Pages

August 16, 2011

Meh. I’m sad. =_=’

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Well, dah lepas 15 Ramadhan dah pun kite ek.

Jujur aku katakan, this Ramadhan is not the best Ramadhan I’ve had so far. Well, tak tau la kan, ni baru habis separuh. Lagi separuh tak sure lagi macam mana.

Bayangkan lah, baru je masuk Ramadhan dalam 2-3 hari, bantal aku dah basah dengan air mata.

Haha. Aku pun tak tau lah.

Aku ingat, dah lepas nangis 2-3 malam, lega lah sikit. Aku ingat hormone imbalance je ke ape. Tapi tak. Berlanjut lagi beberapa hari kemudian. Dalam 15 hari Ramadhan, hanya beberapa hari je yang aku tak nangis.

Haha memang aku rasa Ramadhan kali ni bagi aku ialah bulan kesabaran.

Ntah ape yang sedih sangat la. Well, maybe sebab aku lapar kot. Aku kalau lapar, memang aku akan badmood. Huwaa 20 Tapi hey Effe ni kan Ramadhan bulan puase, tahan la lapar kau tu sikit~

Hmm. Maybe jugak sebab ni Ramadhan pertama tanpa bapak aku. Yeah, aku terasa kehilangan dia. Tapi apa aku boleh buat? I have to adapt to this new situation.

Mak aku pulak selalu sebut-sebut, dia teringat kat bapak aku. Bila aku dengar mak aku cakap macam tu, aku lagilah.46

Yes, I am sad. Mak, kitorang kan ada. Mak janganla cakap macam tu. Rasa macam kitorang tak diperlukan pulak. Huhu. Yelah tapi kan aku paham la mak aku pun rindu bapak aku gak.

Oh well. Yang aku paling tak boleh tahan, kalau aku pergi solat tarawikh kat masjid je, mesti aku teringat-ringat kat member-member aku semua. Ha’ah, kat korang lah tu. Sama ada yang kat Muadzam, atau kat Klang, atau kat PJ, mahupun di Kuantan. Argh, aku dok menjerit-jerit dalam hati, aku nak solat tarawikh ngan KORANG! Argh.

Dok kat umah lama-lama, aku jadi lonely lah pulak. Hey, kengkawan aku. Mana korang semua pergi hah?

Kitorang ada je kat sini…

“Eh, sape jawab tu?” Aku menoleh kiri kanan sambil perhatikan, tak de orang pun. Huhu, seram.

Haha relax ar aku memain je. Hmm. Nanti aku balik UIA elok la ni. Argh cepat la balik UIA. CEPATLAH!102 Haha.

Adoi. Cepatlah.

And so this Ramadhan I filled my time by doing some house cleaning, and also trying some new recipes.

Yeah, I know. My Ramadhan is pretty boring, right? I bet korang punya Ramadhan mesti lagi best. Yeah.

Oh well. Raya? Tak. Aku tak rasa raya tahun ni best. Ah tak kesah la. Ape-ape je lah kan.

Argh sedap nye kalau dapat makan puding roti kukus ni.

OK, enough about that. Aku nak pergi masak plak ni.

Masak puding roti kukus. Nyum nyum.

pudingroti

BTW, ni gambar aku buat kerepek bawang haritu, sebelum dan selepas. Sedap la pulak bila dok ratah lama-lama. Nanti nak try buat lagi lah. Haha.

DSC00801DSC00804

Bye. May you get what you hope for this Ramadhan.3

July 16, 2011

Be proud, try it.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Cuti. Jarang online lah maknanya.

Baru 2 minggu cuti. Dah terasa lama. Kenapa ya?

Ahha. Yang penting bukan sebab bosan, ye. Setakat ini saya tidak merasa bosan duduk di rumah ye, harap maklom.

Buat apa kat rumah, kerja-kerja biasa saja. Kerja-kerja yang mungkin anda anggap bosan. Atau saya sendiri anggap bosan. Haha. Tetapi saya tidak boleh bosan melakukannya. Kalau tak, mereka nak makan ape tengah hari? Haha.

***
Yup, kecoh pasal Hari Kuning SeMalaysia hari tu. Abang aku semangat sungguh. Aku pun layan je la.

Dia pun kongsi ngan aku video Bersih yang smart gituh. Tema Transformers. Nak tengok, tekan di sini.

