Pages

February 23, 2011

Of Maher Zain, mom, and banana

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Study, sambil dengar lagu. Tiba-tiba termasuk lagu Maher Zain dalam playlist. Dengar la lagu Subhanallah, Always Be There, etc. etc.

Teringat segala-galanya yang berlaku time Maher Zain ni feymes dulu. Haha. Maksud aku bukan apa yang berlaku pada Maher Zain, tapi apa yang berlaku pada aku.

I joined a club once. Club ni banyak berkait dengan lagu-lagu Maher Zain. Boleh kata kenangan kelab ni banyak tersulam dengan lagu-lagu mamat omputih ni. Ada event pape je, pasang lagu ni. Lagu-lagu Maher Zain lah yang meneman kami membuat kerja bersama-sama.

Suddenly, Maher Zain buat aku terkenang-kenang.

Sakit kan, bila terkenang kenangan ni? Just because now, we are no longer together. The club no longer exist. What exist, is only the memories. And the people who share the same memories.

Yes, some might say, kita boleh je jumpa balik, buat reunion, ulang balik kenangan-kenangan tu. Yes, we can. But it won't be the same as before, takkan sama macam dulu. Ada something yang kurang. Ada something yang tak ada, yang tak sama macam dulu.

Apa dia?

Reason. Reason why we stay together.

Dulu, kita berkongsi satu organisasi yang sama. That's why we are together. We faced hardship together, we get scolded together, and yet we share happiness together.

But now? Why we are still together? Because we share the same memories?

Uh-oh, not quite a strong reason to satisfy me. So then, answer this question for me:

Do we still face hardship together?
Do we still get scolded together?
Do we still do works together?

We have our own life now, right? We have less things to be shared, except smiles and memories. A sad fact, indeed.

No wait. I forgot one point. We recognize each other. That makes us bound to stay as friends. Less things to be shared, doesn't mean you are no longer my friend. We are still friends, right? Even though I'm no longer by your side to face hardship and get scolded together, what's important is, I've met and knew you once.

Aku, pernah kenal kau, dan kau pernah bantu aku hadapi kesusahan bersama.

Walaupun aku hilang ingatan, dan kau juga hilang ingatan, membuat aku tak kenal kau, dan kau tak kenal aku,  tapi sejarah kita pernah bersama takkan pernah terpadam dari pahatan masa.

(poyo ayat bajek tau sastera)


Anyway, thanks for the memories.
(takde kaitan dengan Sophie Kinsella)


***
Mom called. She told me to come back home on 25 Feb or 4 Mac, sebab dia nak pergi KL, ada kursus.

Time dia call, aku cakap ok je, kalau umi suruh balik, boleh je balik. Setakat ni tak ada apa-apa lagi tarikh tu.

But then, the same day, I went to my study circle. And guess what? There's a mass lecture on 25 Feb, Jenazah Management Course on 26 Feb, and another mass lecture on 4 Mac. And Wan ajak aku gi Gombak, ada Ummatic Week yang nampak cam meriah kat sana.

Oh well. Really. Aku semangat nak balik rumah, untuk tolong cover tempat mak aku kat rumah. But at the same time, aku memang budak skema yang suka ikut peraturan. I *think* I should go to the mass lectures and the Jenazah Management Course, right? Oh well, attendance will be taken as marks for Study Circle II.

Haha. Syurga bawah tapak kaki ibu.

Takpe. For you, mom.

Skip je. ;)

***
Sometimes, it does makes me feel sad.

Bila aku ada sesuatu yang orang di sekeliling aku takde. Dan orang di sekeliling aku tu ialah orang-orang yang rapat dengan aku. Buat aku rasa serba salah, sebab aku ada benda tu, dan diorang tak ada.

And what makes me feel even worse, aku tak tau kenapa Tuhan bagi aku benda yang orang lain takde tu.

Ya salam...mungkin kedengaran seperti tak bersyukur, tapi I try, I try to be thankful. I know, setiap benda ada hikmahnya. I put my bet on that.

Hmm. Saya nak tanya lah anda. Kenapa anda mahukan benda yang saya ada, tapi anda takde tu?

