Assalamualaikum. Bismillah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.**************************************************************************
Firendship.
Apa maksudnya tu?
Hmmm. Knapa kita berkawan?
Adakah kerana kita saling memerlukan?
Bukankah cukuplah Allah yang kita perlukan?
Satu tanggungjawab yang kita dapat secara tidak sengaja.
Kerana kita kenal orang itu.
Kemudian kita mahu lebih rapat dengan mereka.
Lalu disitu datangnya tanggungjawab sebagai seorang kawan.
Tapi mungkin juga orang itu cuma seseorang yang kita jumpa di tepi jalan..
Kemudian kita berlaku baik kepadanya, kerana itu memang sifat kita.
Kerana kita memang baik kepada semua orang, termasuk strangers.
(aku suka lambai kat orang dalam kereta,tak kira siapa)
Kemudian secara tidak langsung orang itu menjadi kawan kita.(tak selalunya)
Jadi di situlah datangnya tanggungjawab kita.
Answer: Ukhuwwah.
Nyata skali manusia hidup kat dunia ni saling memerlukan antara satu sama lain. Klu tak knapa Tuhan ciptakan kita bersama keluarga,sedara mara dan manusia lain?Btol tak? =)
Berkawan biarlah 1000. Musuh biar 1.
Memang betul.
Tapi apa yang berlaku sekarang ini
Bila bergelak tawa, bersama.
Bila menyusahkan, menjauhkan diri
Kerana kita semua pentingkan diri sendiri
Ya, semua orang pentingkan diri sendiri
Kerana apa?
Kerana kira beritahu diri kita
"Kenapa aku kena tolong dia?Baik aku siapkan kerja aku dulu."
Kerana manusia itu bukanlah Tuhan kita
Jadi kita tak perlu penuhi kehendak mereka
Betul ke macam tu?
Sesungguhnya Allah suka mereka yang melakukan kebaikan.
Ya, dengan berbuat baik kepada kawan kita
Kita sebenarnya sedang melakukan kebaikan.
Tapi kemudian, ada orang bertanya
"Ok, buat baik pada dia. Diri aku pulak macammana?
Siapa nak buat baik pada diri aku kalau bukan aku sendiri?"
Hmm.Tuhan kan ada?
Kita masih lagi bernafas kan?
Sesungguhnya Tuhan sedang memberi kebaikan kepada kamu
Cuma kita mungkin tidak menyedarinya
Jadi buatlah baik kepada kawan selagi mampu
"Selagi mampu"?
Sampai bila?
Oh,mungkin menolong kawan hingga menyusahkan diri sendiri
Tunggu dulu.
Bunyinya macam tak bersyukur...?
Mungkin kita menolong kawan sehingga assignment kita lambat untuk disiapkan
Tapi tanpa kita sedari, sebenarnya kita harus bersyukur
Kerana Tuhan masih lagi memberikan kita masa untuk menyiapkannya
Kalau tak dapat siapkan pun
Kita harus bersyukur sebab mungkin lecturer kita tak marah
Dan jika lecturer kita marah pun
Kita harus bersyukur kerana kita tidak ditendang keluar U kerana itu
Cuma kita lupa kadangkala
Sebab itulah kita perlu saling mengingat
Betul tak?Hmm...mencari sahabat...
Susahnya!
Orang kata nak mencari sahabat, kita dulu yang kena jadi sahabat
Tapi macam tak mampu je nak jadi seorang sahabat...
Jadi, nak tunggu orang lain dulu jadi sahabat?
Semua manusia tidak sempurna ya, itu satu hakikat
Bukan 24jam sehari seseorang itu mampu menjawat jawatan 'sahabat'
Hargai kawan kita
Jadi jika kita tak mampu menjadi sahabat
Jangan harap ada orang mahu menjadi sahabat kita!
Anyway.Allah suka bila hamba2-Nya berdoa kpd-Nya..so ape lagi??Starting from today,jom start doa supaya kita bleh jumpa SAHABAT SEJATI KITA!!! =)
No comments:
Post a Comment
Share your thoughts!