Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semalam aku baru habis baca buku Sinergi by Hilal Asyraf. Berdekah-dekah aku ketawa. Tak percaya tanya la Zah rumate kesayangan aku.
Aik, kenapa gelak? Bukan buku tu penuh pengisian ke? Bukannye cerita komedi ke hape?
Haha memang la. Tapi aku ni memang jenis macamtu. Sesebuah buku, kalau jalan ceritanya bagus, memang aku akan ketawa, tak kiralah buku tu buku serius ke, thriller ke, history ke, tazkirah ke…sebab aku excited baca jalan ceritanya yang penuh dramatik dan kejutan!
Lagipun aku juga memberikan tumpuan kepada perkataan-perkataan yang penulis gunakan dalam dialog, penyampaian atau cara dia mendeskripsi sesuatu. Aku akan berasa kagum dengan cara penyampaiannya kalau dia tulis menggunakan perkataan-perkataan yang aku tak terfikir pun boleh digunakan untuk mendeskripsikan sesuatu benda tu. So, kalau tengah duduk sebelah aku yang sedang membaca buku cerita, be prepared la untuk dengar bermacam-macam bunyi yang akan keluar dari mulut aku.
Haha. I tell you, bestnye baca buku cerita ni, macam bestnya tengok movie kat panggung! Bahkan lagi best daripada tu. Sebab kalau baca buku cerita, bayangan tempat, ke’hensem’an hero atau ke’cantik’an heroin, semuanya imaginasi kita sendiri. Dan sudah semestinya, imaginasi kita mesti lebih best berbanding apa yang producer movie mampu buat…tak ada siapa boleh challenge kehebatan otak yang dicipta Allah ni!
Dulu aku pernah baca buku Terasing by penulis yang sama. Buku Terasing tu bagi aku jalan ceritanya biasa-biasa je. Sebab kita dah selalu dengar/baca/tonton cerita aksi macamtu kot. Tapi cara penulisannya dan isi-isi yang diketengahkan dalam buku tu boleh dikatakan agak baru bagi aku. Yelah sebab sebelum ni aku asyik dok baca thriller je kan. Mana nak berkembang. Haha. But, not bad. Lama-lama aku baca best jugak. And lepas aku baca buku tu, aku mula membukak website Hilal Asyraf bertajuk Langit Ilahi, and aku start membaca cerpen-cerpen dia dalam tu. Banyak sangat, tak larat nak habiskan semua. Tapi not bad jugak la, bagus-bagus semuanya.
Buku Sinergi Hilal Asyraf tu best la jugak, somehow buku tu sedikit sebanyak dah ‘berjaya mempengaruhi’ aku, terutamanya watak Irfan tuh. Ahha. Mula-mula baca aku dok tergelak jugak la membaca betapa ‘rapat’nye hubungan Irfan dengan Asid tu. Huih. Tapi lama-lama bila pikir balik bukan apa sangat pun. Biasalah tu sesama kawan sendiri.
Tapi memang, bagi aku, bab-bab cerita, cerpen, novel, segala jenis macam ni, satu yang aku agak tak pueh ati sikit la. Jalan ceritanya akan mengikut imaginasi penulis. Dah penulis tu nak si Irfan kahwin dengan Sara, kita si pembacanya mengikut je la. Memang dah tak boleh nak ubah dah hakikat tu.
And lagi satu. Boleh pulak di akhir-akhir cerita, si Syafiq tu rupanya adalah Secret. I was like, “What the…”. Mati-mati aku teka si Erman tu adalah Secret. Bila penulis revealkan bahawa Syafiq adalah Secret, aku tergelak besar kot! Dah aku berdosa su’uzhon pada si Erman. (haha padahal bukan watak real pun). Kejutannya tak berhenti takat tu je. Penulis pergi reveal pulak yang si Irfan bukan kahwin dengan Sara Nasuha, tapi Sara Afifa, si kembar Sara Nasuha. Poyo je. Tapi aku tak kesah pun. Lantak kau la nak kahwin dengan cinta hati Asid ke, cinta hati Erman ke, yang penting bukan aku. Haha.
Tapi bila aku pikir-pikir balik, memang la. Dalam buku Sinergi tu, penulis asyik-asyik menceritakan tentang sifat sarkastik dan pessimis si Erman je. Mana tak pembaca syak Erman tu orang jahat. Yang si Syafiq dia ceritakan bab-bab baik je. Tak boleh la pembaca nak syak pada Syafiq. Kat sini memang penulis dah terang-terang ‘menipu’ kita. Heh. Itulah seni penceritaan. Cerita dia, lantak dia la nak buat ending macam mana.
