Pages

December 14, 2009

Aku nak meluahkan perasaan ni...huhu

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Aku susah nak kenal pasti keburukan orang lain.

Sebab bg aku,bila sesorg tu buat something yg kita rasa tak selesa,e.g:Suka mencapub tetiba,(ni contoh je tau)...itu bukan salah die,tpi dia dah memang dijadikan begitu,itu sifat dia,itu perangai dia.Yang mnyebabkan perangai dia tu nmpak buruk ialah pabila sesorg yg lain rasa tak selesa dgn perangai mncapub tu.

Ok2..mungkin bg korg perangai dia tu mmg salah,tak patut dilakukan. Tapi bg aku,setiap org yg aku kenal, yg aku jumpa setiap hari,mmg ada kelebihan dan kelemahan masing2.Tapi aku anggap keburukan masing2 tu tak lebih dri hanya perangai yg dah mmg wujud dalam diri masing2,yg mnjadikan kita berbeza dr org lain ialah dgn adanya perangai kita tu.

Alamak. Korang paham tak ape aku cakap ni?

Ok2.Biar aku explen sket lgi bg korg paham.

Macamni. Bagi aku,perangai setiap manusia tu takde yg salah dan takde yg betul.Konsep natural.Apa yg mnjadikan perangai kita tu salah ialah persepsi org lain trhadap perangai kita tu.Ok,biar aku bg contoh:

Fatehah seorg yg suka makan dgn bersemangat(bukan gelojoh) tapi setiap kali makan,dia sering mngambil masa yg lama utk mghabiskan makanannye. Ramai,trutamanya Huda suka tgok cara dia makan,dan selepas tu pelik sbb wlupun die kelihatan sperti tgh makan dengan laju,tpi makanannye nmpak macam still tak luak. Namun begitu,ade jugak org yg tak senang tgok cara dia makan. Rasa kurg selesa dgn tabiat si Fatehah tu.Contohla nama org yg tak suka tgok Fatehah makan tu ialah Kamilah. Setiap kali Fatehah makan,Kamilah tak senang tgok sbb Fatehah makan nmpak gelojoh.Pastu mulalah si Kamilah mngumpat,jaja cerita..."Eh,aku tak suka btol la tgok si Fatehah tu makan,gelojohnye!Awak tu dah la perempuan,jagalah sket cara makan tu!"

Haa...dah nmpak tak kat sini apa yg berlaku?

Hah,tak nmpak lagi?(aku dah agak dah)

Bagi sesetengah org i.e. Huda,dia suka tgok Fatehah mkn sbb cara mkn dia pelik.Dan bagi Huda,kelajuan Fatehah makan itu tidak gelojoh.Maksudnya,kena makan lagi laju dr Fatehah barula Huda boleh kata org tu yg gelojoh.Tapi lain pula bg Kamilah.Dia anggap cara Fatehah makan tu gelojoh,trgopoh gapah."Nanti tercekik siapa yg susah?Padan muka ko jugak."Kamilah takbleh terima kelajuan Fatehah makan,dan mnganggap lajunya Fatehah makan itu sbagai gelojoh.(Padahal nak habiskan sepinggan pon sampai satu jam.)

Aku nak tnya sket. Fatehah bersalah atau pon tak dalam situasi ini?Tak,kan?

Adakah si Fatehah patut dengar cakap Kamilah,dan cuba makan slow2 sket?
Atau Fatehah patut truskan je sbb Huda suka tgok cara dia makan?

Haa...kan ke susah nk pilih?Manusia..mmg bnyak karenah~Kita mmg takkan dpt puaskan hati semua org.

