Pages

October 8, 2009

Mohon maaf kerana aku wujud dalam hidupmu

Assalamualaikum.
Bismillah.Tiba-tiba kalam kali ini terasa ingin menulis sesuatu yang berbeza. Ditujukan kepada semua,tapi istimewa untuk diri ini,dan istimewa untuk kamu. Ya,kamu.

                                          ********************************
"Terasa berbeza, lain, tak sama seperti dulu. Kenapa ya?"
Hmm...ada sebab di sebalik apa yang berlaku itu.
Maaf kalau personaliti diri ini tidak dapat memenuhi hati kamu.
Sikapku berubah-ubah.

Seboleh-bolehnya tak mahu terlalu rapat dengan manusia, kerana ada ketakutan yang menghalang.



Takut diri ini tak mampu menjadi sempurna di mata mu, lantas kamu tidak dapat menerima kelemahanku.
Takut juga kamu terlalu meletakkan harapan ke atas diriku,
lantas pabila aku tidak memenuhi semua harapan itu, kamu tidak dapat menerima ku.
Kerana aku punya kelemahan, kerana aku tidak mampu melakukannya seperti kamu,
kamu lantas tidak dapat menerima ku.
Kerana aku tidak seperti kamu, kamu tidak dapat menerima ku.
Kerana aku menjadi diriku, kamu tidak dapat menerima ku.

Kerana itu aku tidak mahu terlalu rapat dengan manusia. Kerana jika aku rapat dengan mereka, lama- kelamaan kelemahanku akan terbongkar, lantas mereka menjauhkan diri daripadaku. Aku juga yang akan kecewa. Dan setelah kecewa, adakah aku akan rapat semula dengan manusia lain? Mungkin  tidak.

Kerana itu aku tidak mahu terlalu rapat dengan manusia. Biarkan mereka cuma mengenali diriku yang hanya luaran saja. Kerana jika aku rapat dengan mereka, mereka cuma dapat menerima diriku yang menyenangkan mereka. Apabila aku bertukar rupa menjadi si pessimis, mereka lantas melarikan diri. Aku juga yang akan kecewa. Dan setelah kecewa, adakah aku akan rapat semula dengan manusia lain? Mungkin tidak.

Setelah kecewa beberapa kali, adakah kamu merasa yang aku akan terus mempercayai mu?

Mungkin tidak.

Tapi aku mahu mempercayaimu.
Aku sayang manusia. Aku sayang kamu.

Jangan kecewakan aku. Jangan sampai aku berhenti berharap.

  *******************

Aku kecewa dengan diri sendiri.
Aku kecewa dengan ketidak sempurnaan.

Namun itu tidak bermakna aku tidak dapat menerima ketidaksempurnaan itu.
Tidak bermakna aku tidak dapat menerima kelemahanmu.
Tidak mengapa jika kamu punya kelemahan. Kerana setiap manusia punya kelemahan.
Kejamlah aku jika tidak dapat menerima mu. Tapi dapatkah kamu menerima diriku?

Aku ini tidak cukup baik bagi kamu. Adakah tiada langsung kebaikan dalam diri ku?

Ya, kamu punya kelebihan yang tidak aku miliki.
Tapi aku juga miliki kelebihan yang tidak kamu miliki.
Tuhan itu Maha Adil.
Ya, kelebihanmu amat berguna dan amat penting.
Tapi kelebihanku juga berguna, mungkin pada kamu tiada maknanya
tapi jika kelebihanku ini tiada, adakah kamu akan merasa kehilangannya?

Apabila aku tiada, apakah kamu akan merasai kehilangan ku?

Jangan sampai aku merasakan diriku ini tidak penting bagimu.





 *********************

Mungkin itu kelemahanku, tidak dapat menerima penerimaan dirimu terhadap diriku.
Sekali lagi, aku memohon maaf.
Mohon maaf di atas ketidaksempurnaanku, kelemahanku, ketidakmampuanku.
Mohon maaf di atas perbezaan personaliti, percanggahan pendapat atau sebarang ketidakpersetujuanku.

Mohon maaf jika kamu tidak selesa dengan kewujudan diri ku.