Pastu yang aku tak puas hatinya, time Sara Nasuha terlepas daripada tali batu tu, nak terjatuh, boleh pulak si Asid berlari pergi sambut dia. Hah, bab tu memang tak puas hati. Perlukah penulis masukkan scene si Asid sambut budak perempuan tu? Takyah pun takpe kot. (haha ke ko jeles Teha?) Hoih mana ada. Kalau ikutkan hati aku, aku biarkan aje perempuan tu jatuh tersembam makan pasir. Bukan sakit mana pun, jatuh atas lantai bumbung je, bukan jatuh dari tingkat 20. (jahat gila aku). Pastu boleh pulak tepat-tepat si Asid tu dapat tangkap si Sara buah hati dia tu. Macam disengajakan pulak babak tu.
Pastu bila si Syafiq nak terjun bangunan, boleh pulak si Erman tetiba datang sambut tangan dia. Aik dari mana pulak muncul ko ni Erman? Ahha. Tak kesah la. Cerita kau, lantak kau la kan. Yang penting aku gelak sakan baca cerita kau. Terima kasihla sudi menggembirakan hati aku ni. Ahahaha.
But overall, bagi aku watak-watak dalam cerita Sinergi ni terlalu perfect kot. Nak compare dengan aku, macam langit dengan bumi! (well, bumi pun bumi Ilahi jugak kan, sedara Hilal?). Betul ke wujud orang-orang macam tu kat dunia ni?
Dulu, time aku dok menghabiskan cerpen-cerpen dalam Langit Ilahi, aku dok marah-marah pada sedara Hilal ni, aku kata dia penipu. Sebab aku tak percaya orang-orang macam dalam cerita-cerita dia tu wujud. Baik giler dowh! Macam malaikat! Siap aku tulis satu post lagi cakap aku tak percaya pada dia (tapi aku tak publish la post tu). Tapi lepas baca Sinergi ni, hmmm…tak mustahil jugak ada orang-orang macamtu kat dunia ni. Ye lah mana tak nya, biah kat Jordan, Yarmouk, PERMAI and seangkatan dengannya dilihat mampu menghasilkan orang-orang baik seperti mereka. Bukan takat menghasilkan, malah mampu mengekalkan peribadi-peribadi mulia. Mantop…mantop pimpinan diorang.
Aku? Entahlah. Bila aku nak jadi macam diorang ek? Huhu. Takde kekuatan lagi kot. Entah. Aku takut. Takut tak boleh nak jaga kawan yang aku ada sebaik Irfan menjaga Asid. Huahua. (Asid kena jaga, takut tumpah kat tangan, corrosive!). Aku juga takut aku sendiri tak mampu nak handle kawan yang ramai. Manusia, bukan senang nak jaga. Bab-bab hati terasa tu lah yang paling susah bagi aku.
Heh. Aku tau. Sebab aku tak clear tentang satu benda. E.
What the heck is E by the way? Apa-apa je lah. Korang tak perlu tau. Tapi aku percaya, kalau aku ada E, mungkin senang sikit aku nak jadi kawan yang lebih baik.
Hai la E. Kalau la kau se’definite’ Mathematics, kan best.
nak pinjam buku ni blh x?? cara ko review mcm best je.. kuang asam teha.. =)
ReplyDeletemmg best. amal ada jugak buku ni. sape2 nk pnjm, gtau la ye.
ReplyDeletemmg kdg2 kte rs terlalu idealistik sgt watak2 karangan hilal ni. tp mgkn penulis nk memberi gambaran pd kita, jika mmg hidup kita didasarkan atas keimanan, tak mustahil utk ada peribadi2 spt itu.. betul x?
hehe. hanya pandangan kerdil seorg hamba Ilahi.. ;)
@sha:
ReplyDeletenak pinjam? aku pun pinjam drpd zaharah...ko nak meh la datang bilik aku, dia okey je...:)
@amal:
betul2 sokong apa yang amal cakap...nampak susah bagi kita, tapi benda tu tak mustahil pun sebenarnya...and kita still boleh usaha walaupun tak dapat jadi perfect sepenuhnya...kan?
yup.
ReplyDeletemanusia mmg takkan capai sempurna.
tp usaha2 kita ke arah itu sudah tentu akan mbuahkn kebaikan.
and kalau nak buat baik atau berubah, tak perlu menunggu jd smpurna pun.
actly, ada artikel hilal tajuk, "Tidak menunggu sempurna." ;)