Ok lah nak bagi clear, contoh la nama benda tu pisang. Tak semestinya anda nak pisang yang ada pada saya, yang penting, anda nak ada pisang.
Sedapnye makan pisang...nyum, nyum

Mungkin, anda nak pisang tu, sebab anda nak jual pisang tu. Supaya anda boleh dapat duit untung, untuk sara diri dan masa hadapan.

Atau mungkin, anda nak ada pisang, untuk menunjukkan bahawa anda mampu memiliki pisang itu. Menunjukkan bahawa anda lebih baik dari orang lain. Atau pun, untuk membuktikan bahawa diri anda ni berkebolehan. Supaya anda boleh merasa bahagia dengan keberkebolehan anda itu. (but then, what?)

Saya?

Saya tak tau kenapa Tuhan bagi saya pisang tu. Yang saya tahu, mak saya nak pisang tu. Dan saya sentiasa doa pada Tuhan, supaya Tuhan bantu saya bahagiakan mak saya.

Owh, now I see. Tuhan bagi saya pisang supaya mak saya bahagia. Biarpun pisang tu tak begitu penting pun untuk saya.

At certain times, when my mom doesn't show that she needs the banana, I suddenly feel lost of purpose of having the banana. Membuatkan aku terfikir, what will happen kalau aku tak ada pisang tu? Hinggakan up to extend that I wish I could feel macamana bila aku tak memiliki pisang tu.(astaghfirullahalaziim) Aku akan sama macam orang-orang di sekeliling aku. Aku akan dapat merasa kesedihan diorang kerana tidak dapat pisang tu. Baru aku akan sedar kepentingan pisang tu. Or really, the banana is really that important?

Anyway, for you guys yang tak ada pisang tu, ketahuilah. Ada sesuatu yang hati kecil aku kagum dengan korang. You guys know how it feels to work hard to get that banana. You guys got that experience, and that experience is very valuable. Because when you finally got the banana, you will feel the glory. Korang akan rasa puas. Dan aku masih di sini, still wondering, and still to get the banana for my mom.

Don't worry guys, don't be sad. Although you don't get the banana, you still get something else, which is also (I think) in the same value as the banana. Cuma nilai je berbeza. Macam duit RM10 kaler merah tu, dengan sebuah buku yang berharga RM10. Harga yang sama, dalam bentuk yang berbeza.

Enjoy.

February 17, 2011

Tagged by AFEEFAH

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ahha...kakak. Besar nama kakak saya letak kat atas tu. Hehe. So, here goes.

1. Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu tuu.

Effe Nelle bt. Mr. X bin Mr. Y bin Mr. Z bin…dot dot dot…(haha teeeeeettttt)

2. Kamu suka warna pink tak?

Biasa-biasa saja. Ahha. Tak benci, tak suka.

3. Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni apa kamu nak cakap dengan dia?

Aku akan jerit, “KAKAK!!!” sambil tersenyum dan melambai.  Ahha!

4. Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?

Ehem ehem. Sudah terang lagi bersuluh. Tidakkah pasangan kami berdua merupakan pasangan yang tercomel di dunia artis? Hahahahaha

5. Mana lagi sedap, kek atau aiskrim ?

Aiskrem

Aiskrim, sebab makan kek cepat muak.

6. Bila tarikh lahir si pemberi taggie ni? ( Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)

Aloh kakak, tak susah mana pun ingat birthday kamu…err…bulan August kan? Eh silap. Ke March?

Hehe takde lah. 18 January 1990.Winking smile

7. Ain Maisarah, siapakah dia ?

Err…kakak ko? Eh ko mana ada kakak. Erm…kakak angkat kepada mak tiri belah ayah sedara sepupu biras ko? Ahha aku…tak tau.

8. Ceritakan sejarah kamu membuat blog. Ikutlah sampai perenggan pun.

Sebenarnya time tu berangan nak jadi artis. So buat la blog sebab ramai peminat nak baca kan…hahahahahaha.

Takdelah. Sebenarnya lepas SPM tu ramai member sekolah buat blog. So terikut-ikut peredaran zaman la katakan. Huahua.

