Pages

August 14, 2015

Mamat omputih interview.

Bismillah.

Jumpa orang putih harini.

Huh. What's so good about them anyway?

Hah, speaking dah aku. Aduhhh...tetiba aku pun dah berjangkit dengan diorang.

Seriously, what's so good about them? Ingat orang kalau terer speaking dah boleh bangga la? Ingat diri dah lebih tinggi berbanding orang lain la?

Argh. Entah kenapa, notion tu dah melekat dengan orang yang speaking berminyak (lancar) ni. Mungkin sebab orang Amareka ni memang macam tu. Kan diorang punya culture tu very high confidence. So kita pun kaitkan bahasa diorang dengan high confidence diorang ni.

Aku, bila aku speaking, aku akan rasa mampu untuk berfikir lebih rasional. Ada artikel mana tah aku baca, memang cakap macam tu pun. Kalau bercakap dalam bahasa kedua yang bukan mother tongue kita, pemikiran kita akan jadi lebih rasional, logikal dan objective.

Huh...sebenarnya aku nak melepaskan perasaan pasal interview aku tadi. Relax je interviewnya, macam berborak. Macam mesra plak si Mike tu sengih-sengih dengar aku cerita. Tapi bila sampai bab soalan screening test yang aku tak dapat jawab tu...hah senyap kau. Kau berdua senyap. Aku pun senyap. Sebab kau suruh aku jawab soalan yang memang aku tak dapat nak jawab! Yang kau pergi tanya lagi tu buat apa, mangkok?! Haaa kan aku dah geram. Lepas tu tengok-tengok jam, buat muka bosan, minum air. Hoi kau saja nak test psychological aku ke ape haa? Aku pun dahaga gak!

Huh. Mana la aku tau apa kau nak! Tambah lagi pulak aku ni bukan ada pengalaman analyse market pon. Dah kau carik fresh grad, memang la takde pengalaman, mangkok! Haa kan da kena kali kedua. Dah aku tak tau, ajarlah! Yang kau malas sangat nak ajar tu kenapa? Macam mana nak build human capital yang boleh berkerja untuk company kau kalau kau taknak spend time on training newcomers? Kau ingat aku reti nak suruh correcting outliers and changing data semua? Mana ada lecturer ajar soh kita tukar data supaya boleh fit presentation supaya graph jadi beautiful! Arghh.

Haaa...entahlah. Aku pun dah tak tau aku nak ke tak kerja tu. Nanti kena ngadap Mike ngan Iskandar tu lagi. Pastu ofis nanti kena tukar tempat pulak. Lagi-lagi pulak tu company Amareka. Ke UK entah. Macam mana aku nak jaga Islam aku? Kerja kat UIA dulu best. Bulan puasa je ada program-program yang staf kena ikut. Kena gilir-gilir bagi tazkirah. Tempat solat, nak solat pun takdela sorang-sorang. Kerja cleaner kat UIA pun bagus. Makcik-makcik kleaner dia pagi-pagi baca matsurat, pasang Yasin kat henpon. Mengajar kat Ihsan, pagi-pagi pasang doa Dhuha. Kalau tak, memang aku tak hapal doa tu camna. Pertukaran masa kelas pulak guna surah al-'Asr. Budak-budak baik, tazkirah, nasyid...hmmm. Nak dapat semua tu dekat kampeni international? Sensorang je la aku. Rasa macam seekor biri-biri dikalangan serigala.

Argh, bukan main banyak aku buat blunder tadi. Argh, dengan strangers lagi senang la aku nak bukak pekung. Sebab diorang ni strangers! Strangers aku dah takkan jumpa lagi lepas aku cerita secret aku! Argh. Apa yang aku dah buat ni. Argh sebab ni la aku dah taknak keje tu lagi huhu.

Allahuakbar. Tak tahu lah. Aku rasa baik aku meniaga nasik lemak ke. Ada pekdahnye jugak. Hari-hari kenyang dengan nasik lemak, takyah pikir nak masak apa. Betul tak?

No comments:

Post a Comment

Share your thoughts!