Mohon maaf kerana aku wujud dalam hidupmu.







*******************
Sesungguhnya setiap yang terjadi di dunia ini mempunyai sebab. Sesungguhnya kewujudanku di muka bumi ini di atas kehendak Tuhan. Sesungguhnya perkenalan antara aku dan kamu juga kehendak Tuhan.
*******************

Kepada Tuhan
Terima kasih Tuhan, kerana memberi ku peluang untuk hidup di dunia ini selama genap 19 tahun pada hari ini. Bantulah aku dalam menghadapi dunia yang penuh dengan penipuan, dan kuatkanlah imanku, hatiku, kukuhkanlah semangatku, majukanlah diriku. Bantulah aku untuk berkhidmat pada-Mu, jangan sekali-kali Kau meninggalkan ku sendirian. Selimutilah aku sentiasa dalam rahmat-Mu, sesungguhnya hanya pada-Mu tempat ku memohon, tempat ku bergantung. Terima kasih Tuhan, kerana menyayangiku. Terima kasih Tuhan, kerana menjadikan aku hamba-Mu.

Kepada kamu
Terima kasih kerana berusaha. Terima kasih kerana menyayangiku. Terima kasih kerana menghargai diriku. Kamu benar-benar sudah melakukan yang terbaik untuk diriku. Kamu sentiasa istimewa bagiku. Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasamu. Semoga Allah membalas usaha-usahamu dengan kebaikan, semoga kamu beroleh apa yang terbaik untuk kamu. Amiiin.

8 comments:

  1. terkesan sgt dgn kalam ni,sbb diri sendiri merasai..
    mmg kite x akan sempurna , tp dgn keadilan Tuhan , kelebihan dn kekurangan saling melengkapkn kite sume ..

    hope that our past can teach us 2 be a better person..

    ReplyDelete
  2. to teman yg X dikenali:

    yup,Tuhan itu memang Adil,mnjadikan manusia itu saling melengkapi.
    Tapi manusia itu yg merasakan dirinya tidak memerlukan org lain,merasa dirinya lebih baik drpd org lain...

    looks like i've to learn how to be more patient...God,grant me patience..aminnn

    ReplyDelete
  3. happy birthday my dear fren teha!

    may Allah bless u always =D

    da besa da ko eh. he2. em. bgus r. smpena ngan umur baru ni, seakn mcm ade klainan post ko yg ni. lbey matang. lagi best lah. truskn ye.

    syg ko~

    ReplyDelete
  4. to layyinulharir:
    yup,thanks miera...

    lain ea??hehe..ntahla..baru kita sdar bahawa masalah mematangkan kita~
    tapi aku rindukan the unmatured teha la..kat mane die skrg ek??

    ReplyDelete
  5. Salam teha.
    Happy birthday too! :))

    Hebat post kali ni.
    Congrats..
    Amal quite agree on this..

    Kerana itu aku tidak mahu terlalu rapat dengan manusia. Biarkan mereka cuma mengenali diriku yang hanya luaran saja. Kerana jika aku rapat dengan mereka, mereka cuma dapat menerima diriku yang menyenangkan mereka. Apabila aku bertukar rupa menjadi si pessimis, mereka lantas melarikan diri. Aku juga yang akan kecewa. Dan setelah kecewa, adakah aku akan rapat semula dengan manusia lain? Mungkin tidak.

    Amal syg teha tau.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  6. Teha!!mcm mana aku boleh tak perasan kau update entry ni. HAPPY BELATED BIRTHDAY!! semoga dimurahkan rezeki & berbahagia here and hereafter=)

    ReplyDelete
  7. o ye ke hari tu bithday penulis..? Happy belated bitHday 2 u ! keep on writing good things n interesting stories..

    ReplyDelete
  8. to amalina:
    Yup...tapi tak semestinye ape yg teha cakap tu btul..just pendapat... =) sayang amal jgak!

    to atikah:
    Thanks 4 da wish...huu~

    to teman yg tak dikenali lagi:
    yup..birthday jatuh pada 8/10...
    insya Allah tak kenal, lepas ni blhla kita kenal2 kan ye? ;)

    ReplyDelete

Share your thoughts!