Pages

December 30, 2010

Versus Hlovate, from my perspective

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Sorry McWa, aku tak suka Hlovate macam kau. Haha.

Aduh. Setelah diberi cdgn oleh seorg kawan utk mmbaca karya Hlovate, tergerak jugak hati nak baca. Lebih2 lagi aku mmg pembaca buku cerita, Hlovate pula seorang pengkarya yg agak feymes setelah buku dia disebut2 oleh member2 keliling aku.

Aish, aku tak paham.

Ok aku tau, selera buku kita berbeza. Mungkin korang lebih suka buku2 chicklit. Bukan macam aku. Haha.

Aku dah try cari buku Versus karya Hlovate kat merata2 tmpat kat kedai buku Kuantan ni, satu pun takde. Takde rezeki kot. Aku tanya kawan2 aku yg ada buku Hlovate. Sorang kata dah bawak balik umah. Sorang lagi dah pindah, sebelum aku sempat pinjam buku dia. Haish, memang takde rezeki.

Akhirnya semalam aku gi fotostat kat bilik kawan, kebetulan dia peminat Hlovate jugak. Heh. I wont let go of this chance that easily. Ape lagi, aku pinjam dua buku dia. Versus and Rooftop Rant.

Well, bawak balik buku tu ke bilik, mula2 aku berasa agak kurang yakin la. Ye la, aku kan jenis peminat Dan Brown, ada ke nak baca buku Hate+Love=Hlovate mcm ni?

Start baca lebih kurang 11 mlm. Then berhenti baca kol 12.30mlm, nak tido. And serius, aku tido malam tu dgn perasaan yg agak sakit hati. Dengan permulaan buku Versus, dgn watak MinnEdina dlm tu.

Ape ke murah sgt dia nak gi kluar dgn lelaki berdua macam tu je??

Ops sorry aku bab2 mahal murah harga diri ni cam angin sket.

Last2 aku pujuk diri aku balik. Ok2 relax beb, buku ni mnceritakan tntang perubahan, so nnti tgah2 novel tu nnti msti dia berubah punyalah. Then mesti laki tu berubah punyalah. Wlupun mula2 lelaki tu berubah demi pompuan tu, and pompuan tu berubah sbb wasiat nenek dia (what a lame excuse!) but aku yakin in the end diorg akan berubah kerana Allah. Then diorg kawen. Then happy ever after. Owh and dont forget,mungkinla akan ada konflik sket sblm kawen tu.

Oh my God. Itu baru aku baca smpai part si AO tu ugut nak terjun atap. Aku tak baca smpai habis lagi tau! Aku tak tau jalan cerita sebenar dia mcm mana.

And guess what, aku sambung baca harini, huh. Please la AO and Minn, kawen je la. Buat penat je aku layan konflik korang tak sudah! Aku dah tau la, in the end korang akan kawen jugak! Aku smbung baca buku tu pon sebab aku mengharapkan ade la twist sket dlm jln cerita dia. Mngkin la si Minn tu tetibe Kena rogol ke ape. Something more drastik. Tengok2...sama je maca tekaan aku.

Oh well. I admit, mngkin je tekaan aku bg ending cerita ni salah. Ok fine. Klu diorg tak kawen pon, mungkin salah sorang mati. takpon si Minn tu kawen ngn Sun. Tak pon takde sape2 kawen. Dah. End of story. Ape susah sgt nak teka?? Adoila.

Sorry2, no offence. Aku tau, taste kita berbeza, bahan bacaan kita berbeza. Dan apa yg kita nak dari sesebuah buku pon berbeza. Aku kalau baca novel, (English preferably) aku baca sebab aku nak fakta dlm buku tu. History, science or maybe debates about religion. Debates put in an interesting way. That's why I'm trying not to miss any of Dan Brown's books.(walaupon dia buat buku like 4-5 years per book). Lama, sebab dia bnyak buat kajian. Dan tajuk2 yg diceritakan juga berbentuk fakta yg tak ramai org tau.

Meanwhile, buku Versus ni pulak masuk bab2 nak berubah, with a little bit of romance. (Oh bagi aku bab cerita cinta diorg tu lagi pnjang kot.). Jalan cerita yg dah biasa didengar, cuma mungkin Hlovate dedahkan dari satu sudut yg tak ramai org sedar. Dari kacamata budak2 skate, basket, breakdance shuffle etc. And aku akui, bnyak jugak la tajuk2 buku agama Hlovate senaraikan dlm buku ni.