Tapi bagi aku..korang dalam pndangan mata aku,korg tak bersalah.Korang ada kebaikan masing2.Aku paham kenapa korg lakukan sesuatu tu.Sebab itu perangai korg,sbb itu sifat korg.Takkan korg nak jadi org lain plak kan?Depan aku,just be yourself ok? ;)

Aku slalu berada dalam situasi dimana aku sentiasa mnganggap org tu baik dan best,pastu tetibe datang sorg kenalan bgtau aku yg die tak brapa suka dgn org tu.Orang tu tak buat salah pun pada pndangan aku,tapi kawan aku mngadu pada aku yg die dah buat salah pada kawan aku tu.Pstu aku pn jd serba salah.Okla biar aku bg contoh lagi kat korg.

Aku baru je kenal ngn Fiqa.Aku tgok die baik dan best,tpi mulut die agak mnggeramkan la jugak.Tapi takpe,aku bleh terima n aku tau mcmne nak buat spya mulut laser dia tak kluar bila depan aku.So hubungan aku ngn Fiqa mkin lama makin ok la,sbb aku pndai adapt dan aku mnghargai kebaikan dan kelebihan yg dia ada.Aku cuba melupakan rasa sakit ati bila dia kluarkan mulut laser dia dgn memaafkan die.Aku hormat dia dsbbkan kelebihan yg dia ada.Tapi tetiba Leela kawan aku datang kat aku,luahkan prasaan kat aku.Leela tak pueh ati dgn Fiqa sbb Fiqa dah malukan dia depan org.Leela ckp dia dah hilang hormat kat Fiqa.Leela ckp mcm dia dah tak suka Fiqa.

Aku dah tau dr awal lagi yg mulut Fiqa tu lmbat laun akan mnyakiti hati org,tpi mulut Fiqa tak pernah mnyakiti aku.Maksud aku,aku tak pernah terasa dgn mulut Fiqa sbgaimana Leela terasa dgn mulut Fiqa.Aku ok je ngn Fiqa,aku suke dia,tapi Leela tak suka dia.Mmbuatkn aku jd serba salah.Bagi aku,klu dah tau mulut Fiqa tu laser,kita sndiri yg kena tau cara nak counter,kita sndri kene pndai taktik nak kawan dgn org mcm tu.Klu tak,sape suruh ko kawan ngn die?Isyq3x...


Ada org suka pndang rendah pd aku tnpa dia sedari.Mulanya aku mcm geram jugakla,tpi lmbat laun aku jumpa taktik utk mngelakkan prkara yg sama berlaku lagi.Akhirnya dia lbih mnghormati aku.
Ada jugak org bnyak cakap,tp aku tau,itu dah mmg sifat dia suka brcakap.Takkan aku nak halang plak.
Ada jugak yg aku kenal,suka cakap lepas je,terus terang giler tak bertapis.So aku akan lebih berhati-hati dgn die.
Ade org yg suka org dgr ckp die je,ckp org lain takbleh terima.Aku akan try jugak masuk2 supaya die bleh trima idea aku,masuk slow2 tnpa dia sedari.
Ade org yg rasa dia tau segala-galanya,jadi aku akan layan je,dan bile aku nak tau sesuatu,aku akan tnya dia.~ ^^

Korang semua baik.Aku sayang korang sume.Tak kira siapa pun korang.Siyes.
Taknak caye sudah.


Korang bagi aku,tak penah buat salah. Sebab aku tau,korang sume baik.Tapi jgn sampai langgar perintah Allah dan RasulNya.Itu mmg SALAH!!!

December 12, 2009

Cinta aku kat dunia ni

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Aku gi satu talk pasal pgorbanan by Ust Zamri kat Uia time lepas AidilAdha haritu~~
Pastu ust citer la pasal nabi Ibrahim ngn nabi Ismail time nabi Ibrahim nak sembelih nabi Ismail...
Klu ikutkan,kite mcm dah besa dgr citer ni kan?Dah hapal dah,dah lali dah....
Tapi one point yg ust tu bawak melalui criter tu yg mnyebabkan aku trpikir

Kenapa Ibrahim sggup nak sembelih Ismail,sedangkan itu la anak die yg paling die syang??

Sebab Ibrahim sggup korbankan CINTA DUNIA dia demi printah Allah yg Maha Kuasa!!!

