Pages

June 25, 2011

Falaha, origami, dan emas

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ah, dah hampir seminggu aku tak menaip di blog. Ah, atau lebih? Atau kurang? Apa-apa je lah.
Sorry lah, final exam dah nak dekat. Ni pun curik-curik tulis jugak. Nakal punya tangan. Heh. Dah la dengan mid semester exam diadakan seminggu je sebelum final exam. Huu tak cukup masa punya pasal ye? Ape ke nama nya mid sem tuh?
Well, semalam aku enjoy sikit. Sebab semalam birthday Falaha. Hahaha. Apa kaitan birthday Falaha dengan aku yang enjoy? Ye lah dia kan close friend aku mesti lah kalau dia enjoy aku pun enjoy sekali =_=’.
Takdelah. Semalam pergi makan PIzza Hut. soribukanakubelanjahaha Kira nya outing sama-sama lah untuk sambut birthday dia. Dia dah lah suka Pizza Hut. Ah… yang best nye ada salad bar la pulak kat Pizza Hut tu. Macam batak pulak kitorang dok penuhkan mangkuk. Sedap pulak aku makan salad yang hijau itu. Nyum nyum.
Nak tau apa hadiah yang aku bagi pada Falaha? Jeng jeng jeng…


Satu set origami flower. Buatan sendiri tau. Dengan kad yang diperbuat daripada kotak. Letak tulisan khat kat depan tu “Kullu ‘aamin wa anti bi khair”. Fuhh sampai pukul 2 lebih aku tak tidur semata-mata nak belajar buat khat dari internet. Haha. Aku tau Falaha suka khat khat ni. Takpe la demi dia kan. Nice experience indeed.
Punya lah aku takde idea nak bagi hadiah apa. Tiba-tiba aku teringat, dulu aku pernah saja-saja lipat kertas jadi bunga, pastu tambah batang, pastu aku bagi kat dia. Dia simpan kot bunga tu. Padahal dah nak tercabut-cabut dah bunga tu dari batang. Dan aku buat pun saja-saja je, tak serius. Hah maka datanglah idea aku untuk memberikannya hadiah bunga origami pada hari jadinya yang ke-21 ini…
Well, sebenarnya aku tak puas hati just bagi dia bunga origami. Aku ingat aku nak bagi dia gelang emas tau. Pastu aku dok tanya lah pada Zah dan Kak Ammar berapa biasanya harga gelang emas. Oh wau serius saya tak tahu harga sebenar barang emas ni. Mahal! haha ke aku je yang tak tau emas ni sebenarnya mahal? Cincin emas yang plain belah rotan tu pun harganya boleh mencecah RM100, apatah lagi gelang!
Allah, tak jadi saya nak belikan gelang emas untuk Falaha. Padahal saya rasakan itu yang dia mahukan.
haha takpelah Falaha kau tunggulah laki kau belikan ye. Bak kata Zah, ha’ah memang lah emas tu mahal, sebab tu lah kita kena tunggu orang belikan.
Aduh sesungguhnya saya tidak mahu berharap. Sebab tulah saya ingat saya nak beli sendiri je lah. Tapi kenapa nak beli? Nak buat apa? Hiasan? Oh Falaha kata emas boleh gadai, silver tak boleh.
Ya, saya sebenarnya lebih suka silver dari emas. Sebab kaler dia putih. Emas kaler kuning, saya tak minat sangat. Emas putih pun saya tak berapa minat. Sebab kaler dia lebih berkilau dari silver. Silver lebih modest. Haha. Sekarang pun saya memiliki satu cincin silver 925 belah rotan biasa yang harganya tak sampai RM10. ^_^’
Emas
Emas putih
Perak
Sampaikan aku pernah kata, sapa-sapa yang masuk meminang/merisik aku bawak cincin emas, aku reject terus.
Haha wau what a bold statement. Ok aku tak berani jamin yang aku akan totally reject that guy. Ntah la mana aku tau kan. Kalau mak aku suruh aku kahwin jugak dengan lelaki terbabit, aku nak buat apa, takkan aku nak ingkar pada arahan ibu aku?
Oh well apa boleh buat. Lama kelamaan mungkin saya akan memakai jugak barang-barang emas ni. Tapi mungkin tidak banyak. Mungkin cukup sekadar cincin. Atau gelang. Saya tidak boleh selamanya menolak, kan? Lagipun bukannya haram pakai emas nih sampai aku gila taknak pakai.
Haha. Benda mahal sapa yang taknak.