Sekadar berkongsi.

***
Adik bongsu aku, Najwan tu, menangis bila rambut dia hampir dibotakkan.

Abang aku bawak dia pergi kedai rambut, abang aku cakap kat barber tu, macam biasa, no. 2.

Sampai je rumah, adik aku melulu masuk dengan air mate nye mengalir tak henti-henti. Terus naik tingkat atas, masuk bilik.

Merajuk. Haha.

Hahahahahahahahahahahahahaha.

Ah, jahat pulak aku gelak rasenye.

Mak aku tanya kat abang aku, kenapa?

Abang aku jawab, entah.

Mak aku gi tanya adik aku tu, katanya taknak rambut botak.

Mak aku pun cam nak sengih pun ada. Amboi, kecik-kecik nak rambut panjang, nak melawa, nak pakai gel rambut segala. Aok tu nak cari awek dah ke? Mak aku cakap dalam nada memujuknye.

Ahahahahahahahahahahahaha. Ok fine budak kecik.Kalau orang dewasa macam kita ehem ehem buat macam tu, erm, aku rase barber tu kena bagi duit sebagai ganti rugi. Tak pun kena saman beberapa juta. Haha.

Sambil tengok TV, adik aku balut kepala dia dengan kain, taknak tunjuk rambut dia yang hampir botak tu. Alah ade je lagi rambut.

Aku pun menyampuk. Aok patut rasa bangga ngan rambut aok tau tak. Tak kira la macam mana apa ke jenis rambut aok tu. Rambut aok jugak. Abang aku pun sapot point aku tuh.

Wau. Sejak bila aku pandai bagi motibasi kat adik aku ni?

Lepas tu ok dah adik aku. Takde nak main hide and seek ngan rambut dia dah. Ceh.

Aok = Awak

***

Yup, bagi aku macam tu. Tak kira lah what you have, or what happen to anything yours, you gotta be proud of it. Tapi tak termasuklah perkara-perkara kejahatan dan yang sekutu dengannya.

I mean, if you have such a quiet and timid personality for example, and you have reason to stay that way, so be it. Be proud of it, hold on to it. Because you have reasons to do so.






Be proud of yourselves, whosoever you are. Because that is what makes you different from others. And the differences we possess as human beings, are needed for us to complete each other as a community.

Alah, rambut je kot. Bukan effect cara hidup pun. Asalkan ko masih boleh teruskan hidup. Rambut botak pun takpe. Haha.

***



Oh taking risk. Nak mencuba, sentiasa ada risk. Tak kira how high your optimism is. Tak kira lah how much you say, I can do this, I can do this.


Well. everything is up to our God to determine, right? Apa yang dijanjikannya,siapa yang rajin usaha, pasti berjaya.

Cuba resepi baru, sentiasa ada risk membazir. But which one should I choose, to try and risk wasting, or not to try at all?

Ah, aku. Mesti aku pilih untuk cuba. Haha. Pengalaman, sentiasa lebih berharga daripada tahsiniyyat. Takpelah, kita dah cuba. Kita dah usaha. Apa-apa pun, hasilnya biar Allah tentukan.

Oh well. So that happened. Takde lah sedap sangat kerepek bawang yang aku buat. Tak menjadi pun rupa nya. Rasa pun tawar-tawar. Tapi alhamdulillah, ia masih boleh dipanggil kerepek. ...or keropok. Whatever.

Satu gulung dah habis digoreng. Dah habis diratah oleh adik beradik aku. Alah, tak siap goreng lagi ada dah tangan yang ambik. Sekejap yang tu masuk dapur ambik sekeping dua keping, sekejap lagi yang tu pulak. Yang tukang goreng ni pun, satu untuk kuali, satu untuk saya. Satu untuk kuali, dua untuk saya. Satu untuk kuali...haha.

4 gulung lagi dalam peti. Hmm. Banyak tuh.

July 1, 2011

Hai bang Nuar~

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Haha kan aku dah cakap aku nak tulis dalam blog pasal Bang Nuar.

