Pages

December 14, 2009

Aku nak meluahkan perasaan ni...huhu

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Aku susah nak kenal pasti keburukan orang lain.

Sebab bg aku,bila sesorg tu buat something yg kita rasa tak selesa,e.g:Suka mencapub tetiba,(ni contoh je tau)...itu bukan salah die,tpi dia dah memang dijadikan begitu,itu sifat dia,itu perangai dia.Yang mnyebabkan perangai dia tu nmpak buruk ialah pabila sesorg yg lain rasa tak selesa dgn perangai mncapub tu.

Ok2..mungkin bg korg perangai dia tu mmg salah,tak patut dilakukan. Tapi bg aku,setiap org yg aku kenal, yg aku jumpa setiap hari,mmg ada kelebihan dan kelemahan masing2.Tapi aku anggap keburukan masing2 tu tak lebih dri hanya perangai yg dah mmg wujud dalam diri masing2,yg mnjadikan kita berbeza dr org lain ialah dgn adanya perangai kita tu.

Alamak. Korang paham tak ape aku cakap ni?

Ok2.Biar aku explen sket lgi bg korg paham.

Macamni. Bagi aku,perangai setiap manusia tu takde yg salah dan takde yg betul.Konsep natural.Apa yg mnjadikan perangai kita tu salah ialah persepsi org lain trhadap perangai kita tu.Ok,biar aku bg contoh:

Fatehah seorg yg suka makan dgn bersemangat(bukan gelojoh) tapi setiap kali makan,dia sering mngambil masa yg lama utk mghabiskan makanannye. Ramai,trutamanya Huda suka tgok cara dia makan,dan selepas tu pelik sbb wlupun die kelihatan sperti tgh makan dengan laju,tpi makanannye nmpak macam still tak luak. Namun begitu,ade jugak org yg tak senang tgok cara dia makan. Rasa kurg selesa dgn tabiat si Fatehah tu.Contohla nama org yg tak suka tgok Fatehah makan tu ialah Kamilah. Setiap kali Fatehah makan,Kamilah tak senang tgok sbb Fatehah makan nmpak gelojoh.Pastu mulalah si Kamilah mngumpat,jaja cerita..."Eh,aku tak suka btol la tgok si Fatehah tu makan,gelojohnye!Awak tu dah la perempuan,jagalah sket cara makan tu!"

Haa...dah nmpak tak kat sini apa yg berlaku?

Hah,tak nmpak lagi?(aku dah agak dah)

Bagi sesetengah org i.e. Huda,dia suka tgok Fatehah mkn sbb cara mkn dia pelik.Dan bagi Huda,kelajuan Fatehah makan itu tidak gelojoh.Maksudnya,kena makan lagi laju dr Fatehah barula Huda boleh kata org tu yg gelojoh.Tapi lain pula bg Kamilah.Dia anggap cara Fatehah makan tu gelojoh,trgopoh gapah."Nanti tercekik siapa yg susah?Padan muka ko jugak."Kamilah takbleh terima kelajuan Fatehah makan,dan mnganggap lajunya Fatehah makan itu sbagai gelojoh.(Padahal nak habiskan sepinggan pon sampai satu jam.)

Aku nak tnya sket. Fatehah bersalah atau pon tak dalam situasi ini?Tak,kan?

Adakah si Fatehah patut dengar cakap Kamilah,dan cuba makan slow2 sket?
Atau Fatehah patut truskan je sbb Huda suka tgok cara dia makan?

Haa...kan ke susah nk pilih?Manusia..mmg bnyak karenah~Kita mmg takkan dpt puaskan hati semua org.

Tapi bagi aku..korang dalam pndangan mata aku,korg tak bersalah.Korang ada kebaikan masing2.Aku paham kenapa korg lakukan sesuatu tu.Sebab itu perangai korg,sbb itu sifat korg.Takkan korg nak jadi org lain plak kan?Depan aku,just be yourself ok? ;)

Aku slalu berada dalam situasi dimana aku sentiasa mnganggap org tu baik dan best,pastu tetibe datang sorg kenalan bgtau aku yg die tak brapa suka dgn org tu.Orang tu tak buat salah pun pada pndangan aku,tapi kawan aku mngadu pada aku yg die dah buat salah pada kawan aku tu.Pstu aku pn jd serba salah.Okla biar aku bg contoh lagi kat korg.

Aku baru je kenal ngn Fiqa.Aku tgok die baik dan best,tpi mulut die agak mnggeramkan la jugak.Tapi takpe,aku bleh terima n aku tau mcmne nak buat spya mulut laser dia tak kluar bila depan aku.So hubungan aku ngn Fiqa mkin lama makin ok la,sbb aku pndai adapt dan aku mnghargai kebaikan dan kelebihan yg dia ada.Aku cuba melupakan rasa sakit ati bila dia kluarkan mulut laser dia dgn memaafkan die.Aku hormat dia dsbbkan kelebihan yg dia ada.Tapi tetiba Leela kawan aku datang kat aku,luahkan prasaan kat aku.Leela tak pueh ati dgn Fiqa sbb Fiqa dah malukan dia depan org.Leela ckp dia dah hilang hormat kat Fiqa.Leela ckp mcm dia dah tak suka Fiqa.

Aku dah tau dr awal lagi yg mulut Fiqa tu lmbat laun akan mnyakiti hati org,tpi mulut Fiqa tak pernah mnyakiti aku.Maksud aku,aku tak pernah terasa dgn mulut Fiqa sbgaimana Leela terasa dgn mulut Fiqa.Aku ok je ngn Fiqa,aku suke dia,tapi Leela tak suka dia.Mmbuatkn aku jd serba salah.Bagi aku,klu dah tau mulut Fiqa tu laser,kita sndiri yg kena tau cara nak counter,kita sndri kene pndai taktik nak kawan dgn org mcm tu.Klu tak,sape suruh ko kawan ngn die?Isyq3x...


Ada org suka pndang rendah pd aku tnpa dia sedari.Mulanya aku mcm geram jugakla,tpi lmbat laun aku jumpa taktik utk mngelakkan prkara yg sama berlaku lagi.Akhirnya dia lbih mnghormati aku.
Ada jugak org bnyak cakap,tp aku tau,itu dah mmg sifat dia suka brcakap.Takkan aku nak halang plak.
Ada jugak yg aku kenal,suka cakap lepas je,terus terang giler tak bertapis.So aku akan lebih berhati-hati dgn die.
Ade org yg suka org dgr ckp die je,ckp org lain takbleh terima.Aku akan try jugak masuk2 supaya die bleh trima idea aku,masuk slow2 tnpa dia sedari.
Ade org yg rasa dia tau segala-galanya,jadi aku akan layan je,dan bile aku nak tau sesuatu,aku akan tnya dia.~ ^^

Korang semua baik.Aku sayang korang sume.Tak kira siapa pun korang.Siyes.
Taknak caye sudah.


Korang bagi aku,tak penah buat salah. Sebab aku tau,korang sume baik.Tapi jgn sampai langgar perintah Allah dan RasulNya.Itu mmg SALAH!!!

No comments:

Post a Comment

Share your thoughts!