Ok off to study. Exam mode.

June 16, 2011

Not to believe in something you already know

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I entered a Japanese chat room last Monday. Heh. Memang satu habuk pun aku tak paham ape.

chatjapan

Saje suka-suka. Teringin jugak nak tau macam mana Jepun yang sebenar-benarnye. Ye lah, selama ni cuma layan anime+drama+lagu je. Nak chat kat Yahoo!Chat tak best. Search kat Uncle Google, ter’stumble’ upon chat room ni. Apa lagi, jom layan~~

Masukkan nama aku, Effenelle kat kotak kecik tu. Dah masuk, aku taip “Hi everyone”. Haha lantak korang ar paham ke tak. Yang penting, aku tak paham. Haha.

Aku pun melalut la sorang-sorang kat dalam tu. “Haha I don’t understand what you said” “I don’t know Japanese” dan ntah apa-apa lagi la. Takde sapa-sapa layan pun. Ntah-ntah diorang pun tengah ngumpat-ngumpat aku dalam tu. Haha. Ah, apa aku kesah.

Pastu ada la sorang ni tulis dalam English jugak. Dia tanya, “Why you come here?”. Wah wah, aku pun apa lagi, reply la “Because I like Japanese so much! Hontoni suki!” Excited kot ada jugak orang layan aku akhirnya. Borak la tanya umur berapa, study kat mana etc. etc…Ada la dalam 3 orang lagi kat dalam tu, Douze, Uin dengan Kai. Paham la jugak cara baca nama diorang sebab aku ada Hiragana chart.

Tiba-tiba aku ‘ter’dapat satu idea. Aku Google Translate apa aku nak cakap, pastu aku copy paste dalam bahasa Jepun, pastu aku send. Haha apsal la aku tak terpikir nak buat macam tu tadi?  78

Hah amekaw terus takde sape tulis English kat situ. Terus laju je diorang tulis bahasa Jepun. Aku pulak yang terkulat-kulat tak paham kat situ.26Aduh.

Hah tu lah kau. Nak sangat cakap Jepun. Dah dibagi terus debuk.

Apa-apa jelah. Tapi aku tidak berputus asa. Aku pun copy paste la setiap yang mereka cakap, translate ngan Uncle Google. Uncle Google ni banyak berjasa sungguh. Paham la jugak akhirnya. Haha. Diorang dok cakap “You know Japanese?”, aku pun jawab la dalam omputeh, “I use Google Translate to translate into Japanese.” Pastu diorang cakap, “Is it okay if we chat in Japanese then?”, aku pun kena lah mengalah. “Yes, you can, but I will follow slowly." Haha. Slowly pun slowly lah yek.

Lalu pada malam terbabit aku tidur pukul 3. Layan orang Jepun punya pasal. Ke orang Jepun yang layan aku? 71

Anyway, yes. Somehow I like Japanese. Apa yang aku suka tentang mereka ialah cara bercakap mereka yang sungguh bersemangat. Or so I see. Full of spirit. Well, it can be said that I like their culture. Haha bukan nak kata aku tak suka culture Malay yang lemah lembut dan sopan ni. Hehe. It’s just that aku suka bila diorang nampak bersemangat. Mimik muka diorang pun sangatlah ber’semangat’.Haha. Boleh jugak kalau korang nak kata over. Aku pun kadang-kadang dah terikut diorang. Haha.

[TimeLesSub] Samurai High School Ep 01 SD [99A1E006].avi_000187086

So haritu cuti banyak la aku tengok anime + cerita Jepun. Kebanyakkannye yang lawak-lawak la. Sori doe, gua tak layan sangat cintan-cintun ni. Jalan ceritanya agak lembap lambat. Sebab tu gua tak layan sangat Korea. Haha.