Jom kita analyse setiap baris lirik lagu dia nih.
***

Anuar Zain -  Sedetik Lebih

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantungAku selalu
Memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalanAku selalu

Memikirkanmu

%Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa

#Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidupKu kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Repeat %
Repeat #

Oooo...

Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih

Repeat #

***

Ok, dah puas karaoke sambil tengok lirik lagu kat blog aku? Bagus. Sekarang masanya nak baca pendapat aku pulak.

Mula-mula aku dengar lagu ni, huh. Hampeh punya lagu. Melodi dia punya lah best, tapi lirik...maaf ye saya tak suka cinta yang melampau-lampau terhadap manusia nih. Mengarut!

WTH. Tengokla lirik nya. Setiap nafas yang dihembus, setiap degupan jantung, ku selalu memikirkanmu. Oh puh-leez, apa kelas ingat pada awek/mamat sepanjang masa. Buat sakit otak ade la. Baik la ko ingat Tuhan. Lagi banyak benefit.

Tak dapat dinafikan, video clip lagu ni memang cantik. Saya suka ke'abstrak'an yang ditonjolkan. Effect komputernye pun mengagumkan saya. Dan saya suka irama lagu ni, sebab bunyi macam kat orchestra. Gah gitu. Vokal bang Nuar pun memang mantop. Boleh nak kata takde sape dapat tiru suara dia. Dan saya memang dah fan bang Nuar dari dulu lagi. Haha baru sekarang demam die datang balik.

Those aside, saya tak puas hati dengan liriknya. Balik-balik ulang cinta, cinta, cinta. Macam kamus Dewan tu tak cukup banyak vocab untuk carik words lain yang lebih meaningful. (Hah amekaw kau ingat senang nak buat lirk? Pandai komen, buat sendiri la brader!)

But one night, aku tetiba terdetik nak dengar and download lagu ni. Aku pun mintak la my rumate Za downloadkan. Dan bila aku dengar balik lagu ni banyak kali, terasa macam ada something menusuk kalbu ku ini.(cewahh tak bleh blah ayat)

Yes, I feel it. Lagu ni, kalau ditujukan pada Tuhan, lagi mantop. Saya mula suka lagu ni, sebab tu.

Cuba tengok lirik first.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu
Memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu
Memikirkanmu

Haa kalau setiap detik, setiap nafas, setiap degupan jantung, dalam sedar dalam tidur, cuma Tuhan yang ada dalam minda. Oh so sweet. But yet so sad. Sebab aku tak mampu lagi capai tahap tu.

Ah lagu ni buat aku sedih.

Kita tengok lirik seterusnya pulak

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa
Ku bernyawa

Memang. Kalau takde cinta dari Tuhan, macam mana la ko hidup atas dunia ni? God's Mercy extends over His Wrath. Kenapa dia kata kalau dah dapat cinta Tuhan, baru rasa bernyawa? Haa jawapannya di lirik seterusnya.

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih
Selepas selamanya

Sebab Tuhan bagi erti hidup pada kita. Percaya pada Tuhan, atau nama lainnya beriman pada Allah, beri makna pada kita, kenapa kita perlu hidup. What is the purpose of our life. Because God wants us to live, and worship Him. So just go on, okay? Tak payah pikir-pikir nak kelar tangan kiri ke hape. Haha.

Next lyric, bagi aku, menimbulkan rasa syukur dan rasa berharap.

Di kala penuh ketakutan
Dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Ahh...Allah sentiasa dekat dengan kita.

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Huwah lirik yang ni lah yang menyedarkan aku lagu ni ada elemen cinta terhadap Tuhan. Kalau nak tuju pada manusia, WTH biar kehilangan semua yang ada di dunia semata-mata untuk seorang manusia? Useless! Manusia akan mati, okay? Sanggup kau sacrifice sumua yang ada atas dunia semata-mata seorang manusia yang langsung tak perfect? Banyak flaws? Banyak mistakes? 

Baiklah kau tuju bait ni pada Tuhan. Sebab Dia yang selayaknya kau sacrifice segala benda. Because He is Perfect. And He never dies.

So when you read the lyric from another perspective i.e cinta kepada Tuhan, wah wah wah. Baru mengena! Baru masuk lagu ni! Baru ada feeling!

Ahh...

Sit back and enjoy! ;)