Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Macamana ya nak menjawab persoalan-persoalan yang ditanya oleh non-believers?
Ya, non believers di sini saya maksudkan non-Muslims.
Pada saya, non Muslims yang tak mengganggu kehidupan kita, yang menghormati kita, itu tidak mengapa. Tetapi bagaimana pula dengan non Muslims yang mengutuk-ngutuk kita, mengatakan ulama ini penipu, ulama itu tak ada ilmu, lebih teruk lagi, Muhammad dan al-Quran itu bercanggah!
Huhu. Sebenarnya tadi saya search di Google, hajatnya ingin mencari sedikit maklumat lebih lanjut tentang biografi Adnan Oktar a.k.a Harun Yahya untuk presentation study circle. Search results ada memaparkan satu link yang saya syak mengutuk En. Adnan Oktar. Bukan hanya satu, malah beberapa. Maka saya right-click satu persatu, open in new tab, lalu saya baca. Salah satu daripadanya ada di sini –> click di sini.
Bukan apa, saya lebih suka mendengar dari dua belah pihak. Itu lebih adil.
Saya baca, dan baca. Yang paling saya perasan, dalam artikel itu banyak menyebut perkataan ‘Adnan Oktar is a LIAR’ atau ‘here’s Adnan Oktar’s LIES’. Sebenarnya, saya agak kurang faham cara dia nak refute isi-isi Harun Yahya tentang Darwinism. Bagi saya, dia lebih banyak menggunakan isi-isi yang general dan tidak mengemukakan bukti yang kukuh. Kebanyakan bukti diambil dari Internet, yang bagi saya siapa-siapa pun boleh menulis, dari tukang sapu sampah hinggalah penyembah Zeus.
Memang, mungkin mereka mempercayai saintis-saintis mereka sebagaimana kita mempercayai ulama-ulama kita, dan juga Harun Yahya. Tetapi atas dasar apa kita mempercayai ulama-ulama kita? Kerana mereka orang beriman dan mereka tidak menipu. Kerana ulama warasatul anbiyaa’. Mereka juga boleh berkata perkara yang sama! Mereka juga boleh berkata, saintis-saintis mereka orang kuat agama, jadi mereka tidak menipu. Mereka juga boleh berkata, agama mereka yang menyatakan bahawa saintis-saintis itu pewaris agama mereka.
Saya yakin, bukan Harun Yahya sahaja yang di’refute’, bahkan mesti ramai lagi ulama-ulama kita di luar sana dikutuk-kutuk dalam Internet. Sedangkan nabi kita pun mereka berani buat macam tu.
Saya tidak berhenti setakat itu sahaja. Secara tidak langsung, saya telah menekan satu link yang membawa saya kepada laman web answering-islam.org. Saya tau, kerana saya pernah membaca satu article di Internet mengatakan bahawa, laman web ini agak merbahaya untuk dibaca oleh orang-orang Islam, terutamanya yang baru sahaja memahami Islam. Tetapi saya tidak dapat untuk menghalang diri saya daripada mengklik link tersebut, lalu terbacalah saya akan artikel-artikel yang… bagaimana harus saya katakan ya… merbahaya.
Namun saya tidak terus menekan butang pangkah di hujung atas kanan web browser(untuk Windows sahaja, lain untuk Mac). Saya teruskan lagi bacaan saya. Banyak, terlalu banyak kesalahan yang cuba dicari oleh penganut-penganut agama Christian itu terhadap Islam. Bahkan yang lebih menakutkan lagi, mereka menggunakan hujah-hujah daripada ayat al-Quran dan hadith, mereka ambil ayat-ayat yang kebanyakan antara kita tidak mengetahui tafsiran sebenar ayat itu. Mereka mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran ada yang bercanggah, dan mereka menyatakan hukum Islam bercanggah dengan sifat Tuhan yang Maha Penyayang. Lalu mereka condemn hukum-hukum Allah, dan mengatakan Islam dan Muhammad mengajar itu dan ini.