And guess what, mak aku pun marah lah. Haha biase lah mak mana yang tak marah anak dok layan cerita Jepun yang dia sendiri tak biasa tengok. Haha tapi ada je mak-mak orang yang layan Korea 43  Mak aku cakap ada baiknya kalau aku layan cerita Melayu berbanding cerita-cerita omputeh tu.(dulu aku suka gak tengok cerita omputeh)

Oh well. Bila aku pikir balik, kenapa la yang aku dok suka sangat Jepun tuh? Baik sangat kah mereka? Hehe. Bila tengok dalam anime, drama, diorang nampak so sweet kan. Baik, prihatin ngan member, kelakar, tak mudah menyerah kalah etc. etc. Betul ke baik orang Jepun ni? Well, aku tak tau, aku tak pernah pergi Jepun.

Suddenly, I realize something. Kenapa aku suka orang Jepun, sedangkan aku tak tahu apa-apa pun tentang the REAL Jepun? The real face of Japan behind the mask of those animes and dramas? Hmm.

It’s better not to believe in something that you know already, rather than believing in something that you don’t know anything at all.

Ceyt. Aku terpikir balik tentang apa yang mak aku cakap. Aku tak suka tengok cerita Melayu, sebab cerita tu semua banyak menipu. Ceyt, balik-balik tayang pasal orang kerja ekzekutif, pakai kot, gaji besar, umah besar, kereta besar, mulut pon besar. Apa yang diorang tayangkan di dalam sesebuah drama tu bukannye yang betul berlaku dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia ni. Bukan semua orang senang macam diorang. Ceyt.

Sebab tu aku tak percaya drama Malaysia. Sebab aku tau kehidupan orang Malaysia tak sesenang tu.

Tapi, pasal Jepun yang aku suka sangat tu, aku tak tau satu habuk pun.

Ceyt.

Moral of the story, tak yah lah senang-senang sangat percaya orang Jepun or Korea or Mexico or orangapeapejela tu baik sangat, hanya dengan menengok drama-drama buatan negara diorang. Nak kenal diorang betul-betul, pergi apply citizenship negara diorang, dok kat situ 2-3 tahun.

P/S: Teringin nak gi Jepun…~

manga4

June 10, 2011

Sakit kaki, perut, and those nights.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

***

Argh, kaki aku sakit pakai kasut tinggi. Well, dah beli, kenalah pakai. Kalau tak, itulah namanya membazir, ye anak-anak.

***

Harini sakit perut. Wow. Tiba-tiba aku rasa macam dah lama Encik Sakit Perut tak datang mejenguk aku. Harini baru aku telah diingatkan kembali bagaimana rasanya intestine tu memulas-mulas dalam toilet.

Haha. Ianya mengingatkan aku pada hari aku makan sayur yang hampir basi itu. Kenapa ya, walaupun tau bahawa ia akan menyebabkan kita sakit perut pada keesokan hari, tapi kenapa kita makan jugak?

Yup, sebab tak nak membazir. Hey setan, aku taknak jadi kawan kau lah.

And another reason, sebab sakit perut tu esok, bukan sekarang.

Haha. Kalaulah kita tengah sakit perut, kompem-kompem kita takkan berani-beraninya memakan apa sahaja yang ada di depan mata kita. Entah-entah kita tak lalu makan pun.

Tapi aku tadi selamba je ambik ikan bakar + sambal asam + sambal kicap. Pergh memang macam omputeh cakap, stimulate you taste buds.

ikan bakar

***

First night.

Bangun-bangun pagi, tengok-tengok bantal biru aku yang selalunya ada kat bawah kepala aku, kali ini berada di sisi kanan aku.

Ok, aku tak sengaja tak sedar teralih bantal tu kot.

Second night.

I thought I slept quite early that day. Sebab tu tidur aku pun macam senang terjaga. But sedang aku tidur tu, aku dengar bunyi. It was like “Chi…chi…chi…chi…” . Bunyinya constant, monotone, macam mesin. It sounded like it was just beside me, on my back. But I refused to look at it. Instead, I decided to move a little. I moved my body to the right side of the bed, giving some kind of warning to whatever that sounded just now. And then it stopped. And I went back to sleep.

