Pages

January 30, 2011

Orang penting, tetamu, MLM dan makanan


 Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

“Hmmm...” aku mengeluh seorang. Handset abang aku berbunyi lagi, menandakan ada mesej masuk. Busy sungguh abang aku. Orang penting tu. Famous.

Huh. Handset aku senyap macam kubur. Tak ada sapa-sapa nak kontek. Aku mula berfikir pessimis.
Aku bukan orang penting bagi siapa-siapa. Aku ni entah siapa-siapa. Tiada siapa perlukan aku.

“Heh. Kau ni buat lawak ke apa? Dulu masa kau busy, punyalah merungut kata tak cukup masa, perlukan privacy, siap main sembunyi-sembunyi lagi.”

Hahaha. Aku tersengih seorang mendengar sindiran kepada diri sendiri. Ya, memang betul pun. Dulu masa sibuk berpersatuan, tekanan yang dirasa macam aku tidak mempunyai hidup sendiri. Sentiasa ada kerja dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. Yup, inilah yang dikatakan, tak reti bersyukur dengan apa yang ada. Dah busy, mintak supaya diberikan masa lapang. Dah ada masa privacy, mengeluh pula terasa diri tak diperlukan. Astaghfirullah. Nasib baik Tuhan cepat-cepat menyedarkan aku. Heish, bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan. InsyaAllah, akan ku gunakan masa lapang ini. Banyak je ‘projek’ yang ada dalam kepala. Hehe.

***
Aku tak selesa sungguh bila tiba-tiba ada tetamu datang, tapi tidak memberitahu terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi tetamu yang aku tidak kenali. Lagilah kekok aku mahu melayannya, biarpun dia seorang perempuan. Jikalau lelaki, dengan senang hati aku menyerahkan tugas melayan tetamu itu kepada adik lelaki atau abang aku. Aku hanya perlu duduk di dapur mengacau air dan menyediakan sedikit makanan. Sudah siap, segera akan ku lari naik ke atas masuk ke bilik menyembunyikan diri. Haha. Introvert sungguh. Tetapi, jika tetamu perempuan yang datang...

Tadi, ada seorang kenalan ibuku datang mahu berurusan dengan ibu. Aku dan adikku sedang bersenang-senang di ruang tamu mengadap laptop kesayangan. Terdengar bunyi salam diberikan dari luar, adik perempuanku bergegas membuka pintu, mengesahkan bahawa ada tetamu datang. Aku bergegas shut down laptop, mengemas keadaan sekeliling. Adik lelakiku masih lepak-lepak bermain game Plants vs. Zombies. 

Lalu tetamu itu masuk, aku mula tak senang duduk. Bangun berdiri, senyum padanya, lalu naik ke tingkat atas meletak laptop di dalam bilik. Adik beradik ku yang lain juga turut tidak senang duduk. Mereka berkeliaran di luar pintu bilik ibuku, menunggu ibuku siap solat. Aku turun ke bawah semula, melihat adik lelakiku sudah shut down laptopnya, lalu turut berkeliaran, sekejap naik ke atas, sekejap ke dapur. Aku mengemas-ngemas ruang tamu, sementara hatiku gelisah menunggu ibuku siap.

Aku memandang ke arahnya, senyum sopan. Muda juga kawan ibuku ini. Betul ke kawan ibu? Lalu aku cuba mengurangkan gelisah. Secara spontan aku melangkah ke arahnya, lalu menghulurkan tangan bersalam dengannya. Dia membalas senyuman, lalu memulakan bicara. “Kakak kan?” Aku musykil. “Eh ye ke?” “Iyelah rasanya. Saya lagi muda.” Aku tersenyum, tapi masih dengan tanda tanya. “21. Umur berapa?” “Saya 17.” “Oh.” Aku mengangguk. Berundur ke belakang sedikit, mahu mengemas sofa yang di sana. “Yang ni yang belajar kat UIA sini kan?” Aku menoleh. “Ha’ah.” “Medic ea?” “Eh tak lah. Mathematics.” Huh. Satu stereotype orang awam terhadap UIA Kuantan.

Setelah habis bicaranya, aku ke dapur, hajat mahu membuat air untuk dihidangkan. Sengaja aku melambat-lambatkan perbuatan, kerana aku teragak-agak, dia datang hanya seorang, dan aku juga sedang menunggu ibuku turun ke ruang tamu sebelum aku menghidangkan air kepadanya. Sedang aku mengacau-ngacau air di dalam jug kecil, otakku berfikir, dari mana dia kenal aku? Umurnya baru 17, sudah petah berbicara dengan orang yang tak dikenali. Jauh sekali bezanya dengan aku. Aku jarang-jarang memulakan perbualan dengan tetamu. Kerana jika aku yang mulakan dahulu, pasti aku akan memalukan diri sendiri kemudian. Jadi aku lebih senang menjawab persoalan yang ditanyakan orang sahaja.