9. Apabila hari jadi kamu, kamu nak saya ( pemberi taggie ini ) beri apa kat kamu?Gift with a bow

Saya bukan mata duitan…kakak bagi saya kereta Ferrari kaler merah pun boleh je…hihihi…takpe, kakak senyum kat saya pun jadilah! Open-mouthed smile

10. Taggie ni ada sepuluh soalan jadi wajib tag sepuluh orang ya!

Alamak…bab-bab nak tag orang lain ni susah sikit. Tak wajib kan? Tak wajib kan? Ahha. Takpelah. Siapa-siapa rasa rajin nak buat, silalah jangan malu-malu, jangan segan-segan~~

February 13, 2011

Googling, and Believing

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Macamana ya nak menjawab persoalan-persoalan yang ditanya oleh non-believers?

Ya, non believers di sini saya maksudkan non-Muslims.

Pada saya, non Muslims yang tak mengganggu kehidupan kita, yang menghormati kita, itu tidak mengapa. Tetapi bagaimana pula dengan non Muslims yang mengutuk-ngutuk kita, mengatakan ulama ini penipu, ulama itu tak ada ilmu, lebih teruk lagi, Muhammad dan al-Quran itu bercanggah!

Adnan_Oktar_Agustos2007_02Huhu. Sebenarnya tadi saya search di Google, hajatnya ingin mencari sedikit maklumat lebih lanjut tentang biografi Adnan Oktar a.k.a Harun Yahya untuk presentation study circle. Search results ada memaparkan satu link yang saya syak mengutuk En. Adnan Oktar. Bukan hanya satu, malah beberapa. Maka saya right-click satu persatu, open in new tab, lalu saya baca. Salah satu daripadanya ada di sini –> click di sini.

Bukan apa, saya lebih suka mendengar dari dua belah pihak. Itu lebih adil.

Saya baca, dan baca. Yang paling saya perasan, dalam artikel itu banyak menyebut perkataan ‘Adnan Oktar is a LIAR’ atau ‘here’s Adnan Oktar’s LIES’. Sebenarnya, saya agak kurang faham cara dia nak refute isi-isi Harun Yahya tentang Darwinism. Bagi saya, dia lebih banyak menggunakan isi-isi yang general dan tidak mengemukakan bukti yang kukuh. Kebanyakan bukti diambil dari Internet, yang bagi saya siapa-siapa pun boleh menulis, dari tukang sapu sampah hinggalah penyembah Zeus.

Memang, mungkin mereka mempercayai saintis-saintis mereka sebagaimana kita mempercayai ulama-ulama kita, dan juga Harun Yahya. Tetapi atas dasar apa kita mempercayai ulama-ulama kita? Kerana mereka orang beriman dan mereka tidak menipu. Kerana ulama warasatul anbiyaa’. Mereka juga boleh berkata perkara yang sama! Mereka juga boleh berkata, saintis-saintis mereka orang kuat agama, jadi mereka tidak menipu. Mereka juga boleh berkata, agama mereka yang menyatakan bahawa saintis-saintis itu pewaris agama mereka.

Saya yakin, bukan Harun Yahya sahaja yang di’refute’, bahkan mesti ramai lagi ulama-ulama kita di luar sana dikutuk-kutuk dalam Internet. Sedangkan nabi kita pun mereka berani buat macam tu.

Saya tidak berhenti setakat itu sahaja. Secara tidak langsung, saya telah menekan satu link yang membawa saya kepada laman web answering-islam.org. Saya tau, kerana saya pernah membaca satu article di Internet mengatakan bahawa, laman web ini agak merbahaya untuk dibaca oleh orang-orang Islam, terutamanya yang baru sahaja memahami Islam. Tetapi saya tidak dapat untuk menghalang diri saya daripada mengklik link tersebut, lalu terbacalah saya akan artikel-artikel yang… bagaimana harus saya katakan ya… merbahaya.