And the dreams…err. Just weird.

And paginya aku bangun, bantal biru aku tu once again teralih ke sisi kanan aku.

Third night.

I was having quite a hard time getting to sleep. Entah apa yang bermain dalam minda aku ni. Being a little bit paranoid, tiba-tiba jadik so sensitive to sounds, hearing this and that, bunyi kipas pun mendebarkan. Was waiting for that “Chi…chi…chi” sound actually. Kali ni kalau bunyi jugak, aku memang akan toleh and find out what is it. Haha. Tidur sorang pulak tu. Rumate takde. Lampu semua tutup. Haish.

Mula-mula ingat nak berangan pasal Lelouch, tiba-tiba pulak termasuk watak anime lain pulak. Rekaan pulak tu, tak wujud di alam nyata. Sekali-sekala tersedar, golek sana golek sini atas katil. Entah pukul berapa baru aku betul-betul nyenyak.

Bangun pagi, kali ni bantal biru aku tu ada dalam pelukan aku.

Hmm. Am I missing something unconsciously?7

That “Chi…chi…chi” sound tak ada pun. A little bit frustrated, I might say, for if it really existed, maybe it might make my life a little bit exciting. Hehe. Entah-entah bunyi tu bunyi kipas je.

Tidur tengahari, peluk bantal peluk. Bangun-bangun je daripada nap, sedar-sedar bantal peluk aku dah ada kat atas lantai.

Haish, sejak bila aku tidur ganas ni? Sebelum-sebelum ni tak ada pulak.

Fourth night.

Tak boleh tidur, tapi sikit je la. After a few goleks atas katil, then I dozed off. Tersedar satu dua kali, tapi I went back to sleep. And that bantal biru, stayed on its place underneath my head. 1

cute-cat-sleeping

***

Hmm. Those weird nights. I hope they wouldn’t happen again. I do care about my sleep, especially the sleep at night. Because I believe that sleep helps repair the body. And I’m quite thankful that I dream a lot in my sleeps. It somehow makes my life a little bit happier, like watching a free movie inside your head. Besides, sometimes the dreams I dreamt were about my dream. What I always wanted. Once I dreamt I was riding a bicycle from my house to the campus (which somehow made me smile when I woke up from the dream ‘cause I wanted to have a bicycle) and another dream where I was floating in the air. Yup, I’ve always wanted to be able to fly, despite knowing that no one would ever be able to that for the time being. Luckily my dreams at night help me satisfy that desire. Haha.

Ahh…dreaming. Berangan itu best, bak kata hakitanan. Tidur itu pun best jugak. Tapi bila dah dengar “Assolatu khairumminannauum” tu, haa lu pikir la sendiri.

P/S: Dreaming may help alleviate depression. 3

June 2, 2011

Maha Suci Allah by Mustika

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


***


Maha Suci Allah by Mustika



Subhanallah
MAha Suci Allah
Mari Memuji Allah
Allah Ya Allah


Subhanallah
Maha Suci Allah
Mari Memuji Allah
Allah Ya Allah


Mari Adik-Adikku
Pujilah Allah
Lihatlah Alam Yang Tersergam Indah
Unggas Berterbangan Awan Berarak
Semuanya Memuji Allah


Mari Kita Memuji Kebesaran Allah
Alhamdulillah Pujian Bagi Allah
Subhanallah Maha Suci Allah
Segala Pujian Hanya Baginya


Lautan Terdampar Luas
Ikan-Ikan Di Lautan
Ombak Pun Berzikir Di Pantai
Semuanya Memuji Allah


Allah Allah Allah Ya Allah
Allah Allah Allah Ya Allah
Burung Berkicau Di Rimba Raya
Air Mengalir Ke Muara
Embun Menitis Di Pagi Hari
Semuanya Memuji Allah

Credit to Lirik Semua Lagu.
***
Ahha...bila dengar lagu ni, rasa macam bahagia je. Sebab rentak lagu ni best, tak slow sangat, tak head-banging sangat (haha). Walaupun lagu lama, tapi tetap diingati. Good job, Mustika!