Pages

September 9, 2009

Siape Tuhan?

Assalamualaikum...
Tajuk aku harini senang je.
Sape Tuhan korang?
Adekah korang tau jawapannye?
Bila korang dah tau jawapannye,cube korang pikir balik.
Adekah ape yang korang jawab tu btol2 jujur dari dalam hati korang?

Tuhan.
Tuhan untuk disembah,dipuja,dipuji
Tuhan tempat kita mengadu
Tempat kita bergantung harap
Tempat kita nak mintak tolong
Tempat kita bercerita
Tempat kita memohon
Tempat kita beradu kasih
Tempat kita berterima kasih

Demi Tuhan,kita sanggup buat apa saja
Apa yang Tuhan suruh,kita buat
Apa yang Tuhan tak bagi buat,kita tak buat
Kerana Tuhan adalah segala2nya
Kita hidup kerana Tuhan,untuk Tuhan

Kita hidup kerana Tuhan menghidupkan kita
Kita hidup kerana Tuhan mahu kita hidup
Jadi kita hidup untuk Tuhan,kerana Tuhan mahu kita hidup
Tuhan menghidupkan kita untuk menyembah-Nya

"Wa maa kholaqtal jinna wal innsa illa liyaa'buduu"

Cuba anda tengok balik dalam hidup anda
Adakah persepsi anda mengenai Tuhan anda sama seperti di atas?
Atau Tuhan bagi anda...sekadar nama?

Kerana aku memeluk Islam,jadi Tuhanku namanya Allah
Kerana aku memeluk Kristian,Tuhanku namanya Jesus,atau Trinity,atau God the Father atau The Holy Spirit (siapa sebenarnya Tuhan dalam Christianity kurang jelas)
Kerana aku memeluk Hindu,Tuhanku namanya Brahma,atau Shiva,atau Vishnu (sepatutnya Brahman,tetapi Tuhan Hindu terlalu ramai)
Kerana aku memeluk Buddha,aku tiada bertuhan??

Macam tu ke Tuhan bagi anda?Sekadar nama?


Ade juga yang bertuhankan manusia
Tanpa disedari sebenarnya kita semua pernah buat macam ni
Mungkin bukan semua,tapi agak ramai yang melakukannya...
Tanpa disedari
Bertuhankan manusia (astagfirullahal'aziim...)
Cuba tengok dan baca balik konsep Tuhan yang aku taip kat atas tadi
Pernah tak anda buat salah satu daripada perkara di atas,kepada seorang manusia??
Mestilah pernah,kan?Kita manusia...tak lari dari melakukan kesilapan

Kita mengadu masalah kepada manusia
Kita mintak tolong dari manusia
Kita percaya yang manusia itu mampu selesaikan masalah kita
Sedangkan siapa yang bagi masalah tu pada kita?Dan siapa yang mampu mnyelesaikannya?

"Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu,maka tiada siapa yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang akan dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberi kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Yunus (10:107)

Dalam Quran dah terangkan dengan clear...tinggal kita je nak baca...

Manusia juga ada macam2 kehendak dan pendapat
Dan diorang nak kita dengar dan amik ape yang diorang cakap
Manusia mintak kita buat itu,buat ini
Manusia suruh kita jadi macam tu,jadi macam ni

"Eh,ko ni tak thiqoh langsung!"

"Relax rr..kita kene la fleksibel sket..otai sket pon takpe..."

"Mana bleh buat macamni...ini dah melanggar polisi!Nak buat keje kena la ikut flow yang betul."

"Takpe,kita buat je. Jangan ikut polisi sangat,nnti smpai bile2 pon kita tak dapat buat ape yang kita nak."

"Kenapa ko buat macam tu tadi?Terasa la die!"

"Eh,relax la...aku tak terasa pon tadi..."

Itu smua apa yang orang cakap. Apa yang orang nak kita jadi.
Berbeza-beza kan?Mana satu nak ikut ni?
:hilo:Akhirnya kita yang pening...

"Allah membuat perumpamaan - seorang lelaki yang dimiliki oleh ramai tuan yang berbeza-beza antara satu sama lain, dengan seorang lelaki yang dimiliki sepenuhnya oleh satu tuan sahaja: adakah sama kedua-dua orang lelaki itu? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui."
Az-Zumar (39:29)

Yup. It's clearly stated in the Quran (once again)...

Ape nak buat?

Dengar cakap Tuhan sudaa...~
Apsal la manusia ni demanding sangat??Penat laa...

No comments:

Post a Comment

Share your thoughts!