Namun saya tidak terus menekan butang pangkah di hujung atas kanan web browser(untuk Windows sahaja, lain untuk Mac). Saya teruskan lagi bacaan saya. Banyak, terlalu banyak kesalahan yang cuba dicari oleh penganut-penganut agama Christian itu terhadap Islam. Bahkan  yang lebih menakutkan lagi, mereka menggunakan hujah-hujah daripada ayat al-Quran dan hadith, mereka ambil ayat-ayat yang kebanyakan antara kita tidak mengetahui tafsiran sebenar ayat itu. Mereka mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran ada yang bercanggah, dan mereka menyatakan hukum Islam bercanggah dengan sifat Tuhan yang Maha Penyayang. Lalu mereka condemn hukum-hukum Allah, dan mengatakan Islam dan Muhammad mengajar itu dan ini.

Antara contoh yang mereka ambil, Beating of Wives are Allowed in Islam, ataupun Women are Inferior Compared to Men in Islam. Bagi saya yang kurang ilmu ini, perkara-perkara seperti ini agak merunsingkan. Saya percaya pada agama saya, ia adalah agama yang benar, dan saya betul-betul mahu membalas hujah-hujah yang dikemukan oleh Kristian-Kristian itu. Cuma, saya tidak faqih dalam ilmu tafsir Al-Quran dan ilmu-ilmu yang sewaktu dengannya. Di situ, menyebabkan saya agak sedih. Saya percaya, dan saya mahu percaya. Cuma, jika ada orang-orang Kristian yang bertanyakan soalan ini, secara tidak langsung akan timbul persoalan dalam benak sendiri. Akan timbul persoalan.

Alhamdulillah Allah ilhamkan saya untuk menaip pula di kotak search Google, refuting answering-islam.org. Dan Alhamdulillah, ada laman web yang sebegitu. Answering-christianity.com. Kebanyakan hujah-hujah answering-islam telah disangkal di dalam laman web ini, tetapi masih ada persoalan-persoalan yang masih belum berjawab. Saya berhajat mahu meneruskan pencarian saya dengan En. Google, tetapi mata mengantuk saya tidak mengizinkannya.

When I come to think of it, here is where UNGS 2040 comes. Islam, Knowledge and Civilisation, satu subjek yang wajib diambil di UIA. Validation of knowledge. Macam mana kita nak tau apa yang kita sedang pelajari ni ialah sebenar-benar ilmu? Ilmu yang betal-quranul, tepat, dan tiada penipuan? Kita percaya pada sumber ilmu yang datang daripada al-Quran, kerana kita yakin bahawa al-Quran itu sendiri sumbernya tidak dapat diragui. Tiada kesilapan di dalamnya. Al-Quran itu mukjizat. Jadi, kita percaya.

Macam Prof. Razak, lecturer UNGS2040 cakap, bila kita sendiri tahu cara nak tentukan bahawa sesuatu ilmu tu dari sumber yang benar ataupun tak, baru kita sendiri boleh yakinkan diri kita, dan kita sendiri boleh tentukan ilmu yang mana boleh diterima, dan ilmu yang mana menipu. Supaya kita tidak hanya menerima bulat-bulat sesuatu ilmu itu. Kita persoalkan sumbernya, agar di akhirnya nanti kita akan menerima ilmu yang betul-betul suci dari noda, bersih dari penipuan, ilmu yang betul boleh dipercayai, dan dipegang sepanjang hidup.

Ya, mungkin ada ayat-ayat di dalam al-Quran yang tidak dapat kita fahami secara sebenar-benarnya. Tetapi, jika kita tidak memahami al-Quran, itu tidak bermakna al-Quran itu tidak benar. Al-Quran itu benar, cuma kita rugi kerana tidak mampu memahaminya. Dan saya sedih, kerana ilmu-ilmu berharga dalam al-Quran terbazir begitu sahaja.

Saya pernah beritahu diri saya, bila aku kahwin nanti, aku mahu maharku supaya diajar tafsir al-Quran. Jika ada perkahwinan di zaman Nabi yang bermaharkan hanya surah Al-Ikhlas, mengapa tidak aku minta diajar tafsir al-Quran? Mesti best.

Apa-apa pun, al-Quran itu benar. Untuk meyakinkan diri bahawa al-Quran itu benar, ilmu tentang cara al-Quran diturunkan dan disampaikan perlu ada. Ilmu, penambah keimanan. Best kan, kalau kita ada ilmu itu? Alhamdulillah.