Pastu ust tu suruh kita pikir balik diri kita, sggup tak kita korbankan cinta dunia kita??

Bila kita pikir2 balik...hurmmm...kita tnya diri kita:

"Bende apa yg kita paling sayang dalam dunia ni??"
"Bende ape yg kita TAK SGGUP nak lepaskan,tak sggup nak tgok bnda tu hilang dari mata kita?"


Hurmmmmm.....(klu ade bunyi mcmni,mnndakan aku tgah berfikir)


Takut mati tak?Takut tak nak mninggalkan dunia ni?
Bermakna kita sayang akan melihat kecantikan dunia dan perhiasannya.


Takut kehilangan mak bapak?Takut mak ayah atau ahli keluarga meninggal?
Memang kita sayang mak bapak and famili kita, tapi mereka hnya manusia yg bleh mati bila2


Takut tetiba balik2 umah tgok umah dah rentung trbakar, laptop dah kena curik,broadband carik2 dalam bilik tak jumpa, enset jatuh dalam kolam, kad matrik tercicir tgah outing etc. (cuba pikir,msti ada satu barang yg kita syg sgt, dan kita takut mnda tu hilang)
Hmm...cinta dunia anda adalah harta,sayang dekat harta yg kita beli guna duit kita sndri  sebab kita rasa yg benda tu KITA yang punya


Takut org tersayang hilang@carik laen, atau kawan2 yg rapat dan baik mati meninggalkan kita?
Hmmm...paham2 je la

Hmmm.....tak kire.MESTI ade sesuatu yg korg syg nak lepaskan kat dunia ni kan?
Haa...tu la cinta dunia korang...dan patutkah kita mmpunyai cinta dunia?
Sedangkan dunia ni hanyalah SEMENTARA???

Hmm...aku mngaku,aku juga ada pnyakit cinta dunia ni.Cuma cinta dunia aku blum wujud je lagi.
(Pembaca:Hah,blom wujud?Camna tu?)
Hehehe..ok2.My cinta dunia is my soulmate.


Soulmate.Ikut korangla nak define ape itu soulmate.Bestfriend kah,husband kah,pakwe kah...
Soulmate is more than just a husband. Mestila ade beza antara soulmate ngn husband kan?Klu tak nnti jadi synonym plak dua pkataan tuh.

Anyway,aku rase aku akan susah nk lepaskan soulmate aku.Sebab ape?Sebab kita sayang dia.That's it.
Bukan bermakna aku dah ade soulmate dan aku susah nak lepaskan dia skrg,tapi ape yg aku cuba nak cakap kat sini is....kalau aku ade soulmate,mngkin aku akan susah untuk lepas dia prgi jauh2,susah nak dapatkan semangat balik kalau dia meninggalkan kita.Sebab soulmate kita tu susah nak jmpe,bukan maen trus jmpa tepi jalan je!Aku tapis habis-habisan kot!Kene cukup ikut ape yg aku nak.Sebab tu la namenye SOULMATE!

Tapi takpe,insyaAllah dgn kekuatan yg Allah bg,aku bleh lepaskan cinta dunia aku.Macammane nak lepaskan cinta dunia?Dengan mnambah CINTA KEPADA ALLAH.Baru la tak rasa lonely bile cinta dunia dah takde...Sebab ape?

Sebab kita SAYANG ALLAH LEBIH....~~~ ^^
(jodoh petemuan di tangan Tuhan)



"Sesungguhnya alam akhirat itu lebih baik bagi kamu,jika kamu mngetahui...".Ayat dlm Qur'an bnyak mcm ni.Dah tu kenapa kita still trtipu dgn dunia yg sementara??Hurrmmmmmm...

December 10, 2009

Kawan=Friendship

  
Assalamualaikum. Bismillah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.
**************************************************************************

Firendship.  
Kawan.
Apa maksudnya tu?
Hmmm. Knapa kita berkawan?
Adakah kerana kita saling memerlukan?
Bukankah cukuplah Allah yang kita perlukan?