The good thing is, dlm buku ni bnyk tazkirah. And Hlovate dedahkan pd pembaca tntang budaya dak2 skate, bahasa diorg. (Woo bagi aku bahasa skate yg digunakan dlm ni kasar la sket dr bahasa yg aku slalu guna.)

Anyway, aku tak abes baca pon buku tu. Aku baca smpai bab Minn ngn AO kawen je. And buku Rooftop Rant tu pon aku tak baca. Aku teros pulang 2 buku tu pada member aku.

Peminat2 Hlovate, jgn marah ea? ;) Ini just pandangan aku je. Buku tu still memberi pngajaran pada org ramai...

*UPDATE*

Aku tak habes ulas lgi sbnrnye. Haritu nak cepat, nak blik umah. Meh kat sini aku smbung.

Slepas baca Hlovate, somehow ada kata2 yg digunakan oleh Minn Edina macam sama dengan kata2 yg aku pernah cakap kat diri sndri. Haha. Bolehla nak kata me and her do have a little similarities,tapi aku mmg BUKAN Minn Ed. Sebab Minn Ed peluk teddy bear yg diberi oleh seorg lelaki yg BUKAN suami dia. Aku rase mcm nak bakar je teddy bear tuh. Huh.

Marah benor nmpak. Takdelah. Lantak kau lah Minn Ed. Kau bukan wujud di alam nyata pon. Why should I care about you?

Haha. But somehow I was jealous with her. She's Ed'Sassin, adik kepada the Faymes Ked Flop, gf pada Sun the Wrath. Argh, how feymes she was, sampai AO pon admire dia. Haha. (ok2 dia feymes dri segi tak elok)

But anyway, I do have gained one good thing to keep for myself.

Selepas aku selesai baca buku Versus tu, aku rasa bersyukur sebabTuhan jaga aku. Sebab Tuhan letak aku masuk sekolah agama, dari Form smpai masuk U, title sekolah aku semuanya ber'agama'. Haha. Buat aku sedar yg biah solehah tu penting utk dijaga. And I thank God sebab Dia jaga biah solehah aku berbanding Minn Ed.

Dah2 la tu pasal Minn Ed. Cuba cerita pasal Effe Nelle plak. Haha.

December 21, 2010

He's amazing

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

It's amazing, kan? The way God atur hidup kita.

One night I was feeling down, feeling terrible, rasa macam diri sndri ni teruk, I can't accept myself.
But then suddenly God opens my eyes, gives me ilham that there is someone else who's having a bad time more then myself.

And I don't know, suddenly I feel much better, although knowing that the person having a bad time is one of my friends. Yes, I'm worried for my friend but I'm also glad, because God still remembers me. God still loves me. And that means I'm not such a bad person after all =))

Teringat kata-kata Dr Ibrahim Shogar dlm kelas Islam and Science. Dia suka sebut, "Our place (Muslim) is in paradise, not in Hell." .Walaupun selalu kata diri ini tak layak langsung utk masuk syurga, tapi somehow his words remind me that Allah had promised in the Qur'an. Whoever believes and do good, Allah will reward him or her, and be sure will enter the Paradise.

Tenang sikit rasa. Kita dok takut Allah tak terima kita, sedangkan Allah dah janji dalam Qur'an. Pada sapa lagi kita nak percaya, selain pada Allah? ;) Husnuzhon to your God...(Ya Allah ampunkan kejahilanku)

Yup I agree, we SHOULD be afraid yg kita akan dicampak ke neraka, sebab kita manusia tak lari dri buat salah. Tapi Allah itu yang mencipta kita, Dia tau la perangai kita macammana. Kita ikut cara Dia, and we'll be fine. Tolonglah jangan lupa apa janji Allah dalam ayat-Nya (I'm saying this to myself). Allah itu MAHA Penyayang. He's such a nice God. We are LUCKY to have been chosen to serve Him! Love Him! ;)

P/S: Doakan kawan saya tu sekali yep! ;)

***************

Gi kelas Linear Algebra tadi, cam tension la sket. Sebab lecturer dah kata awal2, memang dia tak mengajar. Dia suruh kita buat grup dlm 10 org, then bincang topik2 dalam silibus tu, sampai habis semester. Ada soklan tak dapat nak buat, baru tanya dia.



