Pages

March 11, 2010

Tepat pukul 12 tengah malam

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tadi tgok Bersamamu TV3. Tgok ada budak umo 2 taun nangis beriya gile dlm TV. Trus bapak aku terkenang satu kisah lalu. lantas bapak aku mnceritakan kisah tu pada aku.

Alkisah~

Pasangan suami isteri itu sungguh bahagia dapat menimang anak yang kedua. Mereka merasakan diri mereka bertuah kerana dikurniakan rezeki oleh Allah s.w.t. Sesungguhnya anak itu pintu rezeki. Anak perempuan mereka yg baru lahir itu sungguh comel, tpi mukanya seakan2 cina sedikit. Tak mngapa, yg penting itu ialah anak mereka. Dan abangnya, iaitu anak pertama pasangan tersebut, turut merasakan kegembiraan ibu bapanya, kerana dia bakal mndapat seorg adik. Oleh kerana si abang hanya berumur 18 bulan ketika bayi itu dilahirkan, maka dia terpaksa berkongsi kasih ibu bapanya. Tapi itu tidak mngapa, kerana adiknya itu bakal menjadi rakan sepermainannya.

Namun begitu, tepat pukul 12 tgh malam setiap hari, sesuatu yg aneh berlaku. Sesuatu yg amat2 merungsingkan fikiran kedua pasangan itu. Sesuatu yg mengganggu hidup mereka. Dan anak mereka. Dan mungkin juga mengganggu jiran tetangga. (tapi jiran tak pernah mngadu la). Tepat pukul 12 tgh malam, satu tangisan akan kedengaran. Berkumandang di segenap penjuru rumah mereka. Tangisan yg kuat, tangisan seorang bayi. Dan pasangan itu akan mula resah.

Anaknya itu, anak perempuan mereka yg kedua itu sudah mula menangis. Bermula dari pukul 12 tgh malam, hinggalah selepas Subuh. Tak henti2 menangis, sehingga serak suaranya. Dan ibu bapanya tak dapat tidur walau sepicing pun dek risau mnjaga anaknya yg disayangi. "Ya Allah, kenapa la dgn anakku ini...jika dia sakit, maka Kau sembuhkanlah dia..." detik hati ibu itu. Namun begitu, perkara yg sama berulang setiap hari. Tanpa ada sebarang perubahan. Hingga kan mereka suami isteri terpaksa bergilir solat Subuh kerana mnjaga anak mereka yg tak henti2 menjerit mahukan perhatian.

Namun begitu, menjelang siang, ketika matahari terbit, perlahan2 tangisan anak itu reda. Tak lama kemudian, anak itu mulai senyap. Berhenti menangis. Seolah2 tiada apa2 yg berlaku sebelum itu. Ibu bapanya mulai rasa lega. Sekurang2nya penderitaan mereka berakhir di waktu siang. Biarpun mereka terpaksa bekerja, namun hati mereka sekurang2 tenang mngenangkan anak mereka yg kini sedang tidur nyenyak selepas diberikan susu. Penat setelah mngharungi satu malam yg panjang.

Sehinggalah anak mereka semakin lama, semakin mmbesar, sehingga anak itu berumur 6 bulan, pasangan bahagia itu tak henti2 mencari ubat penawar utk anak mereka. Mencari tabib, bidan, doktor, dan akhirnya mereka berjumpa salah seorg dr saudara mereka sendiri yg merupakan doktor kanak2. Doktor kanak2 itu cuba utk menganalisa dan merawati penyakit bayi kecil itu. Sawan tangis, katanya. Lantas dia bertungkus lumus mngubati pnyakit itu. Setelah tiga hari memerah keringat melawan virus yg semakin mngganas, alhamdulillah....pasangan itu mngucapkan syukur ke hadrat Allah yg Maha Kuasa kerana anak mereka kini seperti seorang bayi yg normal...

*************************************************

Cerita ni kisah benar. That baby was me. And ubat yg doktor tu kasi ialah air tawar je. Bg minum tiga hari, aku elok dah. Ahmad Albab~~~(anyway, btol ke skrg aku dah normal?haha)

5 comments:

  1. sebelum teha ckp yg baby tu teha, awal2 lg akk da blh agk..hehe..kuatnya dia nangis mse kecik2 dlu..tp kn,memg sebijik la ngn crite ahmad albab tuh..haha..x sgke teha 'adik kembar' dia upenyer..ngeh3..=)
    erm,kecik2 nangis smpai satu umah dgar..bila dh besar nyorok2 lak bila nangis ea..hehe..;)

    ReplyDelete
  2. to ulyajihadee:

    mmg sy dah agak org dpt teka pun...hehe
    sje bg suspen sket ;)

    huhu. tu la kak, setiap kali klu ada citer ahmad albab kat tv, msti mak ayah sy akan sbut balik crita ni. Huhu. Tapi sy tak mata duitan mcm ahmad albab kak.hikhikhik

    ReplyDelete
  3. normal ke abnormal? hurmmmm... based on cite ko mmbuatkan aq berfikir 2 3 kali ni teha.. ehehehe kidding... :D

    ReplyDelete
  4. hahaha...
    tau takpe, klu nanges saje tu takpe lagi
    ni nangis mesti lepas kol 12!
    huu. nocturnal btol. haha

    ReplyDelete
  5. hahahaha~terbaek...

    ibu aku ckp aku ni dlu xnak kuar prot...lewat lahir 41 hari...mak aku pnye la riso...

    pastu...berjalan lmbt...berckp lmbt...

    pndai mmbaca drjh 3...

    hahaha~senang kata aku ni lampi ar dikala kecil dulu...

    tp ko lg hebat...6bulan nangis tiap2 malam...padan la pon suara nye **** gle ble dh besar...hahahaha~

    ReplyDelete

Share your thoughts!