Pages

August 30, 2010

Kematian

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari mendung. Macam nak hujan.

Teringat pada SMS yg baru dapat time sahur pg tadi.
*************

Diorg excident.

Hmmm. Teruk jugak dengarnya.

Updates: Patah kaki. Masuk ICU. Guna ventilator. Ustaz dah ajar mengucap dah.

Ya Allah.

Terus tringat pada kematian.

******************

Saya nak tanya, apa pandangan korang trhadap perkara yg disebut sbgai 'kematian'?
Maut?
Ajal?

Adakah mati itu menakutkan?

Atau sesuatu yg dinanti-nanti?

Adakah mati itu menyedihkan?

Mati itu sesuatu yg solemn, somber and sorrow?

How do you perceive death?

Mungkin ada org yg tak nak fikir lagi pasal mati. Katanya, selagi kita hidup, kita hidup dan jalani hidup kita. Bila dah mati, matilah. Ada juga yg takut, even nak fikir pasal mati pon takut. Katanya, aish, aku masih muda, bnyak lagi perkara yg aku nak buat atas dunia ni. Ada juga yg taknak fikir pasal mati, katanya, taknaklah, nanti rosak mood aku, dprd tgah hepi2 tetiba jadi sedih plak. Bergantung pada diri masing2.

Tapi mungkin juga ada yg ternanti2 nak mati. Katanya, hidup kat dunia ni membosankan. Ada juga yg teringin nak bunuh diri, katanya hidup di dunia terlalu depressing, hopeless, takde sapa sayang aku, jadi apa guna aku hidup? Astaghfirullah. Tapi mungkin ada juga yg ingin mati, katanya aku ingin mati syahid di medan perang mempertahankan agama. Nanti boleh terus masuk syurga. Alhamdulillah.

Sebelum anda menjawab dgn pandangan masing2, biar saya nyatakan satu perkara.

Pandangan kita semua berbeza. Jadi jangan menolak mana2 pandangan yg berlawanan dgn pandangan anda.
Ya, mungkin pandangan masing2 berbeza dan kadang2 nmpak susah utk diterima, tapi itu cara dia pandang perkara tersebut. Dan pandangan anda juga mungkin akan berubah, setelah mendapat tahu pandangan org lain.

Berbalik tentang mati.

Saya pernah tanya seorg kawan, setelah saya mendapat berita bhwa dia mnghidap satu penyakit. Saya jadi risau, tak senang. Saya tak pasti tntang ape yg saya rasa sebenarnya. Saya cuba dapatkan jawapan.

Saya tanya dia, "Adakah mati itu menakutkan?"

Dia jawab, "Menakutkan, dari dua segi. Takut kerana dosa kita masih bnyak, atau takut kita masih belum cukup beribadah kpd Allah."

Jawapan yg bernas. Dia berani mnjawab soalan pasal kematian. Mungkin juga menunjukkan dia sudah bersedia utk mati.

Mungkin cara saya tnya soalan tu mcm too direct and agak mengejutkan, tapi sebenarnya saya cuma ingin tahu pendapat org lain.

Bagi saya, kematian itu memang sesuatu yg pasti. Kita memang sedang menunggu untuk mati. Bahkan kita semua akan mati. Bukan sekadar org yg beru lepas excident, bukan sekadar org yg punya penyakit kritikal.

Saya akan mati.

Saya akan mati.

Dan bagi saya, mati itu patut diterima. Biarpun kita takut, kerana kita masih belum cukup beribadah, belum cukup bersih utk bertemu Cinta hati kita.

Dan mati itu patut dibincangkan dgn rasa penerimaan bhwa kita akan mati.

Saya teringin utk berborak dgn rakan2 saya tntang mati.

".....mati tu, mcmana ek?"

"Takut tak nak mati?"

"Macamana lah kita mati nnti ek?"

Saya mahu mati dgn kebaikan. Jadi sbb tu saya doa selalu:
Allahummakhtimlana bi husnil khatimah, wala takhtim 'alaina bi suu'il khatimah.

Bestnye mati, dapat jumpa Tuhan yg kita sayang. Tapi kita masih belum sedia, sebab kita masih belum cukup beribadah.

Kita nak sangat jumpa Tuhan kita, tapi diri kita belum perfect.

Diri saya belum cukup baik. Mahukah Tuhan menerima saya?

Saya rindu Tuhan saya.

************

Apapun, kematian mmg mnyakitkan. Nabi sndiri bersabda sedang dia mnghadapi sakaratul maut. Aduh sakitnya sakaratul maut ini. Klu bleh nabi nak ambil semua sakaratul maut kita, bagi pada dia. Macamtu lah sayangnya nabi pada kita.

Sakaratul maut itu menakutkan.

Jadi bukanlah mati yg menakutkan, tpi sakaratul maut itu?

Mungkin.

Ya Allah, ringankanlah sakaratul maut kami, dan jauhilah kami dari azab kubur. Sesungguhnya pada Engkau sajalah tempat kami mengadu dan memohon.

Tapi saya suka satu kata2 Saidina Ali.: "Selagi belum ajalku, selagi itu tiada siapa boleh membunuhku. Apabila datangnya ajalku, tiada siapa boleh mnyelamatkan aku."

Mmg betul pun kata2 tu. Ajal maut itu di tgn Allah.

Jadi bila mndengar kes2 excident macam ni, ustazah saya ajar suruh doa macam ni:

"Ya Allah, jika kematian itu baik utknya dan kenalannya, maka berikanlah kematian utk nya. Tapi jika kehidupan itu lebih baik utknya, maka Kau sembuhkanlah dia Ya Allah. Sesungguhnya Kau yg Maha Mengetahui segala yg baik dan buruk. Tapi ketahuilah yg kami sayangkannya dan kami memohon kepadaMu, Kau sembuhkanlah dia. Ameeen."

**********

Langit yg mendung tadi beransur cerah. Mungkinkah ianya mmbawa berita gembira?

Wallahua'lam.

1 comment:

  1. kematian..

    takot kerana kita belum cukup terbaik utk bertemu pencipta..

    namun..

    dalam usaha utk jd yg terbaik..kita tersasar dgn sedar..

    namun kealpaan mengheret kite utk terus meneruskan perjalanan di jalan yg salah..

    dlm msa yg sma...igauan nasihat dan perintah si Pencipta utk kembali ke jln yg betul utk smpai ke destinasi hidup kite iaitu akhirat dan taman firdausi..InsyaAllah..

    Namun.....

    bg yg hidup..

    saat berhadapan dgn kematian seseorg amatlah menakutkan dan menyedihkan..

    saat di mana kehilangan seseorg yg kita sayang..

    Benar..tiada siapa yg akn tahu bila mati tu akn tiba..

    tapi bila Insan yg kita sayang tiba2 pergi..

    Baru kita sedar akan kewujudannya selama ini..

    Sesalan yg tidak pernah henti..

    Sesal kerana tidak sempat utk menunaikan inpiannya..

    Sesal kerana tak sempat utk bagitahunya..

    'Saya Sayang ....'




    Hanya yg mampu..

    Doa..

    Agar k=aku bisa bertemu dgnnya di akhirat kelak..

    Amin..

    ReplyDelete

Share your thoughts!