Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ahha...kakak. Besar nama kakak saya letak kat atas tu. Hehe. So, here goes.
1. Sila beritahu nama penuh kamu. Tak kisahlah sampai nama datuk , moyang kamu tuu.
Effe Nelle bt. Mr. X bin Mr. Y bin Mr. Z bin…dot dot dot…(haha teeeeeettttt)
2. Kamu suka warna pink tak?
Biasa-biasa saja. Ahha. Tak benci, tak suka.
3. Kalau kamu ditakdirkan bertemu dengan si pemberi taggie ni apa kamu nak cakap dengan dia?
Aku akan jerit, “KAKAK!!!” sambil tersenyum dan melambai. Ahha!
4. Siapa paling comel? Maher Zain atau kamu?
Ehem ehem. Sudah terang lagi bersuluh. Tidakkah pasangan kami berdua merupakan pasangan yang tercomel di dunia artis? Hahahahaha
5. Mana lagi sedap, kek atau aiskrim ?
Aiskrim, sebab makan kek cepat muak.
6. Bila tarikh lahir si pemberi taggie ni? ( Kalau kamu ingat, kamu memang hebat)
Aloh kakak, tak susah mana pun ingat birthday kamu…err…bulan August kan? Eh silap. Ke March?
Hehe takde lah. 18 January 1990.
7. Ain Maisarah, siapakah dia ?
Err…kakak ko? Eh ko mana ada kakak. Erm…kakak angkat kepada mak tiri belah ayah sedara sepupu biras ko? Ahha aku…tak tau.
8. Ceritakan sejarah kamu membuat blog. Ikutlah sampai perenggan pun.
Sebenarnya time tu berangan nak jadi artis. So buat la blog sebab ramai peminat nak baca kan…hahahahahaha.
Takdelah. Sebenarnya lepas SPM tu ramai member sekolah buat blog. So terikut-ikut peredaran zaman la katakan. Huahua.
9. Apabila hari jadi kamu, kamu nak saya ( pemberi taggie ini ) beri apa kat kamu?
Saya bukan mata duitan…kakak bagi saya kereta Ferrari kaler merah pun boleh je…hihihi…takpe, kakak senyum kat saya pun jadilah!
10. Taggie ni ada sepuluh soalan jadi wajib tag sepuluh orang ya!
Alamak…bab-bab nak tag orang lain ni susah sikit. Tak wajib kan? Tak wajib kan? Ahha. Takpelah. Siapa-siapa rasa rajin nak buat, silalah jangan malu-malu, jangan segan-segan~~
No comments:
Post a Comment
Share your thoughts!