Pages

March 24, 2017

Stress kerja.

Bismillah.

Assalamualaikum.

Sihat?

Alhamdulillah.

Aku stress kerja.

Haha. Awal-awal post dah cakap benda tak best.

Ha'ah, stress. Malam-malam balik kerja pun still buat kerja.

Hari-hari pergi kerja bagi 100% fokus, ingat balik rumah boleh rehat la.

Tak, sambung bukak laptop, kejar produk nak tunjuk dekat bos Amsterdam. Maklumlah, time zone lain.

Kau ingat otak aku tak penat ke? Penat dow.

Kau ingat 100% fokus yang kau dah bagi kat tempat kerja tu dah cukup ke? Tak cukup dow.

Apa lagi yang dia nak dari aku ni?

Penat.

Tak puas, tak cukup rasanya masa rehat yang ada lepas balik kerja.

Lagi-lagi untuk orang yang kerja bukan dalam bidang yang dia suka.

Balik kerja, mestilah nak buat hobi yang dia suka. Tapi, kau balik kerja, ada berapa jam je lagi tinggal sebelum kau masuk tido?

Ada lah...dalam 3 jam.

Dude, aku balik kerja pukul 7, 7.30pm. Sampai rumah dalam pukul 8, solat semua bagai, pukul 9 baru boleh rest atau start hobi.

Itu pun kalau tak bawak kerja balik rumah.

Nak makan lagi. Kalau nak masak, lagi lah makan masa.

Aku buat benda semuanya take time. Makan la terutamanya, mau satu jam untuk satu meal.

Tak enjoy la kalau kau nak suruh aku makan laju. Terkejar-kejar. Makan telan je, mana nak rasa nikmat makan tu.

Kerja aku ni, macam tu lah. Buat aku rasa terkejar-kejar.

Kejarkan release date untuk product, kejar achievement/performance untuk jawab depan bos, kejar compete dengan colleagues untuk siapkan kerja paling cepat/sumbang idea paling best...

Aku rasa bodoh. Diorang (officemates) ni semua bijak-bijak. Belajar oversea, idea bagus-bagus, ilmu banyak...yang melayu pun speaking English macam air kot!

Aku siapa? Budak melayu 'domestik' (haha) yang belajar dekat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Tak pernah jejak kaki ke oversea langsung. Apa sumbangan aku dalam kampeni tu?

Entah. Aku rasa aku ni expendable je rasanya.

Aku perasan, masa bos aku edar-edarkan surat tax kat semua orang, yang lain received 3 helai. Aku received 2 je.

Kenapa?

Baru aku tau, aku tak ada potongan tax, sebab gaji aku tak layak untuk tax. Orang lain ada.

Orang lain yang kena tax tu, masuk lagi lewat dari aku kot! Sama level, fresh grad. So gaji dia lagi tinggi dari aku lah?

Cumanya, iye lah, dia grad Australia nu. Buat kerja pun rajin, efisyen, mendengar cakap, sumbang idea.

Kenapa, aku buat kerja tak rajin ke? Aku tak sumbang idea ke? Aku buat kerja malam kot, kadang-kadang on weekend pun aku buat sikit. Aku datang awal, balik lewat. Aku bagi idea, tapi korang pandang muka aku terkebil-kebil macam aku cakap benda bodoh.

Kenapa, sebab aku buat kerja lembab?

Sebab aku cakap English sangkut-sangkut?

Sebab aku bagi idea entah pape?

Sebab aku bodoh?

...

Dude, aku tak bodoh. Aku ada otak. Aku boleh fikir. Kau jangan degrade aku.

Aku tak penuhi expectation kau, tak bermakna aku ni bodoh.

Maknanya, aku tak sesuai untuk penuhi apa yang kau nak.

Dude, kau nak suruh panjat pokok, jangan la expect semua orang untuk pandai panjat pokok. Dude, harimau pun kau nak expect jadi pandai panjat pokok?

Dude, aku reti bab lain, tapi tak, kau tak peduli. Kau nak semua orang ikut pandai bab bidang yang kau nak aje.

Dude, kau pernah dengar tak, tips nak jadi leader yang bagus adalah dengan pandai utilize specialties yang unique yang ada pada setiap anak buah.

Dude, aku rasa kau ingat manusia ni kilang.

Oh wait, all companies think their employees are just generic factory workers.

They forgot that we're humans! We have problems, we have personal life, personal matters, personal problems to deal with!

Kau lupa, aku juga ada kehidupan kat luar ni! Bukannya sibuk kejar kau punya achievement tu!

To hell la kau punya duit. Tak payah la offer naik gaji. Tak guna pun duit tu kalau aku tak happy.

No comments:

Post a Comment

Share your thoughts!