Hurm, penat jugakla kot. Tapi ini la yg orang kata, taknak bg makan suap je. Nah amik, belajar sendiri!

Dah la buku lambat lagi nak dapat. Nak studi pakai ape?? Batu??

Mana tak penatnye, atur kelas sendiri. Bincang dalam grup sape yg nak bentang topik ni, nak kena buat extra klas utk habiskan 3 subtopik dlm seminggu, apa yg nak bentang dalam grup. Nak kena baca and buat latihan sendiri2 dulu sebelum tu. Kita dah jadi lecturer tak bertauliah. Apa yang sepatutnya ditekankan dalam buku pun kita tak tahu. Betul ke tak pemahaman kita pun kita tak tahu.

Kalau macam tu, baik aku takyah masuk kelas trus. Dok je kat bilik, studi sndri, buat latihan sndri, datang exam, sudah. Mungkin cara studi ni sesuai utk org lain, tapi aku sedikit kurang selesa.

Bukan utk Linear Algebra je, Calculus 2 pun sama.

Oh well, tapi dia kata soalan exam dia amik dari buku je. And exam pon open book.

Hmm. Aku tak kesah sgt pasal exam dia, sebab apa yg aku percaya, bila kita paham betul2 subjek tu, tak kesah la soklan ape ko bagi kat aku, insyaAllah kita boleh try jawab. Sebab peMAHAMan tu penting.

(=_=)' Takpelah. Lama2 ok kot. Aku kan senang menyesuaikan diri. (hohoho)

Guys, enjoy your studies, ok! ;)

~sementara mood masih ok, post kali ni bunyinye macam positive la sket...~

December 14, 2010

Rindu nak bergaul dengan manusia.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Esok nak gi beli karpet utk letak dlm bilik. Hurm
Pastu nak gi beli barang2 makanan sume.
Ha'ah aku tau, "baru balik cuti dah nak gi outing??"
Heh, time cuti haritu aku tak gi beli barang utk balik ostel pon.

Ajak 'that someone' gi kedai, malas. Suruh aku gi sendiri.
Lepas bawak 'that someone' gi KP haritu
aku jadi sakit hati nak bawak kereta
Lepas 'that person' taknak bawak aku gi kedai
aku jadi sakit hati dah nak ajak gi kedai

fine, taknak tolong sudah. I can go myself!

dulu, klu aku nak gi kedai, mesti aku ajak bapak aku. MESTI. Takde org lain dah.
Naik motor, takpon naek kereta.
Giant atau Mydin.
 Bapak aku je memahami aku.
Dulu, kalau aku jalan2 ngn bapak aku, mesti aku peluk tangan dia. Tak pon aku pegang baju dia.
Bukan takat time aku kecik2 je, dah besar pon aku buat macam tu.
Bapak aku tnya, "Tak malu ke jalan2 pegang abah ni. Abah dah la dah tua."

"Tak." Spontan aku jawab.

Why should I be? He's my father!
Takpe, kalau korang tak buat mcm tu ngn bapak korang, tak bermakna korang anak yg jahat.
Cuma dgn berbuat mcm tu, menunjukkan aku anak yg manja ngn bapak aku.

Yup, mmg org kata, bila dah hilang baru sedar kita sayang.
Tapi aku tak menyesal kehilangan dia. Sebab aku dah sayang dia ketika dia hidup.
Cuma bila kehilangan dia, aku la yg kehilangan.
Takde sape dah yg memahami aku lepas ni.
And yes, kehilangan dia tak boleh diganti.
Mana ada dua orang manusia yang sama kat dunia ni?

Doing everything myself, rasa macam aku hidop sorang kat dunia ni. Rasa lonely.

Tiba2 rindu nak bergaul dgn manusia. Aku ingat boleh survive idup sorang2 ni. Tapi fikirkan2 balik, kadang2 mmg kita perlukan masa dgn diri sendiri. At least 30 minutes per day.

Tengok korang sume happy je among korang punya geng. Korang sentiasa ada kawan. Korang sentiasa tahu cara nak bergembira Korang sentiasa bahagia.

Can I be like you guys?