Ibuku akhirnya turun bertemu rakannya. Adik-adikku yang tadi berkeliaran di tingkat atas, turun beramai-ramai mengekori ibuku. Rupa-rupanya itu rakan MLM Score-A yang ibu aku sertai baru-baru ini. Aku masih di dapur mengacau-ngacau air, masih teragak-agak mahu menghidang atau tidak. Tiba adik perempuan ku datang ke dapur melihat aku membuat air. Aku menoleh. “Sekejap je.” Adikku berkata. Faham. “Kalau macam tu aok la yang minum air ni.” Adik aku tersengih, lalu pergi semula ke ruang tamu. Aku di dapur masih mengacau air, merasa-rasa takut terlebih manis. Kemudian adikku datang sekali lagi ke dapur. “Dah balik belum?” Aku bertanya. “Dah nak balik dah.” “Okeh, aok minum air ni tau.” Terus aku letakkan air itu di atas meja makan. Tak jadi aku mahu menghidangkannya.

Lalu aku ke ruang tamu, aku ingatkan dia sudah pulang. Tengok-tengok dia masuk semula ke rumah, menyerahkan wang kepada ibuku. Kemudian dengan sopan dia menyalami ibuku. “Esok makcik datang la bawak kakak ni ha, abang tadi, eh.” “Diorang ni pun ada exam, mengganggu pula rasanya.” Ada program agaknya esok. Nasib baik ibuku sempat memberi alasan. Kemudian dia pulang, meninggalkan kertas-kertas risalah dan kad nama di atas meja. Ibuku duduk lalu membelek-belek pemberian itu. Aku ke dapur, sekali lagi.

“Umur 17 dah sertai MLM Score A? Apa kejadahnya?” Aku merungut sendirian. “Dah tu, cuba beritahu cara lain untuk dapatkan duit.” Adik lelaki aku disebelah menyampuk. Aku terdiam. Manusia, kalau mahu mendapatkan wang, macam-macam cara boleh difikirkan. MLM, MLM. Tapi budak tu, memang mempunyai skill komunikasi yang baik.

***
Bercakap mengenai MLM, aku agak memandang serong dengan cara pemasaran ini. Entah kenapa, mungkin kerana kurangnya pengetahuan aku tentangnya. Aku bayangkan, MLM ini seperti piramid. Ada ketua diatas, kemudian produk-produknya diagih-agihkan pada pemborong dan pembekal. Di bawah seorang agen itu ada lagi beberapa agen. Dan di bawah setiap agen itu ada lagi agen-agen yang diambil. Macam dahan pokok yang bercabang-cabang tiada henti. Akhirnya agen sahaja yang ramai, produknya tidak terjual juga.

Ya, mungkin sahaja aku silap, patutnya aku siasat dahulu apa makna MLM sebelum aku menulis semua ini. Tetapi entah, bab-bab perniagaan atau busines, memang aku tidak tertarik untuk ambil tahu. Dan mungkin juga, aku amat susah untuk percaya pada mereka-mereka yang terlibat dalam bidang-bidang menjual ini. Amat senang bagi mereka untuk menipu pelanggan. Contohnya, masih ingat kisah 3 agen kad kredit yang mengejar ibuku itu? Mulut manis, bertujuan hanya untuk menjual produk mereka. Risiko-risiko yang bakal dihadapi pelanggan, langsung tidak mereka ceritakan.

Syarikat-syarikat yang mungkin mendapat kepercayaanku, adalah syarikat-syarikat yang sudah mempunyai nama besar dan bertapak kukuh dalam industri ini. Biasanya syarikat-syarikat besar ini sistem mereka lebih teratur, kualiti produk juga lebih terjaga. Mereka juga mengambil kisah aduan dan feedback dari pelanggan. Sudah semestinya, mereka berjaya membesar dalam industri ini kerana mendapat pelanggan yang ramai, secara tidak langsung menunjukkan bahawa ramai pelanggan yang meletakkan kepercayaan kepada mereka.

Lagi satu. Aku, bab-bab menjual rumah ke rumah, mahupun bilik ke bilik mahupun manusia ke manusia, memang aku tak selesa. Aku kalau nak menjual, aku lebih selesa di gerai. Kerana manusia, jika dia mahukan sesuatu benda, dia akan pergi mencarinya. Bukan barang itu yang pergi mencarinya. Aku juga lebih selesa ‘mempelawa’ pelanggan datang ke gerai membeli barang yang aku jual, menguruskan jual beli dengan senyuman, kemudian mengucapkan terima kasih setelah barang itu dibeli. Berbanding pergi rumah ke rumah mahupun bilik ke bilik. Nampak sedikit ‘terdesak’.