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. " (3:54)

A096

"Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan penipuan terhadap Allah, tidak akan berjaya". (10:69)

image“(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)'”. (3:8)

Sesungguhnya Allah lah Pemilik segala ilmu…Ameen…

February 9, 2011

Karya Hilal Asyraf: Sinergi

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semalam aku baru habis baca buku Sinergi by Hilal Asyraf. Berdekah-dekah aku ketawa. Tak percaya tanya la Zah rumate kesayangan aku.
Aik, kenapa gelak? Bukan buku tu penuh pengisian ke? Bukannye cerita komedi ke hape?
Haha memang la. Tapi aku ni memang jenis macamtu. Sesebuah buku, kalau jalan ceritanya bagus, memang aku akan ketawa, tak kiralah buku tu buku serius ke, thriller ke, history ke, tazkirah ke…sebab aku excited baca jalan ceritanya yang penuh dramatik dan kejutan! 

Lagipun aku juga memberikan tumpuan kepada perkataan-perkataan yang penulis gunakan dalam dialog, penyampaian atau cara dia mendeskripsi sesuatu. Aku akan berasa kagum dengan cara penyampaiannya kalau dia tulis menggunakan perkataan-perkataan yang aku tak terfikir pun boleh digunakan untuk mendeskripsikan sesuatu benda tu. So, kalau tengah duduk sebelah aku yang sedang membaca buku cerita, be prepared la untuk dengar bermacam-macam bunyi yang akan keluar dari mulut aku. 

Haha. I tell you, bestnye baca buku cerita ni, macam bestnya tengok movie kat panggung! Bahkan lagi best daripada tu. Sebab kalau baca buku cerita, bayangan tempat, ke’hensem’an hero atau ke’cantik’an heroin, semuanya imaginasi kita sendiri. Dan sudah semestinya, imaginasi kita mesti lebih best berbanding apa yang producer movie mampu buat…tak ada siapa boleh challenge kehebatan otak yang dicipta Allah ni! 

Dulu aku pernah baca buku Terasing by penulis yang sama. Buku Terasing tu bagi aku jalan ceritanya biasa-biasa je. Sebab kita dah selalu dengar/baca/tonton cerita aksi macamtu kot. Tapi cara penulisannya dan isi-isi yang diketengahkan dalam buku tu boleh dikatakan agak baru bagi aku. Yelah sebab sebelum ni aku asyik dok baca thriller je kan. Mana nak berkembang. Haha. But, not bad. Lama-lama aku baca best jugak. And lepas aku baca buku tu, aku mula membukak website Hilal Asyraf bertajuk Langit Ilahi, and aku start membaca cerpen-cerpen dia dalam tu. Banyak sangat, tak larat nak habiskan semua. Tapi not bad jugak la, bagus-bagus semuanya.

Buku Sinergi Hilal Asyraf tu best la jugak, somehow buku tu sedikit sebanyak dah ‘berjaya mempengaruhi’ aku, terutamanya watak Irfan tuh. Ahha. Mula-mula baca aku dok tergelak jugak la membaca betapa ‘rapat’nye hubungan Irfan dengan Asid tu. Huih. Tapi lama-lama bila pikir balik bukan apa sangat pun. Biasalah tu sesama kawan sendiri.

Tapi memang, bagi aku, bab-bab cerita, cerpen, novel, segala jenis macam ni, satu yang aku agak tak pueh ati sikit la. Jalan ceritanya akan mengikut imaginasi penulis. Dah penulis tu nak si Irfan kahwin dengan Sara, kita si pembacanya mengikut je la. Memang dah tak boleh nak ubah dah hakikat tu.
And lagi satu. Boleh pulak di akhir-akhir cerita, si Syafiq tu rupanya adalah Secret. I was like, “What the…”. Mati-mati aku teka si Erman tu adalah Secret. Bila penulis revealkan bahawa Syafiq adalah Secret, aku tergelak besar kot! Dah aku berdosa su’uzhon pada si Erman. (haha padahal bukan watak real pun). Kejutannya tak berhenti takat tu je. Penulis pergi reveal pulak yang si Irfan bukan kahwin dengan Sara Nasuha, tapi Sara Afifa, si kembar Sara Nasuha. Poyo je. Tapi aku tak kesah pun. Lantak kau la nak kahwin dengan cinta hati Asid ke, cinta hati Erman ke, yang penting bukan aku. Haha.