Tapi bila tengok balik org kat keliling aku, rase macam sumanye menyendiri. I mean, start sem baru, masuk kelas, dengar summary pasal2 subjek2 yg nak belajar, tough, susah sume, then sume org study, wat hal masing2, aku mesti pass exam like hell! sume ngadap buku, tak peduli pasal manusia, buat2 tak kenal je orang, padahal satu kelas etc etc etc

Yeah. yeah i know. Itu yg penting dlm idup ni. Nak dapat keja gaji beso.
Prof Torla kata, time nak dapatkan keje tu je dia tgok cgpa
lepas tu takde nye, kau boleh bakar dah sijil ijazah kau tu

No hard feelings guys. aku cuma rindu nak bergaul ngn manusia. Tapi aku tau aku tak sepandai Farahin utk bercerita dan menarik perhatian, tak juga se anggun Akeen yg cakap mcm seorang profesional. Jauh lagi mcm Falaha yg sentiasa confident dan senang bermesra. Aku tak dapat nak rasa semangat satu batch tu dalam batch kita.

Well, mungkin aku kena gi masuk grup lain kot. Grup dak medic ke, dentist ke. Nursing sounds like fun.

I dont know. Just rindu nak ber'satu grup' ngn korang, then go on a camp in the jungle, redah halangan or something.

Bg aku, apabila satu grup menghadapi satu situasi yg susah, then mereka hadapi benda tu sama-sama, selesaikannya sama-sama, boleh mngeratkan hubungan dan menambah kepercayaan antara satu sama lain.

Build that trust. That's what i need. I need to trust you.

Pernah dgr tak org kata, nak kenal seseorang tu betul2, pergi travel dgn dia 3 bulan. Then you'll know macam mana dia react dalam situasi susah, adakah dia akan tolong korang, atau TINGGALKAN korang.

P/S: Dont worry guys i'll be FINE. bila korang dok tnya "Teha, ok tak?" aku jadi mcm serba salah plak. Adoi~ Aku cuma nak melepaskan perasaan, tak salah kan?

December 11, 2010

6700 Slide melawan X5-01

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Aku nak cari henset baru. Boleh?

Ahha, korang kata tak boleh pon, aku nak beli jugak. Aku nak cari henset 5MP Nokia. Aku dah survey, tapi antara dua henset ni aku tak tau mana nak pilih. Boleh korang tolong pilihkan? Hehe.

Yang ni henset Nokia  X5-01. Jenama yg agak baru jugakla keluar di pasaran. Kamera mmg 5 MP, ada flash. Dan yang best nye, dia ada Wi-Fi! Tapi video fps dia cuma 15 fps, and zoom dia sampai 4x je. Handset ni berat sket dri 6700 slide, and display color yg dia suport tak sebnyak 6700 slide.



Ni pulak Nokia 6700 slide. Kamera 5MP, ada dual flash, auto focus...vidoe fps dia 30, so ia merakam video yg berkualiti lbih sket dr X5-01. And zoom dia bleh smpai 8x, dan yg best pasal henset ni, dia ada kamera kat depan! Bleh video calling, leh tgkap gmbar dari depan. And henset ni bleh support flash video, and video camera resolution dia sampai QVGA, berbanding X5-01 yg hanya VGA. 


Yang aku suka pasal 6700 slide ni, sbb keypad di jenis biasa. Aku tak suka sgt Qwerty sebab kecik nor butang nak ditekan. And 6700 slide ada kamera depan. Tapi aku tak kesah sgat pasal kamera kat depan, asalkan kamera kat blkang dah 5MP pun dah cukup. Tapi X5-01 ada Wi-fi, mmg henfon zaman moden lah tu. Aku takut kalu aku beli 6700 slide, nnti outdated sebab dia takde Wi-Fi. Tapi aku bukan nak pakai Wi-Fi pon kat henset. Laptop dah ada watpe nak surf kat enset..?

Bajet aku dalam 500-600 ringgit je, tpi klu lebih sikit tu bleh consider sikit la...

Hmm...hati aku lebih memihak kepada 6700 slide sbnrnya, sbb kaler dia best, keypad dia senang, dan dia taklah se'besar' X5-01. Tapi aku nak tnya 'restu' korang dulu sblum aku beli...hehehe...silakan2..bg pendapat anda di ruang komen kat bwh ya...kalau ada yg dah penah pakai henset ni lagi bagus! Hehe...thank you! ;)

P/S: Kalau korang ada lagi henset 5MP yg bleh dicadangkan, cepat2 la gitau aku ea! Thanks~