Lagipun, yang menjual rumah ke rumah inilah yang biasanya akan menggunakan mulut manis mereka untuk menjual barang mereka. Dan pembeli akan tertipu. Biarpun mereka tidak perlukan pun barang yang dijual itu, namun mereka terpaksa membelinya kerana terperdaya dengan mulut manis penjual yang berkata, “Anda pasti akan perlukannya suatu hari nanti, jadi sediakanlah payung sebelum hujan.”. Ataupun mereka terpaksa membeli barang itu, kerana sudah tidak tahan melayan pujuk rayu penjual, supaya penjual itu cepat-cepat menutup mulutnya dan keluar dari rumah mereka. Huh. Golongan-golongan baik hati seperti aku ini memang tidak sampai hati untuk berkata tidak sekaligus bertindak meng’hantar’ salesman keluar dari rumah.

Tapi jualan makanan mendapat pengecualian dalam senarai aku. Aku menyokong mereka-mereka yang menjual kerepek dari rumah ke rumah, kerana aku suka membelinya. Aku juga tidak terganggu dengan jualan nasi lemak dari bilik ke bilik, kerana itu sebenarnya menyenangkan penghuni bilik itu sendiri. Jika mereka terlalu sibuk banyak assignment, atau studi untuk exam, atau pun sengaja malas mahu turun ke cafeteria yang bertangga-tangga jauhnya, jualan makanan dari bilik ke bilik menjadi penyelamat kepada perut-perut mereka yang lapar. Daripada mereka makan megi, lebih baik mereka membeli nasi lemak mahupun nasi goreng yang sudah tersedia, tidak perlu masak air panas atau tunggu 2-3 minit, cuma buka pembungkus lalu makan. Senang bukan? Aku sendiri juga lebih suka menjual makanan. Kerana makanan itu keperluan manusia. Tiada siapa yang tidak mahu membelinya. Makanan sudah pasti laku. Terutamanya makanan berat seperti breakfast atau lunch. Lagipun, mengenyangkan orang itu menyeronokkan hati sendiri.

Makanan. Memang aku tak lekang dengan makanan. Pergi mana-mana pun, mesti bawak snek atau air masak. Pergi kelas, pergi dengar ceramah, pergi shopping, naik bas perjalanan jauh. Kecuali pergi toiletlah.

5 comments:

  1. Suka makanan! :) Sbb suka makan!hehe...;p

    Aritu kan teha, akak tgah syok la melayan laptop kt bilik kawan. Kawan akk tu xde kat bilik, gi dinner ngn kwn2 sekelas die..Mcm grand dinner kite tu...hehe..Die plk tinggalkn laptop die ngn hard disk untuk teman akk. Pe lagi, selongkar la mende tu..Maunya jumpa citer2 korea..Belambak t0l! Akk pon bukak la satu2...Dh jumpa citer best,akk pon tgok la..;p

    Pastu kan, per0t akk menyanyi la plk..Bising je dia mintak makanan..Dlm 2-3 minit je, pintu bilik diketuk dr luar..(ye la, takkan dr dalam plk..Akk sorg2 je mse tu..hihi)Akk pon bukak la pintu..

    "Assalamu'alaikum..Sis, nk bli kepek x? Ada mcm2 kepek. Kepek ubi,kepek pisang..Pedas pun ada.."

    "Wa'alaikumussalam..Kepek ea? Emm..Boleh jugk..(Dlm hati, Alhamdulillah..:D) Emm..(Tgah memilih kepek) Nak yg ni lah..Jap ea..(Berlari2 anak gi amik duit dlm rentak excited,haha) Nah..Terima kasih.."

    "Sy jual =)"

    "Ok,sy beli =)"

    Pastu ape lagi, makan la kepek tu sambil tgok citer..Dah mcm kt pawagam lak..haha..Sayang teha xde mse tu, leh kite mkn kepek skali..haha

    mISS u S0o MucH...;)

    ReplyDelete
  2. hahaha...akak ni comel la...!hahaha
    saye mngucapkan trime kasih pada insan yg telah mnjual kerepek pada akak, and kepada sume pnjual makanan yg telah datang ke bilik-bilik dan ke rumah-rumah...kudos to all! yeah

    ReplyDelete
  3. ish teha ni..puji akk lak..malu la..akk tau akk comel! haha..;p

    tu lah, akk pon bersyukur sgt dapat beli kepek tu..=)

    pendek kata, akk sokong org2 yg jual,beli dn makan kepek! ;)

    ReplyDelete
  4. Erk, wanita memang unik (pelik) ~

    ReplyDelete
  5. kenapa, bukan lelaki lagi 'handal' ke bab2 mmbeli makanan ni?haha

    ReplyDelete

Share your thoughts!