Tapi bila aku pikir-pikir balik, memang la. Dalam buku Sinergi tu, penulis asyik-asyik menceritakan tentang sifat sarkastik dan pessimis si Erman je. Mana tak pembaca syak Erman tu orang jahat. Yang si Syafiq dia ceritakan bab-bab baik je. Tak boleh la pembaca nak syak pada Syafiq. Kat sini memang penulis dah terang-terang ‘menipu’ kita. Heh. Itulah seni penceritaan. Cerita dia, lantak dia la nak buat ending macam mana.

Pastu yang aku tak puas hatinya, time Sara Nasuha terlepas daripada tali batu tu, nak terjatuh, boleh pulak si Asid berlari pergi sambut dia. Hah, bab tu memang tak puas hati. Perlukah penulis masukkan scene si Asid sambut budak perempuan tu? Takyah pun takpe kot. (haha ke ko jeles Teha?) Hoih mana ada. Kalau ikutkan hati aku, aku biarkan aje perempuan tu jatuh tersembam makan pasir. Bukan sakit mana pun, jatuh atas lantai bumbung je, bukan jatuh dari tingkat 20. (jahat gila aku). Pastu boleh pulak tepat-tepat si Asid tu dapat tangkap si Sara buah hati dia tu. Macam disengajakan pulak babak tu.

Pastu bila si Syafiq nak terjun bangunan, boleh pulak si Erman tetiba datang sambut tangan dia. Aik dari mana pulak muncul ko ni Erman? Ahha. Tak kesah la. Cerita kau, lantak kau la kan. Yang penting aku gelak sakan baca cerita kau. Terima kasihla sudi menggembirakan hati aku ni. Ahahaha.
But overall, bagi aku watak-watak dalam cerita Sinergi ni terlalu perfect kot. Nak compare dengan aku, macam langit dengan bumi! (well, bumi pun bumi Ilahi jugak kan, sedara Hilal?). Betul ke wujud orang-orang macam tu kat dunia ni? 

Dulu, time aku dok menghabiskan cerpen-cerpen dalam Langit Ilahi,  aku dok marah-marah pada sedara Hilal ni, aku kata dia penipu. Sebab aku tak percaya orang-orang macam dalam cerita-cerita dia tu wujud. Baik giler dowh! Macam malaikat! Siap aku tulis satu post lagi cakap aku tak percaya pada dia (tapi aku tak publish la post tu). Tapi lepas baca Sinergi ni, hmmm…tak mustahil jugak ada orang-orang macamtu kat dunia ni. Ye lah mana tak nya, biah kat Jordan, Yarmouk, PERMAI and seangkatan dengannya dilihat mampu menghasilkan orang-orang baik seperti mereka. Bukan takat menghasilkan, malah mampu mengekalkan peribadi-peribadi mulia. Mantop…mantop pimpinan diorang.

Aku? Entahlah. Bila aku nak jadi macam diorang ek? Huhu. Takde kekuatan lagi kot. Entah. Aku takut. Takut tak boleh nak jaga kawan yang aku ada sebaik Irfan menjaga Asid. Huahua. (Asid kena jaga, takut tumpah kat tangan, corrosive!). Aku juga takut aku sendiri tak mampu nak handle kawan yang ramai. Manusia, bukan senang nak jaga. Bab-bab hati terasa tu lah yang paling susah bagi aku.
Heh. Aku tau. Sebab aku tak clear tentang satu benda. E.
What the heck is E by the way? Apa-apa je lah. Korang tak perlu tau. Tapi aku percaya, kalau aku ada E, mungkin senang sikit aku nak jadi kawan yang lebih baik.
Hai la E. Kalau la kau se’definite’ Mathematics, kan best.