Assalamualaikum.
Nak menang?
Jika kita berpecah-belah untuk mengejar kemenangan
Jika kita bergaduh bertelingkah semata-mata demi kemenangan
Jika kita mengabaikan orang lain kerana berkehendakkan kemenangan
Jika kita melupakan budi bahasa kita kerana kemenangan
Jika kita hilang hormat kerana mahukan kemenangan
Jika kita memandang rendah orang lain untuk mendapatkan kemenangan
Jika kita melupakan kebaikan hanya untuk kemenangan
Jika kita memandang sepi perlakuan dosa demi untuk mencapai kemenangan
Jika kita menjadi bangga setelah kita menang
Jika kita mahu disanjung jika kita menang
Jika kita mahu dikenali sebagai pejuang apabila kita menang
Jika kita mahu merasa diri kitalah yang paling bagus setelah kita menang
Jika kita mahu merasa kitalah yang betul setelah kita menang
Berapa sebenarnya harga kemenangan itu sehingga kita sanggup gadaikan segala-galanya untuk menang?
Betapa HINAnya kemenangan kalau asasnya begitu!!!
Hati-hati!
Adakah anda sedar bahawa anda seperti sedang menjadikan 'kemenangan' itu sebagai tuhan anda??
Ke mana hilangnya kata-kata yang baik, toleransi
tolak ansur dan berpesan-pesan ke arah kebaikan dan kesabaran?
Matlamat tidak menghalalkan cara!
Tapi sayang, apabila matlamat sudah terpesong, apatah lagi caranya...
Apabila cara sudah terpesong, adakah anda pasti bahawa
kemenangan yang bakal anda kecapi itu adalah betul-betul boleh dipanggil 'kemenangan'?
************************************
Kalau begitu biarkan saja aku kalah
Biarkan saja aku dipanggil lemah
Biarkan saja mereka itu menang
Biar aku dikutuk, diumpat
Selagi aku yakin bahawa apa yang aku lakukan
semuanya memenuhi kehendak-Nya
Kerana apa aku biarkan saja? Kerana Tuhan itu Maha Adil
Maha Kaya, Maha Kuasa, Maha Tinggi, Maha Mulia
Sesungguhnya sebenar-benar kemenangan itu ada pada Tuhanku
dan Dia berhak memberikan kemenangan itu kepada sesiapa
dan aku yakin, aku percaya
Tuhan tidak akan mensia-siakan usaha ku
Yang benar pasti menang
Itulah namanya TAWAKKAL
Berusaha sedaya mampu
Melakukan perkara yang baik-baik
Dan melakukan yang terbaik
Kemudian serahkan saja pada Allah yang Esa
Biar Dia yang tentukan kerana Dia lebih mengetahui
Apa yang terbaik untuk kita
Mungkin saja Dia tak menangkan kita
Tapi mungkin Dia akan balas dengan kemenangan yang lebih baik di kemudian hari
Atau mungkin juga doa kita tidak dimakbulkan
kerana Dia mahu menguji kita
Apakah kita bersabar?
Kemudian Dia sudah pasti akan memberi ganjaran
dan kemenangan yang lebih besar kepada mereka yang bersabar
Yakinlah dengan Tuhanmu. Sesungguhnya Tuhanmu itu Maha Penyayang.
******************************
Niat yang betul
Hati yang betul
Ilmu yang betul
Garis panduan yang betul
Pemikiran yang betul
Perkataan yang betul
Penulisan yang betul
Tindakan yang betul
Budi yang betul
Modal yang betul
Usaha yang betul
InsyaAllah, sesungguhnya Allah bersama orang -orang yang benar
Kemenangan yang betul pasti menanti. Tak perlu risau
Sesungguhnya Allah takkan menzalimi hamba-hambaNya yang melakukan kebaikan
Allah pasti akan membalas segala usaha kebaikanmu yang telah kamu lakukan
thanx teha.u had remind me,that not all thngs in this we could achieve.there lots more things that need to be done, other than always being a winner.arigatou ne!=)
ReplyDeleteto nor amalina:
ReplyDeleteyup ama..tak smestinya kita kene menang slalu..
kadang2 kita perlu buat bnda tu wlupun kita nmpak mcm seolah2 mnyerah kalah...hehe..peace ;)