Ada yang berpendapat,kawan itu sebenarnya satu tanggungjawab.
Satu tanggungjawab yang kita dapat secara tidak sengaja.
Kerana kita kenal orang itu.
Kemudian kita mahu lebih rapat dengan mereka.
Lalu disitu datangnya tanggungjawab sebagai seorang kawan.

Tapi mungkin juga orang itu cuma seseorang yang kita jumpa di tepi jalan..
Kemudian kita berlaku baik kepadanya, kerana itu memang sifat kita.
Kerana kita memang baik kepada semua orang, termasuk strangers.
(aku suka lambai kat orang dalam kereta,tak kira siapa)
Kemudian secara tidak langsung orang itu menjadi kawan kita.(tak selalunya)
Jadi di situlah datangnya tanggungjawab kita.

Answer: Ukhuwwah.
Nyata skali manusia hidup kat dunia ni saling memerlukan antara satu sama lain. Klu tak knapa Tuhan ciptakan kita bersama keluarga,sedara mara dan manusia lain?Btol tak? =)



Berkawan biarlah 1000. Musuh biar 1.
Memang betul.
Tapi apa yang berlaku sekarang ini
Bila bergelak tawa, bersama.
Bila menyusahkan, menjauhkan diri
Kerana kita semua pentingkan diri sendiri
Ya, semua orang pentingkan diri sendiri
Kerana apa?
Kerana kira beritahu diri kita
"Kenapa aku kena tolong dia?Baik aku siapkan kerja aku dulu."
Kerana manusia itu bukanlah Tuhan kita
Jadi kita tak perlu penuhi kehendak mereka
Betul ke macam tu?
Sesungguhnya Allah suka mereka yang melakukan kebaikan.
Ya, dengan berbuat baik kepada kawan kita
Kita sebenarnya sedang melakukan kebaikan.

Tapi kemudian, ada orang bertanya
"Ok, buat baik pada dia. Diri aku pulak macammana?
Siapa nak buat baik pada diri aku kalau bukan aku sendiri?"
Hmm.Tuhan kan ada?
Kita masih lagi bernafas kan?
Sesungguhnya Tuhan sedang memberi kebaikan kepada kamu
Cuma kita mungkin tidak menyedarinya
Jadi buatlah baik kepada kawan selagi mampu
"Selagi mampu"?
Sampai bila?
Oh,mungkin menolong kawan hingga menyusahkan diri sendiri
Tunggu dulu.
Bunyinya macam tak bersyukur...?
Mungkin kita menolong kawan sehingga assignment kita lambat untuk disiapkan
Tapi tanpa kita sedari, sebenarnya kita harus bersyukur
Kerana Tuhan masih lagi memberikan kita masa untuk menyiapkannya
Kalau tak dapat siapkan pun
Kita harus bersyukur sebab mungkin lecturer kita tak marah
Dan jika lecturer kita marah pun
Kita harus bersyukur kerana kita tidak ditendang keluar U kerana itu

  Rupanya banyak benda yang perlu kita syukuri
Cuma kita lupa kadangkala
Sebab itulah kita perlu saling mengingat
Betul tak?



Hmm...mencari sahabat...
Susahnya!
Orang kata nak mencari sahabat, kita dulu yang kena jadi sahabat
Tapi macam tak mampu je nak jadi seorang sahabat...
Jadi, nak tunggu orang lain dulu jadi sahabat?
Semua manusia tidak sempurna ya, itu satu hakikat
Bukan 24jam sehari seseorang itu mampu menjawat jawatan 'sahabat'
Hargai kawan kita
Jadi jika kita tak mampu menjadi sahabat
Jangan harap ada orang mahu menjadi sahabat kita!
Anyway.Allah suka bila hamba2-Nya berdoa kpd-Nya..so ape lagi??Starting from today,jom start doa supaya kita bleh jumpa SAHABAT SEJATI KITA!!! =)