yang dia pun maybe sama akwkward dengan aku. Takpelah, aku cuba yang mana mampu.

Takde pun dia cakap apa2. 2-3 hari lepas tu aku cuba la layan dia macam biasa. Aku tanya dia tapau lunch ke? Sebab sebelum2 ni selalu jugak dia ikut aku makan kat foodcourt. Ha'ah, dia kata dia dah tapau. Aku dah agak dah. 2-3 hari jugak aku tanya dia. Dia tapau je dah sekarang.

Sekarang aku pulak rasa nak marah. Eh eh lama pulak nak terasa dengan aku. Cakapnya tak jugak. Aku dah cuba approach, dia nak merajuk lama2 pulak. Huh. Serius, aku dah geram. Aku dengan dia baru kenal 9 bulan. Bagi aku, ini belum sampai tahap yang aku panggil kawan tau. Serius, aku pikir, eii...takde masa aku aku nak main pujuk2 pulak. Engko sape nak expect aku layankan rajuk ko tu? Ko sapa nak aku stroke your ego? Dah aku pikir macam2. Dia anak bongsu. Anak bongsu memang macamni eh? Keras kepala, nak orang ikut cakap dia je.

Masa aku masih kawan ngan dia dulu, dia penah cerita pasal ada sorang orang kat office ni yang dia sangat tak suka. Kita panggil dia Z. Dia cerita la yang dulu dia penah tolong Z ni buat kerja, tapi tetiba ada something wrong dalam kerja dia sendiri.  Bukan salah dia pun, tapi memang bawah tanggungjawab dia. Yang dia marah sangat dekat Z ni, dia kata Z buruk2 kan nama dia atas kesalahan tu. Aku tak tau sejauh mana kesahihan cerita ni, sebab aku dengar dari mulut dia sorang je.

Tak lama lepas aku dengar cerita tu, aku terpikir, tak mustahil untuk benda yang sama jadi kat aku. Iaitu aku sebagai Z. Sebab, apa yang aku paham dari cerita dia, Z bagitau bos dia yang officemate aku ni yang in charge kerja yang rosak haritu. Aku rasa dia sebut nama je pun, dah memang kau yang in charge, nak sebut nama sapa lagi? Dia marah sebab si Z ni tak backup dia, sedangkan dia dah tolong Z buat kerja jugak.

Aku terpikir, entah2 tak mustahil aku terbuat benda yang sama. Ye la, kalau dah orang tanya siapa in charge, aku yang lurus ni kena la jawab siapa. Nak kona kata this is team effort apa? Maybe la aku akan kata benda dah tak jangka nak jadi, bukan salah dia pun. Tapi nama dia tetap akan naik jugak. Adakah itu pun dikira betrayal??

Aku ni dah la tak ada kawan keja kat sini. Dia pulak orang lama, dah kenal ramai orang. Aku dah suspek entah2 dia cerita kat orang lain apa yang aku dah buat kat dia. Ye la, cerita pasal Z tu pun dia dah jaja kat orang. Tak mustahil dia buat benda yang sama pada aku. Aku dengan tak ada kawan nya, kau rasa ada orang nak backup ke?

...

Aku tak sangka. Aku dok pikir2 benda ni. Adakah aku patut teruskan effort untuk approach dia? Tapi aku dah start geram ni. Aku rasa tak berbaloi nak spend banyak tenaga nak layan dia. Memang berkawan dengan dia banyak benefit, aku boleh network dengan kawan2 dia, and aku boleh tanya dia gosip2 office, tapi adakah aku mau terus kawan dengan dia?

Huh...pikir banyak2 pasal benda ni membuatkan aku rasa macam aku ni psychopath. Macam aku ni orang jahat pulak. Sebab aku dah malas layan feeling dia. Lantaklah aku sorang2 takde kawan ke, kau nak ajak member2 kau pinggirkan aku ke... lantaklah. Aku taknak spend too much effort on something that's not really worth it. Entah, aku pun tak tau adakah aku akan menyesal sebab tak berbaik2 dengan dia? Adakah aku akan continue keja kat sini tanpa kawan? Adakah aku takkan dapat buat kawan baru anymore?

 ...Tak tak tak. Aku masih boleh buat kawan. Cuma perlu cuba je. Worse comes to worse, aku akan missed out of team activities je la kalau aku memang tak ada kawan. Worse comes to worse, aku boleh berenti, carik keja lain. Kan?

***

Aku dah buat apa yang termampu. Selebihnya, serah pada Tuhan.

2 comments:

  1. Akak :)
    Dah lama tak jenguk dkt sini.
    Hopefully you are doing great and pls don't think too much.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aisha!

      Haha...sometimes susah kan untuk tak pikir banyak sangat. I should really try that :')

      Delete

Share your thoughts!