Antara contoh yang mereka ambil, Beating of Wives are Allowed in Islam, ataupun Women are Inferior Compared to Men in Islam. Bagi saya yang kurang ilmu ini, perkara-perkara seperti ini agak merunsingkan. Saya percaya pada agama saya, ia adalah agama yang benar, dan saya betul-betul mahu membalas hujah-hujah yang dikemukan oleh Kristian-Kristian itu. Cuma, saya tidak faqih dalam ilmu tafsir Al-Quran dan ilmu-ilmu yang sewaktu dengannya. Di situ, menyebabkan saya agak sedih. Saya percaya, dan saya mahu percaya. Cuma, jika ada orang-orang Kristian yang bertanyakan soalan ini, secara tidak langsung akan timbul persoalan dalam benak sendiri. Akan timbul persoalan.
Alhamdulillah Allah ilhamkan saya untuk menaip pula di kotak search Google, refuting answering-islam.org. Dan Alhamdulillah, ada laman web yang sebegitu. Answering-christianity.com. Kebanyakan hujah-hujah answering-islam telah disangkal di dalam laman web ini, tetapi masih ada persoalan-persoalan yang masih belum berjawab. Saya berhajat mahu meneruskan pencarian saya dengan En. Google, tetapi mata mengantuk saya tidak mengizinkannya.
When I come to think of it, here is where UNGS 2040 comes. Islam, Knowledge and Civilisation, satu subjek yang wajib diambil di UIA. Validation of knowledge. Macam mana kita nak tau apa yang kita sedang pelajari ni ialah sebenar-benar ilmu? Ilmu yang betul, tepat, dan tiada penipuan? Kita percaya pada sumber ilmu yang datang daripada al-Quran, kerana kita yakin bahawa al-Quran itu sendiri sumbernya tidak dapat diragui. Tiada kesilapan di dalamnya. Al-Quran itu mukjizat. Jadi, kita percaya.
Macam Prof. Razak, lecturer UNGS2040 cakap, bila kita sendiri tahu cara nak tentukan bahawa sesuatu ilmu tu dari sumber yang benar ataupun tak, baru kita sendiri boleh yakinkan diri kita, dan kita sendiri boleh tentukan ilmu yang mana boleh diterima, dan ilmu yang mana menipu. Supaya kita tidak hanya menerima bulat-bulat sesuatu ilmu itu. Kita persoalkan sumbernya, agar di akhirnya nanti kita akan menerima ilmu yang betul-betul suci dari noda, bersih dari penipuan, ilmu yang betul boleh dipercayai, dan dipegang sepanjang hidup.
Ya, mungkin ada ayat-ayat di dalam al-Quran yang tidak dapat kita fahami secara sebenar-benarnya. Tetapi, jika kita tidak memahami al-Quran, itu tidak bermakna al-Quran itu tidak benar. Al-Quran itu benar, cuma kita rugi kerana tidak mampu memahaminya. Dan saya sedih, kerana ilmu-ilmu berharga dalam al-Quran terbazir begitu sahaja.
Saya pernah beritahu diri saya, bila aku kahwin nanti, aku mahu maharku supaya diajar tafsir al-Quran. Jika ada perkahwinan di zaman Nabi yang bermaharkan hanya surah Al-Ikhlas, mengapa tidak aku minta diajar tafsir al-Quran? Mesti best.
Apa-apa pun, al-Quran itu benar. Untuk meyakinkan diri bahawa al-Quran itu benar, ilmu tentang cara al-Quran diturunkan dan disampaikan perlu ada. Ilmu, penambah keimanan. Best kan, kalau kita ada ilmu itu? Alhamdulillah.
"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. " (3:54)
"Katakanlah: "Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan penipuan terhadap Allah, tidak akan berjaya". (10:69)
“(Mereka berdoa), Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kurnia)'”. (3:8)
Sesungguhnya Allah lah Pemilik segala ilmu…Ameen…
saya rasa, kalau anda ada ap2 persoalan berkaitan ISLAM, US Razak is the best people 2 ask..
ReplyDeletebyk soalan yg saya kemukakan kpdnya personally (after klas) dan jwpn yg diberi sgt2 memuasakan hati..
(sekali dua we still can deny point of view come from orientalist,namum xsedikit org Islam yang terperangkap..
so ask people when we have trouble with their article..